Alamak! Kerja Lebih Masa Boleh Botak Awal? Ini Satu-Satunya Cara Boleh Membantu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/05/2020

Walaupun stres di tempat kerja merupakan faktor yang penting dalam memastikan pekerja kekal produktif, kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan masalah kepala botak dalam kalangan lelaki. Tak percaya? Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

Kerja lebih 40 jam punca botak awal

kepala botak

Rambut gugur dan masalah kepala botak berpunca daripada pelbagai sebab. Genetik dan kesan sampingan rawatan perubatan merupakan dua faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kebotakan.

Namun, kajian terkini menunjukkan bahawa kerja melebihi 40 jam seminggu boleh menyebabkan kadar keguguran rambut meningkat sebanyak 2 kali ganda daripada kadar biasa. 

Kitaran pertumbuhan rambut terbahagi kepada 3 fasa utama:

  • Fasa anagen: Ini merupakan fasa pemanjangan rambut yang berlangsung selama 2 hingga 7 tahun. Kadarnya akan menentukan tahap kepanjangan rambut. 
  • Fasa catagen: Ini merupakan fasa peralihan yang berlangsung selama 10 hari. Folikel rambut mula mengecut dan tercabut daripada papila dermis.
  • Fasa telogen: Ini merupakan fasa rehat bagi rambut. Ia berlangsung selama 3 bulan. Kira-kira 10-15% rambut berada dalam fasa ini. 
  • Fasa exogen: Fasa ini adalah sebahagian daripada fasa telogen. Ia merupakan fasa di mana rambut lama akan gugur dan rambut baru akan tumbuh. Kira-kira 50 hingga 150 helai  rambut akan gugur setiap hari dan ini merupakan kadar keguguran yang normal.

Masalah kebotakan kebiasaannya berlaku akibat daripada rambut memasuki fasa telogen terlalu awal menyebabkan keguguran berlebihan.

Menurut pakar, rambut mereka yang bekerja lebih daripada 40 jam seminggu akan melalui fasa catagen lebih awal disebabkan tindakan hormon yang merosakkan folikel rambut. Struktur ini sangat penting kerana ia merupakan medium tengah bagi rambut memperolehi nutrien yang diperlukan daripada salur darah.

Spekulasi ini telah dibuktikan dalam kajian yang melibatkan penggunaan tikus. Stres boleh menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut kesan daripada kerosakan folikel rambut.

Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecederaan selular yang menyebabkan keradangan pada folikel rambut menyebabkan kematian sel seterusnya menyekat pertumbuhan rambut.

Mengehadkan waktu bekerja

stres kerja

Menurut kajian yang telah dijalankan di Korea Selatan melibatkan 13,000 subjek, mereka yang bekerja melebihi 52 jam seminggu berisiko untuk mengalami kebotakan awal.

Namun begitu, walaupun kajian ini dijalankan bagi menggalakkan penelitian semula waktu pekerja terutamanya kepada mereka yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun, hakikatnya ia tidak relevan.

Jika kerajaan menetapkan waktu bekerja kepada 40 jam seminggu sekalipun, ia akan memberi ruang kepada individu untuk mencari pekerjaan sambilan untuk menyara hidup.

Realiti kehidupan di kawasan bandar, terutamanya bagi mereka yang mendapat pendapatan yang sedikit, tidak mudah.

Ada individu yang terpaksa mengambil waktu bekerja lebih masa, ada yang memandu Grab dan ada yang mengajar kelas tambahan di malam hari.

Namun tidak dinafikan bahawa rambut merupakan aspek penampilan yang penting dalam mempengaruhi tahap keterampilan diri dan mereka yang mengalami kebotakan awal boleh menghadapi masalah mental seperti kemurungan dan keresahan. 

Namun begitu, tidak semua individu menghadapi stres di tempat kerja walaupun mereka bekerja lebih daripada 40 jam seminggu.

Kajian ini membuktikan ada kaitan di antara waktu kerja yang panjang dan masalah kebotakan awal.

Namun begitu, menurut pakar, ia berkemungkinan disebabkan oleh stres berkaitan kerja yang perlu diselesaikan.

Selain itu, terdapat juga situasi di mana stres yang melampau menyebabkan sebahagian besar rambut memasuki fasa catagen dengan lebih awal.

Contohnya, ketika wanita melahirkan anak. Keadaan ini dipanggil telogen effluvium” dan kebiasaannya, ia akan pulih beberapa bulan kemudian.

Konklusi

Melalui dapatan kajian ini, kita boleh simpulkan bahawa stres boleh menyebabkan keguguran rambut.

Mereka yang bekerja melebihi 40 jam seminggu kebiasaannya mempunyai tahap stres yang tinggi, justeru, mereka sering mengalami simptom rambut gugur dan masalah kepala botak.

Namun, kita perlu ingat masalah kebotakan boleh berpunca daripada genetik atau masalah perubatan yang lain.

Jadi, jangan salahkan waktu bekerja tanpa mengetahui punca sebenar masalah kebotakan tersebut. Berjumpalah dengan doktor anda jika anda risau akan masalah tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Masalah Kesihatan Yang Sering Dialami Kaum Adam – #4 Paling Kasihan!

    Siapa kata hidup sebagai seorang lelaki kurang mempunyai masalah? Salah! Ini adalah beberapa masalah kesihatan lelaki yang selalu berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bosan Masak Sepanjang Kawalan Pergerakan? FoodPanda & GrabFood Sediakan Contactless Delivery!

    Grab Malaysia dan Foodpanda Malaysia komited teruskan servis dan perkenalkan konsep "contactless" untuk kurangkan interaksi antara anda dengan rider.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 20/03/2020

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Anda adalah antara golongan individu yang bercinta dengan rakan sekerja? Tahukah anda bahawa ia akan mendatangkan baik buruk yang tersendiri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    punca stres

    Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020