Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.
7. Merawat parut, tanda regangan
Sekali lagi, terima kasih kepada kurkumin, yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan.
Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan jadikan ia campuran seperti masker kunyit untuk jerawat.
Sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.
Walau bagaimanapun, terdapat risiko menggunakan kunyit untuk merawat masalah kulit anda.
Sebelum guna, berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.
Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak.
Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujud reaksi alahan atau tidak.
8. Antioksidan
Kunyit kaya dengan antioksidan. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas daripada memusnahkan sel-sel sihat.
Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang lain. Melalui tabiat gaya hidup sihat, kunyit juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen