Terdapat sesetengah individu tidak mahu menjadi pihak yang meminta perpisahan, jadi mereka akan menimbulkan banyak masalah agar pasangan mereka yang akan mengakhiri hubungan tersebut. terdapat juga individu yang akan menunggu perhubungan itu berakhir secara semulajadi kerana tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
Berpisah pastinya satu fasa yang amat menyakitkan apabila anda mahupun pasangan anda merupakan individu yang ingin memutuskan perhubungan. Kenapa tidak kita berdepan dengan realiti, jadi berani untuk mengakhiri sesuatu hubungan sebagai seorang yang matang dan tetap kekal bahagia walau apa yang terjadi.
Terima seadanya
Sekiranya anda adalah pihak yang menerima permintaan selamat tinggal atau perpisahan, jangan menjadikan diri anda sebagai individu yang menjengkelkan dengan mengemis, merayu atau mengugut sesiapa. Anda mungkin kehilangan si dia dan merasakan hidup anda akan berakhir, tetapi cuba untuk bertenang. Hubungan anda sudah tamat, dan itu hakikat yang anda perlu terima. Biarkan masa merawat segala duka dan kesakitan, cuba biasakan diri tanpa kekasih mahupun pasangan anda, dan terus melangkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih baik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen