backup og meta

Ini Perkara Yang Perlu Anda Fahami Mengenai Piramid Makanan, Jangan Tersilap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    Ini Perkara Yang Perlu Anda Fahami Mengenai Piramid Makanan, Jangan Tersilap!

    Piramid Makanan berfungsi sebagai panduan diet yang sihat bagi ramai orang. Ia berfungsi sebagai panduan visual yang mudah berdasrkan jenis dan kadar makanan yang patut kita makan setiap hari untuk kesihatan.

    Bahagian piramid makanan

    Berikut adalah apa yang perlu anda tahu tentang piramid makanan.

    Piramid makanan mengandungi lima kumpulan makanan utama, ditambah lemak yang sihat, berdasarkan apa yang menyumbang kepada diet yang sihat.

    Aras bawah

    Aras paling bawah mengandungi tiga kumpulan makanan berasaskan tumbuhan:

    • sayur-sayuran dan kekacang
    • buah-buahan
    • bijirin

    Aras ini merupakan aras terbesar daripada piramid makanan, maka ia harus membentuk bahagian terbesar diet kita – sekitar 70%.

    Makanan tumbuhan mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan.

    Makanan ini merupakan sumber utama karbohidrat dan serat dalam diet kita.

    Dalam kumpulan bijirin makanan, pilih bijirin penuh (seperti beras perang, oat dan quinoa), dan mil penuh/ gandum penuh / bijirin tinggi serat untuk pemilihan roti, pasta, dan makanan bijirin (berbanding jenis yang diproses, atau halus).

    diet

    Aras tengah piramid makanan

    Aras tengah termasuk susu, yogurt, keju dan sebagainya serta daging, ayam, ikan, telur, kacang, dan kumpulan kekacang.

    Makanan dalam kumpulan susu, yogurt, keju dan sebagainya menyediakan kita dengan kalsium dan protein, serta vitamin dan mineral lain.

    Kumpulan makanan ini juga merujuk kepada pilihan makanan bukan tenusu seperti soya, beras atau susu bijirin yang mempunyai sekurang-kurangnya 100mg per 100ml kalsium tambahan.

    Pilih makanan ini dalam versi rendah lemah untuk mengehadkan kalori berlebihan daripada lemak tepu.

    Makanan dalam bahagian daging, ayam, ikan, telur, kacang, kumpulan kekacang adalah sumber utama protein.

    Tetapi setiap makanan ini juga menyediakan campuran nutrien unik, termasuk iodin, zat besi, zink, vitamin B12 dan lemak sihat.

    Anda patut mensasarkan untuk memperbagaikan pengambilan daging atau bukan daging daripada kumpulan makanan ini.

    Aras atas

    Aras atas merujuk kepada lemak yang sihat kerana kita memerlukan sejumlah kecil setiap hari untuk menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak.

    diet piramid makanan

    Kita perlu memilih makanan yang mengandungi lemak sihat dan bukannya makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans.

    Pilih lemak poli tidak tepu dan lemak mono tidak tepu daripada sumber tumbuh-tumbuhan, seperti minyak zaitun, kacang dan biji benih.

    Hadkan jumlah lemak tepu yang anda makan dan elakkan lemak trans.

    Anda juga boleh mendapat lemak yang sihat daripada makanan dalam kumpulan makanan lain, seperti avokado, kacang, biji benih dan ikan, jadi anda hanya memerlukan sedikit tambahan daripada minyak setiap hari.

    Diet yang sihat berfungsi sebagai pendekatan pencegahan jangka panjang dan / atau rawatan untuk semua jenis penyakit.

    Digabungkan dengan senaman yang teratur, badan anda boleh membentuk pertahanan yang baik daripada semua masalah kesihatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan