Adakah Kerap Melancap Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/05/2020

Tidak dinafikan, melancap adalah satu tabiat buruk yang boleh mendatangkan banyak keburukan terhadap tahap kesihatan seorang lelaki. Pun begitu, masih ramai kaum Adam yang melakukannya kerana tidak tahu, tidak takut atau tidak peduli akan kesan negatifnya.

Terdapat satu kepercayaan yang mengatakan kesan melancap terlalu kerap mungkin mengakibatkan zakar anda mengecil. Adakah ia fakta atau mitos semata-mata?

Relaks, Hello Doktor ada jawapan yang sebenarnya. Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui kesahihannya dengan lebih mendalam lagi!

Apa kaitan antara melancap dengan saiz zakar?

melancap

Kita sedar onani adalah satu tabiat buruk, tetapi yang malangnya, ia sudah dianggap sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan masyarakat kita.

Bagi masyarakat yang beragama Islam khususnya, perbuatan melancap ini tentu sekali akan mendatangkan dosa kepada pelakunya. Selain itu, ia juga sudah semestinya salah dari aspek moral dan etika.

Pun begitu, berbeza pula dari aspek kesihatan. Dikatakan bahawa tabiat buruk ini sebenarnya boleh mendatangkan impak yang positif terhadap tahap kesihatan kita! Ejakulasi yang berlaku di saat beronani sangat diyakini oleh ramai pakar akan menyebabkan perkara seperti berikut:

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Meningkatkan kemampuan sistem pertahanan tubuh badan
  • Mengurangkan simptom sakit kepala
  • Membuat tidur lebih lena dan nyenyak

Namun, di sebalik semua manfaat ini tersembunyi banyak lagi mudarat melancap. Ramai orang beranggapan bahawa zakar mengecil adalah antara kesan melancap terlalu kerap.

Kepercayaan ini didorong oleh faktor kadar testosteron dalam tubuh badan yang akan menurun dengan mendadak akibat terlalu kerap beronani. Adakah ia benar?

Hakikatnya, masih tiada kajian terkini yang mengesahkan perkara ini. Jadi, kepercayaan melancap buat zakar mengecil mungkin sekadar mitos semata-mata!

Zakar mengecil bukan kesan melancap terlalu kerap!

kesan melancap

Terdapat 2 penjelasan utama yang mengesahkan perkara ini seperti yang berikut:

  • Testosteron akan kembali meningkat selepas ejakulasi

Untuk pengetahuan anda, testosteron akan meningkat di saat anda melakukan hubungan seksual atau beronani. Selepas ejakulasi, ia mungkin akan menurun. Namun, ia bukanlah menurun secara terus atau kekal.

Sebaliknya, testosteron dalam tubuh badan akan kembali normal beberapa saat sahaja selepas ejakulasi. Jadi, tiada fakta yang boleh mengaitkan pengurangan saiz zakar dengan tabiat melancap.

  • Saiz zakar tidak ditentukan oleh jumlah testosteron

Hakikatnya, penurunan testosteron bukan satu-satunya perkara yang akan memberi kesan kepada saiz zakar. Ini kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang menentukan kemampuan ereksi atau ejakulasi lelaki.

Antara faktor lain yang mempengaruhi saiz zakar adalah genetik, pemakanan, gaya hidup serta tahap kesihatan tubuh badan individu secara keseluruhan termasuklah dari aspek fizikal dan mental.

Apa perkara sebenar yang sebabkan zakar mengecil jika bukan melancap?

zakar

Jadi, sekarang kita sudah tahu bahawa kerap melancap mungkin bukan punca zakar mengecil. Jadi apa punca sebenarnya? Mari kita lihat huraian ini bersama-sama:

#1. Faktor usia

Seiring dengan pertambahan usia, kolesterol yang terkumpul dalam saluran darah akan membentuk plak. Ia kemudiannya akan mengakibatkan aliran darah zakar menjadi lemah. Akibatnya, zakar akan dilihat sedikit mengecil berbanding dahulu di saat melakukan hubungan seksual.

#2. Tabiat merokok

Bahan kimia yang terdapat dalam rokok tentu sahaja akan merosakkan saluran darah pada zakar sekali gus menyebabkan aliran darah tersumbat. Akibatnya, zakar akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan ereksi yang maksimum. Jadi, berhenti merokok sekarang juga.

#3. Penyakit Peyronie

Buat anda yang tertanya-tanya, ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan luka pada dalam zakar. Ia akan menyebabkan zakar membengkok serta nampak lebih kecil. Jika anda mengalaminya, pembedahan wajar dijalankan untuk merawat penyakit ini.

#4. Obesiti

Pertambahan berat badan sebenarnya turut mempengaruhi bentuk zakar walaupun ia tidak akan membuatkannya lebih mengecil. Ini kerana perut yang besar atau buncit akan mengakibatkan zakar tertarik ke dalam lantas menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding sebelumnya.

Melancap bukan punca zakar mengecil, namun lelaki masih perlu berjaga-jaga!

Kesimpulannya, terlalu kerap melancap bukanlah punca zakar mengecil. Pun begitu, kaum Adam wajarlah lebih berjaga-jaga dan tegah diri daripada melakukannya!

Ini kerana tabiat buruk ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang agama Islam ajarkan. Selain itu, adakah anda masih mahu melakukannya selepas berkahwin?

Anda sudah tentu tidak mahu mengecewakan perasaan pasangan tercinta anda bukan? Jadi, berhenti melakukannya sekarang juga!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020