backup og meta

Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/06/2020

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Cinta itu buta dan juga boleh membutakan. Ia boleh terjadi kepada sesiapa, pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja termasuklah dalam kalangan rakan sekerja!

    Mungkin perkara sebegini tidak menjadi satu kehairanan kepada kita kerana sudah terbiasa melihatnya dalam drama televisyen.

    Namun, bagaimana jika ia terjadi kepada anda?

    Ketahuilah ia sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Dalam erti kata yang lebih mudah, bercinta dengan rakan sekerja boleh mendatangkan kesan yang positif serta negatif, bergantung kepada individu.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Adakah bercinta dengan rakan sekerja itu salah?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, sudah pasti kita semua mempunyai persoalan ini bukan? Jawapannya, sudah tentu tidak kerana ia adalah satu lumrah yang biasa terjadi dalam kehidupan kita!

    Perkara ini juga telah dipersetujui oleh Art Markman, seorang Profesor Psikologi dari University of Texas, Amerika Syarikat. Menurutnya, masa yang diluangkan di tempat kerja akan jadi punca utamanya.

    Manakan tidak, waktu anda berada di tempat kerja sebenarnya adalah jauh lebih banyak berbanding waktu anda berada di tempat yang lain.

    Disebabkan itu, kecenderungan untuk anda jatuh hati kepada rakan sekerja juga akan menjadi lebih tinggi kerana selalu berjumpa.

    Selain itu, komunikasi yang mesra ketika bertukar pendapat, berbincang strategi serta bekerjasama dalam sesuatu projek juga akan membuat benih-benih cinta itu muncul.

    Kesannya, akan timbullah perasaan teringin untuk bercinta dengan rakan sekerja.

    Tidak dinafikan, terdapat banyak kelebihan yang akan diterima oleh kalian jika bercinta di tempat kerja.

    Namun, ketahuilah bahawa terdapat juga beberapa keburukan di sebaliknya. Sila teruskan pembacaan.

    Kelebihan bercinta dengan rakan sekerja

    rakan sekerja

    #1. Motivasi untuk bekerja meningkat

    Motivasi untuk ke pejabat setiap hari terutamanya hari Isnin adalah sangat diperlukan.

    Cuba bayangkan jika anda mempunyai kekasih yang sedang menunggu di tempat kerja yang sama. Sudah pasti ia akan membuat kita semua lebih rajin ke pejabat bukan?

    Selain itu, ia juga mungkin akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja dengan lebih baik.

    Ini kerana kalian berdua sudah pasti akan memberi sokongan antara satu sama lain. Namun, harus diingatkan agar kalian berdua kekal profesional di tempat kerja okay!

    #2. Mengurangkan rasa ‘insecure’ pasangan

    Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, pasti ada pasangan terutamanya wanita yang sering rasa diri tidak selamat.

    Dalam fikiran mereka, pasangan mungkin akan berlaku curang tatkala sedang bekerja di pejabat.

    Jika kalian berdua bekerja di tempat yang sama, maka rasa ‘insecure’ ini juga sudah pasti akan berkurangan.

    Dengan ini, tiadalah lagi drama cemburu atau konflik di dalam kisah percintaan anda dan pasangan.

    Keburukan bercinta dengan rakan sekerja

    rakan sekerja

    #1. Tidak semua pejabat membenarkan

    Hakikatnya, tidak semua pejabat atau tempat kerja di dunia ini yang membenarkan perkara ini berlaku.

    Ada syarikat di Malaysia yang memang terang-terangan melarang percintaan di tempat kerja kerana khuatir akan berlaku banyak skandal serta kemerosotan prestasi jika berlakunya konflik dalam hubungan.

    Jadi, sila ketahui dan pelajari peraturan di tempat kerja kalian terlebih dahulu.

    Tanyakan pada diri sama ada anda sendiri sanggup untuk berhenti kerja semata-mata untuk mempertahankan cinta kalian?

    Jadi, sila pastikan perkara ini sebelum mula mengorak langkah.

    #2. Mengganggu konsentrasi anda dan pasangan

    Percintaan itu tidak selalunya indah. Pergaduhan kecil atau manja sesama pasangan sudah pasti akan berlaku.

    Sekiranya ia berlaku di pejabat pula, adakah kalian akan bermasam muka dan tidak mahu bekerjasama lagi?

    Sekiranya anda dan pasangan tidak tahu untuk mengawal perasaan ini, sudah pasti konsentrasi kalian di tempat kerja akan terganggu.

    Kesannya, kerjaya anda berdua juga berisiko untuk musnah begitu sahaja!

    #3. Cepat berasa bosan

    Ya, mungkin benar sering berjumpa dengan si dia akan mendatangkan kesan yang positif.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa ia juga boleh membuat seseorang individu itu cepat berasa bosan.

    Manakan tidak, pasangan yang bercinta di satu tempat kerja pasti akan berjumpa setiap hari bekerja.

    Kemudian, pada hari minggu juga kalian akan meluangkan masa lagi untuk ‘dating’.

    Kesannya, setiap waktu kalian hanya akan bersama dengan pasangan sekali gus menyebabkan perasaan bosan itu timbul.

    Jadi, sila pertimbangkan pro dan kontra bercinta dengan rakan sekerja ini sebelum anda mula mengorak langkah untuk mengurat insan yang anda anggap istimewa di tempat kerja anda okay!

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan