Wanita, Dah Cuba Lingerie Yang Seksi & Selesa Ini? Confirm Suami Tak Cari Lain!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pemakaian yang seksi adalah sangat penting dalam usaha isteri menggoda suami di ranjang. Disebabkan itu, kaum Hawa wajib membeli dan memakai lingerie yang unik, cantik dan menarik.

Pun begitu, jangan hanya utamakan jenis dan warnanya sahaja ya? Meskipun ingin tampil seksi, pastikan ia juga selesa dipakai!

Jadi, mari kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui tip memilih lingerie yang seksi dan selesa untuk kalian.

Lingerie, pakaian dalam khas untuk berasmara

seksi

Untuk pengetahuan anda, lingerie bukan bermaksud pakaian dalam yang biasa dipakai untuk aktiviti seharian anda itu.

Sebaliknya, ia adalah sejenis pakaian yang dicipta khas untuk membangkitkan keghairahan pasangan lelaki di kamar tidur. Jadi, jangan terkeliru ya?

Jika memilih pakaian dalam yang biasa sekalipun, sudah pasti banyak pantang larangnya bukan? Begitulah juga dengan lingerie.

Ketahuilah setiap individu adalah berbeza. Apa yang kelihatan menarik pada patung atau orang lain, mungkin tidak pada anda!

Disebabkan itu, sila lebih berhati-hati sebelum membeli atau memakai pakaian jenis ini.

Tip memilih lingerie yang seksi & selesa

lingerie

Secara umumnya, lingerie adalah jenis pakaian yang boleh membangkitkan nafsu berahi seorang lelaki. Syaratnya, ia mestilah kena dengan wanita itu sendiri.

Berikut merupakan beberapa tip memilih lingerie yang selesa:

 #1. Pilih saiz yang tepat

Pertama sekali, saiznya perlulah tepat yakni jangan terlalu kecil atau terlalu besar!

Sekiranya terlalu besar, sudah pasti ia akan kelihatan longgar atau londeh. Ini sekali gus akan mengakibatkan buah dada anda kelihatan seperti ‘ganyut’ atau ‘juling’.

Jika ia terlalu kecil pula, ia mungkin membuat payudara anda kelihatan mampat.

Akan tetapi, ia akan membuat anda berasa seperti ‘sempit’ ekoran pakaian yang terlalu ketat.

Dalam erti kata yang lebih mudah, lingerie yang tidak sesuai saiznya tentu sekali akan membuat ia tidak kelihatan menarik, apatah lagi seksi di mata suami kalian. Jadi, sila pilih saiz yang sesuai ya!

#2. Pilih yang diperbuat daripada bahan kapas

Secara umumnya, kebanyakan lingerie diperbuat daripada bahan sutera atau bahan sintetik.

Sayangnya, bahan-bahan inilah yang kurang dicadangkan untuk dipakai pada faraj dan payudara.

Ini kerana, bahan-bahan yang dinyatakan ini tidak mampu menyerap peluh dengan baik.

Kesannya, kawasan yang tertutup ini akan mengalami kelembapan dan sekali gus menyebabkan kerengsaan kulit.

Oleh itu, amatlah disarankan untuk anda memilih lingerie yang diperbuat daripada bahan kapas terutamanya pada bahagian yang akan menutup faraj dan payudara iaitu baju dalam serta seluar dalam.

tip memilih lingerie

#3. Pilih yang sesuai dengan bentuk badan

Seperti yang kita semua sedia maklum, bentuk badan setiap individu terutamanya wanita adalah berbeza-beza.

Oleh itu, kesesuaian lingerie juga tentu sekali berbeza bergantung pada individu.

Maka pilihlah yang sesuai dengan bentuk badan anda ya! Bagaimanakah caranya?

Pertama sekali, sila kenali bentuk buah dada anda terlebih dahulu. Ia bertujuan supaya anda mampu memilih jenis yang sesuai dengan cup anda.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli, cuba pakai dan angkat tangan anda ke atas. Sekiranya payudara anda terkeluar dari kawat baju dalam, ia mungkin tidak sesuai.

Kedua, sila lihat bentuk tubuh badan anda dari bahagian pinggang ke bawah pula, Ia bertujuan untuk memilih seluar dalam yang sesuai.

Sebagai contoh, adalah disarankan untuk wanita yang mempunyai bentuk tubuh seakan buah pir memilih seluar dalam dengan ukuran yang pendek, kerana ia dapat menyokong pinggul dan paha.

Lain pula ceritanya jika anda mempunyai bentuk tubuh mirip jam pasir. Anda disarankan untuk memakai seluar dalam yang tinggi untuk membuat anda kelihatan lebih seksi dan selesa.

Sebaiknya, dapatkan nasihat dari perunding imej di tempat anda membeli.

Barulah anda mampu tampil lebih yakin di hadapan encik suami nanti!

#4. Pilih satu set lingerie yang sama

Untuk pengetahuan anda, lingerie adalah pakaian dalam yang banyak dijual dalam satu set yang sama.

Oleh itu, cuba elak daripada membeli pakaian dalam secara berasingan.

Ini kerana set lingerie yakni baju dalam dan seluar dalam yang sama pasti akan memberi imej kekemasan dari aspek jenis, motif, corak dan warnanya.

Ia akan membuat anda tampil lebih cocok dan seksi ketika dipandang.

Cuba bayangkan jika baju dalam anda berwarna merah tetapi seluar dalam anda berwarna putih. Ya, ia mungkin masih terlihat seksi namun agak janggal bukan? Jadi, pilih satu set lingerie yang sama okay!

Lingerie mampu merangsang hubungan seks agar lebih hangat!

seksi

Encik suami, cuba jujur dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda mahu isteri anda selekeh dengan baju kelawar yang tidak menarik sahaja di rumah? Jawapannya pasti tidak bukan?

Jadi, bawalah isteri kesayangan anda itu ke butik pakaian dalam dan belanjalah mereka untuk membeli lingerie yang seksi.

Dengan ini, sudah pasti mereka akan berasa terharu dan gembira!

Namun, pastikan kalian ikuti tip memilih lingerie yang kami sediakan ini terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya okay? Diharapkan, hubungan intim kalian dapat jadi lebih hangat dari biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 15, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 12, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut