Bagaimana Lelaki Dengan Zakar Besar Nak Enjoy Seks?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Johan adalah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang berjaya dalam kerjaya dan memiliki raut wajah yang agak tampan. Namun, dia masih belum bersedia mendirikan rumah tangga kerana terdapat satu kebimbangan yang sering menghantui fikirannya. Dia mempunyai zakar yang sangat besar dan dia risau jika itu akan menyebabkannya tidak mampu menjalani kehidupan seks yang normal apabila berkahwin kelak. Baginya, ia adalah masalah yang besar.

Rasanya, bukan Johan seorang sahaja yang mengalami masalah ini. Akan tetapi, ia tidak sepatutnya menjadi satu kerisauan sehingga anda jadi takut untuk berkahwin. Sebenarnya, ada cara lelaki dengan zakar besar boleh menikmati seks! Jom ikuti artikel kalau nak tahu caranya. 

Apa saiz zakar yang normal? 

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu mengenai saiz alat kemaluan lelaki yang normal.

Ini adalah fakta yang menarik untuk anda: saiz alat kemaluan lelaki yang normal adalah 5.2 inci panjang dan 4.6 inci diameter apabila mengalami ereksi – menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2015 terhadap kira-kira 15,000 lelaki.

Akan tetapi, kita perlu tahu bahawa manusia terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik lantas membezakan fizikal kita secara lahiriahnya. Jadi, ukuran ini sebenarnya tidak boleh digunakan sebagai penanda saiz alat kemaluan yang normal atau tidak.

Sebenarnya, anda sendiri boleh menentukan sama ada saiz alat kemaluan anda terlalu besar, normal atau terlalu kecil. Namun, tiada apa yang perlu anda risaukan dengan saiz kerana walau apapun saiz zakar anda, pasti ada cara untuk menikmati seks bersama pasangan.

zakar

Bagaimana lelaki dengan zakar besar boleh menikmati seks?

Menurut Dr Jennifer Landa, pakar kesihatan seksual yang berpangkalan di BodyLogicMD, Orlanda Florida, lelaki yang mempunyai alat kemaluan yang besar juga boleh menikmati seks yang sihat dan sejahtera. Berikut merupakan rahsianya:

#1. Lebihkan masa untuk adegan ringan-ringan

Perbuatan seperti berpeluk, bercium, bersentuhan atau seks oral akan membuat pasangan wanita anda lebih terangsang sekali gus ‘membasahkan’ faraj mereka. Dengan ini, penetrasi akan lebih mudah dilakukan kelak meskipun saiz alat kemaluan anda terlalu besar. Jadi, ajak pasangan anda untuk bermanja-manja sebelum hidangan utama.

#2. Gunakan alat pelincir

Seperti mana yang kita semua tahu, zakar yang terlalu besar akan menyebabkan kesukaran ketika proses penetrasi walaupun faraj pasangan anda sudah basah sepenuhnya. Jadi, penggunaan alat pelincir sangat membantu. Anda boleh gunakan alat pelincir yang diperbuat dari bahan alami seperti minyak kelapa untuk mendapatkan aura yang semula jadi.

#3. Pastikan saiz kondom sesuai

Lelaki yang mempunyai alat kemaluan bersaiz besar perlu tahu saiz kondom anda. Anda sudah pasti tidak mahu zakar anda berasa ‘tercekik’ akibat saiz kondom yang terlalu ketat, bukan? Jadi, sila pilih saiz kondom yang sesuai agar ia tidak mudah koyak atau bocor ketika proses penetrasi sedang giat berlangsung.

#4. Lakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan

Apa maksudnya? Sebagai lelaki dengan saiz alat kemaluan yang besar, anda dan pasangan perlu melakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan kepada wanita. Apa yang boleh dibuat adalah biarkan pasangan wanita anda yang mengawal proses penetrasi. Antara posisi yang sesuai untuk dilakukan adalah:

  • Woman on top
  • Reverse cowgirl

Pun begitu, ia tidak bermakna anda dan pasangan tidak boleh melakukan posisi lain seperti missionary, spooning, doggy style dan lain-lain. Cuma, anda mungkin perlu lebih ‘lembut’ dalam melakukan penetrasi agar pasangan anda tidak terlalu tertekan dengan tusukan padu dari alat kemaluan anda yang bersaiz besar.

Konklusi

Dalam erti kata lain, Johan dan lelaki lain yang mempunyai zakar bersaiz besar tidak perlu terlalu bimbang dengannya sehingga menangguhkan niat anda untuk berkahwin dan melakukan hubungan seks. Sebaliknya, anda perlu bersyukur dengan apa yang anda ada. Cuma, jangan terlalu berbangga sehingga terlupa untuk berlembut dengan pasangan ketika berasmara, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut