Mempunyai anak adalah satu perkara yang menakjubkan, bukan? Tetapi memiliki zuriat dengan cara yang tidak dijangka mungkin sebaliknya. Jadi sebelum waktu yang dirancang tiba, alat pencegahan kehamilan perlu digunakan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Jadi apa itu alat pencegahan kehamilan?
Pencegahan kehamilan merujuk kepada pelbagai langkah yang diambil untuk melambatkan proses pembiakan semula jadi yang berlaku melalui hubungan kelamin.
Kebanyakannya berkesan jika digunakan dengan betul dan konsisten.
#1. Hormon Pencegah Kehamilan
Seperti namanya, hormon pencegah kehamilan merupakan cara untuk mencegah ovulasi dalam kitaran normal badan wanita, dengan itu sekali gus dapat menghalang kehamilan dari berlaku.
Selain itu, sperma kemudian dibuat lebih sukar untuk memasuki serviks dan mencari telur. Lapisan rahim juga terjejas bagi memastikan telur yang berjaya disenyawakan tidak dapat menempel.
Alat pencegahan kehamilan ini boleh didapati dalam bentuk pil, tampalan, cincin faraj, suntikan dan implan.
Walau bagaimanapun, disebabkan pencegah kehamilan jenis ini perlu digunakan dengan konsisten, maka anda perlu mendapatkan preskripsi doktor untuk menggunakannya.
Anda tidak semestinya akan mengambil pil setiap hari, tetapi terdapat jadual tertentu. Setiap kaedah mempunyai tempoh tersendiri.
Anda disyorkan untuk berunding dengan doktor bagi mengetahui apa yang terbaik.
Alat Pencegahan Kehamilan#2. Kondom
Kondom adalah apa yang dipanggil pencegah kehamilan sekatan.
Kondom mewujudkan sekatan yang menghalang sperma daripada memasuki rahim. Terdapat kondom lelaki dan kondom wanita.
Kondom lelaki adalah seperti getah nipis yang meliputi organ lelaki semasa aktiviti seksual. Sementara kondom wanita adalah tiub plastik yang dimasukkan ke dalam kemaluan perempuan.
Baca juga: