home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pendarahan Subkonjunktiva

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apa itu Pendarahan Subkonjunktiva?

Pendarahan subkonjunktiva adalah keadaan “mata merah”, yang merupakan aduan biasa ditemui. Walau bagaimanapun, disebabkan kemunculannya secara tiba-tiba dan keadaan mata merah yang tidak normal, hal ini agak membimbangkan pesakit dan kenalan mereka.

Apakah kebarangkalian Pendarahan Subkonjunktiva?

Pendarahan subkonjunktiva boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Gangguan saluran darah konjunktiva ini biasanya berlaku pada sebelah mata, dan jarang berlaku pada kedua-dua belah mata.

Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pendarahan Subkonjunktiva?

Pesakit dengan “mata merah” mempunyai banyak penyebab yang kerap . Mereka yang mempunyai keadaan ini biasanya tidak berasa sakit. Tanda yang paling jelas bagi pendarahan subkonjunktiva adalah tompok merah terang pada mata putih (sclera) mata anda.


Walaupun nampak berdarah, pendarahan subkonjunktiva tidak akan menyebabkan perubahan dari segi penglihatan, tiada cecair keluar dari mata dan tiada rasa sakit. Satu-satunya ketidakselesaan yang boleh anda alami adalah perasaan gatal di permukaan mata anda.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau sebab yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Pendarahan Subkonjunktiva?

Punca pendarahan subkonjunktiva tidak selalunya diketahui. Perkara berikut boleh menyebabkan saluran darah kecil dalam mata anda pecah:

  • Batuk yang kuat
  • Bersin
  • Melakukan regangan
  • Muntah-muntah

Dalam sesetengah kes, pendarahan subkonjunktiva mungkin disebabkan oleh kecederaan mata, termasuk:

  • Menggosok mata anda dengan kasar
  • Trauma, seperti objek asing mencederakan mata anda

Dalam kes-kes yang teruk, pendarahan subkonjunktiva boleh disebabkan oleh penyakit berjangkit yang dialaminya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pendarahan Subkonjunktiva?

Terdapat banyak faktor risiko bagi pendarahan subkonjunktiva, seperti:

  • Trauma atau jangkitan.
  • Kemalangan bahan kimia
  • Faktor risiko lain termasuk: penggunaan kanta sentuh, latihan senaman, mengangkat atau menolak objek berat, tekanan darah tinggi, penyakit komorbiditi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Pendarahan Subkonjunktiva didiagnosis?

Doktor anda atau pakar mata biasanya akan mendiagnosis pendarahan subkonjunktiva dengan melihat mata anda. Anda mungkin tidak memerlukan ujian lain.
Jika anda mempunyai pendarahan subconjunctival yang berulang, doktor anda juga akan:

  • Bertanya kepada anda tentang keadaan kesihatan dan simptom yang dialami.
  • Melakukan pemeriksaan mata.
  • Mengambil tekanan darah.
  • Membuat ujian darah rutin untuk memastikan anda tidak mempunyai penyakit berkaitan darah yang serius.

Penilaian ketajaman visual dan penemuan pada pemeriksaan mata menggunakan lampu pen yang normal adalah ciri utama dalam menentukan rawatan mata merah. Sejarah perubatan dan pemeriksaan pesakit secara menyeluruh adalah berguna bagi membuat sesuatu keputusan untuk merawat atau merujuk pesakit kepada pakar.

Apabila kemerahan berpunca daripada pendarahan subkonjunktiva, saluran darah pecah dan meninggalkan darah di bawah permukaan mata. Darah itu biasanya akan diserap lebih kurang 1 hingga 2 minggu tanpa komplikasi yang serius atau membutakan mata.

Bagaimana pesakit Pendarahan Subkonjunktiva dirawat?

Sesetengah pesakit dengan pendarahan subkonjunktiva memerlukan rawatan segera, walaupun majoritinya boleh dirawat oleh doktor klinik primer.
Anda boleh menggunakan ubat titis mata, seperti air mata tiruan, untuk melegakan apa-apa rasa gatal yang ada di mata anda.
Doktor perlu memastikan bahawa keadaan itu hanya bersifat luaran dan akan pulih dalam masa 1-3 minggu untuk pesakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pendarahan Subkonjunktiva?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pendarahan subkonjunktiva:

  • Pastikan kebersihan mata anda.
  • Bersihkan dengan air sejuk atau tutup mata anda dengan tuala selepas merendamnya di dalam air.
  • Diet yang seimbang untuk mengawal tekanan darah.
  • Menggunakan cermin mata untuk melindungi mata anda dari kecederaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Leibowitz HM. The red eye. N Engl J Med 2000. Accessed 10 Feb, 2017.
Ophthalmology Back to Basics Review Dr. Andrew Toren. Accessed 10 Feb, 2017.
Eye Emergencies UNC Department of Emergency Medicine Nikki Waller 2009-2010. Accessed 10 Feb, 2017.
Management of the Red Eye Anthony Cavallerano, OD VA Boston Health Care System New England College of Optometry Boston, Massachusetts. Accessed 10 Feb, 2017.
The RED EYE Juan S. Lopez, MD UP-PGH, UST, St. Luke’s, EAMC. Accessed 10 Feb, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin Disemak pada 27/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x