Mengapa Orang Jepun Kekal Sihat Walaupun Banyak Makan Nasi? Pelik kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 14/04/2020

Sushi, Udon dan Ramen adalah antara pilihan menu yang tersedia di banyak kedai-kedai makanan  Jepun seperti Sushi King. Adakah anda tahu, disebalik jenis-jenis makanan yang tinggi karbohidrat ini, tersimpan rahsia mengapa orang Jepun hidup lebih lama dan memiliki hidup yang lebih sihat?

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengapa mereka kekal sihat walaupun sering memakan nasi? Ikutinya melalui artikel ini. 

Orang Jepun miliki jangka hayat kedua tertinggi di dunia

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun memiliki jangka hayat kedua tertinggi di dunia selepas penduduk di Negara Monaco.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Global Health and Medicine di Tokyo, mereka yang mematuhi garis panduan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun mempunyai 15% lebih sedikit untuk mengalami kematian atas pelbagai sebab.

Ini adalah perbandingan yang dijalankan dengan mereka yang tidak mengikuti pelan pemakanan yang dicadangkan dengan betul.

Garis panduan pemakanan Jepun tersebut mencerminkan diet tradisional penduduk negara itu yang tinggi dengan pengambilan bijirin, ikan dan produk-produk berasaskan kacang soya, tetapi rendah kandungan lemak. 

Mengapa orang Jepun boleh makan banyak nasi tetapi tidak gemuk?

orang jepun

Melalui kajian tersebut, seramai 80,000 peserta telah menjawab soal selidik mengenai pemakanan dan gaya hidup yang menentukan sejauh mana mereka mengikuti garis panduan tersebut.

Para penyelidik kemudiannya menjejaki kesihatan mereka selama 15 tahun. Mereka mendapati, mereka yang benar-benar mengikuti garis panduan tersebut mempunyai risiko yang berkurangan bagi kematian yang disebabkan oleh pelbagai faktor

Saintis dalam bidang kardiovaskular, James DiNicolantonio menyatakan, orang Jepun mempunyai kombinasi unik yang menggabungkan makronutrien yang membuatkan mereka terselamat daripada mendapat obesiti dan penyakit metabolik.

Menurut DiNicolantonio, orang Jepun cenderung untuk memakan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan sayur-sayuran, tetapi mengambil lemak dengan kandungan yang rendah.

Selain itu menurut beliau lagi, orang-orang Jepun gemar memakan makanan laut yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 dan kurang mengambil makanan yang telah diproses.

Selain pemakanan, orang Jepun juga lebih aktif berbanding penduduk Amerika Syarikat. Secara puratanya, setiap penduduk Jepun akan berjalan sebanyak 7,000 langkah setiap hari.

Disebabkan faktor-faktor seperti pemakanan rendah lemak, kurang pengambilan makanan diproses dan gaya hidup yang aktif, maka orang Jepun kekal sihat dan tidak gemuk walaupun mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. 

Beras perang lebih baik berbanding beras putih

orang jepun

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah membuat satu penambahbaikan terhadap garis panduan tersebut pada tahun 2010.

Memandangkan rakyat Jepun lebih banyak memakan beras putih sebagai makanan ruji mereka, kementerian telah mencadangkan agar setiap individu hanya mengambil 50 ke 65 peratus karbohidrat sahaja setiap hari.

Kementerian juga menggalakkan rakyatnya untuk mencuba mempelbagaikan hidangan nasi dengan penggunaan bijirin penuh seperti beras perang.

Ini kerana beras atau nasi putih telah dikaitkan dengan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik.

Tiru cara hidup orang Jepun

orang jepun

Bagi mereka yang mungkin dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, cuba makan berpandukan garis panduan pemakanan orang-orang Jepun yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.

Tidak perlu pergi ke Sushi King setiap hari hanya semata-mata untuk kekal sihat selain untuk mengelakkan poket rabak. Anda boleh belajar untuk menyediakan hidangan Jepun di rumah anda yang ternyata lebih sihat, bersih dan jimat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sepanjang Musim COVID-19, Ini Bagaimana Rakyat China ‘Dipulau’ Di Seluruh Dunia

    Kerajaan dari negara-negara luar selain China telah menyekat kemasukan pelancong dari China bagi menghindarkan penularan wabak virus korona baharu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 Februari 12, 2020

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Contohi Jepun, Ini Sebab Mengapa Perlu Kerja 4 Hari Seminggu

    Apa kata kita cuba usulkan bekerja 4 hari seminggu. Ia kelihatan tidak realistik tetapi ia sememangnya memberikan manfaat kepada pekerja dan syarikat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    tamatkan-perintah-berkurung-terlalu-awal

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 4, 2020

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mac 20, 2020

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mac 8, 2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Februari 17, 2020