Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.
Namun, bagaimana pula halnya bagi si gadis yang belum berkahwin?
Sekiranya perkara ini menjadi suatu persoalan buat anda, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas isu tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apa itu endometriosis?
Endometriosis adalah gangguan yang menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim wanita, endometrium tumbuh di luar rahim.
Dengan penyakit endometriosis, tisu seperti endometrium akan menebal, pecah dan berdarah pada setiap kitaran haid.
Tetapi kerana tisu ini tidak mempunyai cara untuk keluar daripada badan, ia menjadi terperangkap.
Apabila endometriosis melibatkan ovari, sista yang disebut endometrioma mungkin boleh terbentuk.
Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang boleh menjadi agak kronik terutamanya semasa haid.
Masalah kesuburan juga mungkin timbul. Namun jangan risau, kerana terdapat rawatan yang mampu membantu.
Tisu-tisu yang terperangkap di pelvis anda boleh menyebabkan:
- Berlakunya kerengsaan
- Pembentukan parut
- Sakit yang teruk semasa haid anda
- Mengalami masalah kesuburan
Endometriosis adalah keadaan ginekologi yang biasa, yang mempengaruhi sehingga 10 peratus wanita. Anda tidak keseorangan jika mengalami gangguan ini.
Gejala-gejala utama penyakit endometriosis
Walaupun para wanita banyak mengalami kekejangan semasa haid, namun mereka yang mengalami endometriosis biasanya menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih teruk daripada biasa.
Kesakitan juga boleh meningkat dari masa ke masa. Tanda-tanda dan tanda tanda endometriosis yang sering terjadi termasuk:
- Haid yang menyakitkan (senggugut): Kesakitan dan kekejangan pada pelvis mungkin bermula sebelum dan berlanjutan beberapa hari sehingga haid. Anda juga mungkin mengalami sakit bahagian belakang dan perut.
- Sakit ketika melakukan persetubuhan: Kesakitan semasa atau selepas hubungan seks adalah kerap berlaku buat wanita dengan endometriosis.
- Sakit dengan pergerakan usus atau ketika membuang air kecil: Anda kemungkinan besar mengalami gejala ini semasa haid.
- Pendarahan haid yang berlebihan: Anda mungkin mengalami haid yang berat sekali.
- Kemandulan. Kadang-kadang, penyakit endometriosis pertama kali didiagnosis pada mereka yang mencari rawatan untuk masalah kemandulan.
Baca juga: