Pssttt.. 5 Rahsia Berjimak Kekal HANGAT Walaupun Pakai Kondom, Suami Isteri Dah Cuba Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada Mac 25, 2020

Dalam konteks hubungan intim suami isteri, sudah pasti semua pasangan mahukan seks yang hangat namun selamat bukan? Disebabkan itu, ramai yang mengambil keputusan untuk melakukan seks pakai kondom.

Pun begitu, ada yang mengatakan ia boleh mengurangkan keghairahan ketika beraksi di kamar tidur.

Jadi, apa cara tepat untuk melakukan seks pakai kondom agar kehidupan di ranjang kekal hangat?

Tenang, kami ada jawapannya. Jom kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Ini rahsia seks pakai kondom agar kekal hangat!

kondom

Tidak dinafikan, ramai pasangan yang menolak daripada menggunakan kondom ketika berasmaradana dengan pasangan. Ini kerana ada yang menganggap ia akan memotong keseronokan dan kehangatan seks.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kondom dapat memberikan perlindungan dari kehamilan luar jangkaan dan penyakit kelamin berjangkit. Jadi, penggunaannya adalah sesuatu yang sangat wajar.

Mungkin ada suami isteri yang salah cara penggunaan kondom sehingga mengatakan seks adalah kurang hangat jika memakainya. Psstt.. ini kami bongkarkan rahsia seks dengan kondom agar ia kekal hangat!

#1. Bersenggama menggunakan kondom nipis

Salah satu masalah paling utama terjadi setiap kali berbicara tentang hubungan kelamin dengan alat kontrasepsi adalah kerana ketebalan kondom yang akan menurunkan rasa ghairah seseorang itu. Mungkin memang benar tidak mudah untuk mencari ketebalan yang tepat.

Sebagai penyelesaiannya, kalian boleh memilih kondom yang nipis namun sesuai dengan ukuran zakar. Ini kerana ia dapat memberikan sensasi yang sama seakan dengan penetrasi tanpanya. Sensasi inilah yang penting untuk dirasai oleh pasangan yang sedang bersenggama.

#2. Gunakan kondom dengan pelincir

Ramai pasangan yang salah faham pelinciri tidak perlu digunakan bersama kondom. Salah, ia hanya akan menyebabkan alat kemaluan kalian mengalami kerengsaan.

Oleh itu, sila gunakan pelincir bersama dengan kondom. Sebagai panduan, anda boleh memilih pelincir yang diperbuat daripada bahan yang berasaskan air atau water-based.

Tujuan penggunaan pelincir ini bukan sahaja dapat melincirkan serta mengurangkan kerengsaan pada zakar suami malah mampu merangsang klitoris dan faraj isteri sekali gus mampu mencapai seks yang lebih hangat walaupun memakai kondom!

#3. Sebelum memulakan senggama, lakukan foreplay

Keghairahan semasa hidangan utama perlu didahului oleh sesi foreplay yang hebat. Tidak perlu yang susah-susah, cukup sekadar berpelukan, berciuman, bersentuhan dan berpegangan tangan sebelum memulakan senggama.

Selepas suasana hangat telah tercipta dan kalian berdua sudah sedia untuk mendayung, inilah waktu yang paling sesuai untuk memakai kondom. Dengan ini, tiadalah lagi perasaan berat untuk beraksi bersama kondom.

#4. Jelajahi daerah klitoris isteri

Untuk pengetahuan encik suami, klitoris adalah bahagian pada tubuh badan wanita yang paling sensitif kerana terdapat banyak saraf di situ. Jika disentuh dengan betul, ia sangat membantu wanita mencapai klimaks.

Jadi, jangan malu untuk jelajahi bahagian ini. Gunakanlah jari, lidah atau alat mainan seks untuk bermain-main dengannya. Selepas nafas isteri kelihatan sudah tercungap kerana terangsang dengan begitu hebat, inilah saat paling sesuai untuk memakai kondom.

Selepas itu, gunakanlah segala pengalaman yang ada untuk memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa rasa ragu lagi. Dengan ini, seks pakai kondom juga boleh menjadi hebat dan terasa nikmat.

#5. Lakukan pelbagai variasi posisi seks

Seks pakai kondom tidak bermakna anda perlu membataskan posisi berhubungan kepada missionary sahaja. Terdapat banyak lagi posisi kalian berdua boleh lakukan dan jangan risau tentangnya ya?

Tidak salah untuk kalian mencuba posisi seperti doggy style atau woman on top kerana ia sama sekali tidak akan mengurangkan perlindungan yang ditawarkan oleh alat kontrasepsi ini.

Jadi, lakukanlah hubungan kelamin dalam bermacam-macam posisi seakan tidak langsung memakai kondom. Dengan ini, keseronokan kalian tidak lagi terbatas ketika bersenggama.

Jangan beranggapan seks pakai kondom tidak menarik!

kondom

Dalam erti kata yang lebih mudah, seks dengan menggunakan alat kontrasepsi ini sama sekali tidak akan mengurangkan kehangatan ketika kalian bersenggama.

Oleh itu, ubahlah pemikiran anda segera. Dalam pada itu, cuba mengambil inisiatif dengan melakukan tip-tip yang kami berikan ini. Dijamin kehidupan seks akan lebih hangat dan selamat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020