backup og meta

5 Makanan Menguatkan Gigi Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/08/2023

    5 Makanan Menguatkan Gigi Anak Anda

    Mahukan gigi anak kuat dan sihat? Pastikan mereka mengambil makanan yang baik untuk gigi anak ini…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Makanan yang baik untuk gigi anak

    Sebagai ibu bapa, anda memahami pentingnya pemakanan dan diet yang sihat untuk anak anda.

    Dengan menggalakkan anak anda mendapat makanan yang baik untuk gigi, anda akan membantu gigi dan enamel mereka kekal kuat dan sihat untuk tempoh masa yang lama.

    Berikut makanan membantu menguat gigi anak anda:

    1. Produk tenusu

    Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt kaya dengan kalsium, yang bukan sahaja menguatkan mineral dalam tulang tetapi juga membantu membuatkan gigi anak kuat dengan menguatkan enamel.

    Selain itu, beberapa produk tenusu membantu mendorong penghasilan air liur yang melindungi gigi terhadap bakteria.

    Galakkan anak anda untuk mendapatkan produk tenusu dengan makanan mereka atau sebagai makanan ringan.

    Produk tenusu membantu dalam meningkatkan tahap pH di mulut dan mengurangkan kesan asid yang dihasilkan oleh plak gigi.

    Selain itu, paras pH yang tinggi juga dapat mencegah kerosakan dan rongga gigi.

    Pastikan anda tidak memberikan susu berperisa kerana ia mengandungi jumlah gula yang tinggi yang mengurangkan manfaat kesihatan.

    makanan yang baik untuk gigi

    2. Protein

    Protein penting untuk gusi dan gigi anak yang sihat. Anda boleh memasukkan protein ke dalam diet anak-anak anda melalui daging seperti ayam dan daging lembu.

    Fosforus dalam protein haiwan ini perlu untuk kesihatan mulut yang lebih baik.

    Jika anak anda tidak sukakan daging, masukkan telur seperti kuning telur yang mempunyai tahap fosforus yang tinggi.

    Jika anda adalah keluarga vegetarian, pertimbangkan tauhu dan kekacang kerana ia adalah sumber protein yang sangat baik.

    3. Vitamin C

    Pastikan anak anda mengambil makanan yang tinggi vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus, strawberi, kiwi, sayuran hijau, lada, kentang, tembikai, dan sebagainya.

    Vitamin C dianggap sebagai vitamin untuk gigi dan gusi kerana ia mengurangkan jumlah bakteria di dalam mulut, mencegah penyakit gingivitis atau gusi dan meningkatkan kesihatan gusi.

    Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan buah-buahan berasid kerana pendedahan kepada asid yang terdapat di dalamnya boleh merosakkan enamel pada gigi.

    Untuk meminimumkan kesannya, pastikan anak anda minum banyak air untuk mencuci asid dan gula daripada gigi.

    4. Bijirin penuh

    Ia adalah bijirin yang tidak ditapis yang mengekalkan bahagian yang sihat seperti komponen berkhasiat dan serat.

    Selain itu, bijirin penuh kaya dengan magnesium yang membantu membina enamel gigi.

    Baca juga:

    Sebaliknya, karbohidrat halus adalah biji-bijian yang dipecah menjadi gula mudah. Ini tidak seperti berkhasiat seperti bijirin penuh dan menyebabkan lebih banyak rongga.

    5. Sayuran renyah, antara makanan yang baik untuk gigi anak

    Sayuran dan buah-buahan yang renyah seperti lobak, epal, kubis, dan lain-lain, anda membantu memastikan gigi anak anda kekal sihat.

    Sayuran-sayuran yang renyah memerlukan banyak mengunyah dan memecahkan zarah yang kecil. Zarah-zarah ini membantu dalam menghapuskan plak dan serpihan pada gigi kanak-kanak.

    Anda juga boleh memasukkan saderi dalam diet mereka kerana ia disebut sebagai “floss alam” kerana kehadiran helai berserabut dan kandungan air yang tinggi, yang kedua-duanya membantu meningkatkan kesihatan gigi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan