Berak Cangkung Terbukti Lebih Baik Dari Berak Duduk! Anda Tahu Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana seseorang individu itu berak (sama ada berak cangkung atau berak duduk) bukanlah satu topik yang sering diperbincangkan dalam majoriti populasi global.

Namun, percaya atau tidak, ada kajian yang menunjukkan posisi ketika proses penyahtinjaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Ingin tahu dengan lebih lanjut?

Ikuti artikel ini.

Pembentukan konsep berak cangkung dan berak duduk

berak cangkung

Pada zaman dahulu kala, manusia berak cangkung. Ini berikutan tempat yang menjadi sasaran pendepositan bahan kumuh tersebut kebiasaannya tidak membenarkan seseorang individu itu untuk duduk.

Pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang tampak canggih.

Ini memberikan impak terhadap lokasi pembuangan najis manusia dalam usaha bagi meningkatkan tahap ketamadunan sejagat.

Penggunaannya melibatkan 7.5 gelen air memandangkan ketiadaan sistem perpaipan dalam rumah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, konsep tersebut cuma direalisasikan pada tahun 1775 oleh Alexander Cumming. Jamban duduk pula mula digunakan oleh orang awam pada abad ke-19.

Ini bermakna, dalam ruang masa di antara abad ke-17 dan ke-19, jamban duduk sama ada belum dicipta atau ia cuma tersedia untuk golongan kenamaan sahaja.

Bermula daripada saat itu, sistem ini telah ditambah baik sehingga terbentuknya jamban versi moden yang kerap digunakan pada hari ini.

Postur dan proses keluar najis

postur

Perbezaan postur ketika berak merupakan satu perbincangan yang mempunyai kepelbagaian pendapat di antara ahli-ahli akademik.

Menurut mereka, postur individu mempengaruhi tahap pemintalan (kink) pada usus besar.

Ketika rektum dipenuhi dengan najis, ia akan mengalami kontraksi seterusnya menyebabkan otot licin (smooth muscle) pada saluran dubur untuk mengendur.

Secara teorinya, konsep ini akan memudahkan pergerakan keluar najis namun proses ini dihalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut.

Ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentuk satu sudut ketat yang dikenali sebagai sudut anorektal.

Kepentingan sudut ini adalah bagi menghalang pergerakan keluar najis secara rawak sehingga kita sudah betul-betul bersedia. Ia memberikan fungsi kawalan pengeluaran kepada individu terbabit pada waktu yang sesuai.

Bayangkan jika anda berak ketika sedang bermesyuarat, ketika membeli makanan atau ketika sedang berdating. Tak kena pada masanya, betul tak? 

Ketika kita sedang mencangkung atau duduk untuk berak, otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal.

Ini akan membenarkan pergerakan keluar najis melalui bukaan tersebut. Namun, berbanding dengan duduk, posisi mencangkung akan meningkatkan tahap keluasan sudut tersebut seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis.

Produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang berupa bangku kecil berupaya untuk membuatkan sudut anorektal ketika duduk diperluaskan sepertimana mereka yang mencangkung.

Berak duduk punca masalah buasir?

berak duduk

Anda mesti pernah terdengar perihal mereka yang berak duduk berisiko untuk mengalami masalah buasir, kan? Ia merupakan satu kenyataan yang seringkali menjadi alat bagi mengukuhkan pendapat mengapa kita perlu berak mencangkung.

Ada benarnya jika dilihat pada konsep anatomi. Namun menurut pakar bedah Rebekah Kim, buat kebanyakan individu, mereka yang berak duduk tidak mengalami masalah tersebut.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara telah mendapati bahawa mereka yang duduk ketika berak memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mencangkung.

Dapatan ini selari dengan kajian oleh Dov Sikirov yang menunjukkan mereka yang mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk berak manakala mereka yang duduk memerlukan di antara 114 hingga 130 saat.

Dua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko buat mereka yang berak duduk kepada masalah buasir. 

Namun, tidak dinafikan bahawa kaitan di antara keduanya masih tidak jelas. Masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor.

Tidak semestinya masalah buasir seseorang individu adalah disebabkan oleh tabiat berak duduk mereka. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara postur dan masalah buasir.

Konklusi

Jika anda hendak mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang optimum, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda berak.

Kebanyakan tandas awam sekarang tidak mempunyai jamban mencangkung. Jika anda berada pada situasi tersebut, gunakan sahaja jamban duduk, jangan tahan!

Namun, jika anda ingin membeli rumah, ambil tahu berkenaan dengan jenis jamban yang disediakan bersama rumah tersebut. Tukar kepada jamban cangkung kerana ia boleh memberikan kepuasan defekasi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    wanita hamil

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan
    pemeriksaan kesihatan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/04/2020 . 5 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 3 minit bacaan
    kanser kolon

    Will Smith Alami Kanser Kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 minit bacaan