What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Endometriosis: Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Penyakit Wanita Ini?

    Endometriosis: Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Penyakit Wanita Ini?

    Apa itu endometriosis adalah keadaan kesihatan di mana terdapat tisu rahim di luar lapisan dalam rahim.

    Dalam kebanyakan kes, tisu ini terdapat di dalam ovari, tiub fallopian, dan bahagian lain di dalam pinggul (pelvis).

    Sangat jarang, apa itu endometriosis juga mungkin boleh berlaku di luar pelvis!

    apa itu endometriosis

    Meskipun tisu tersebut berada di luar lapisan dalam rahim, ia masih bertindak balas terhadap perubahan hormon seperti tisu rahim yang biasa.

    Ia akan menebal dan berdarah mengikut kitaran haid biasa namun disebabkan darah haid daripada tisu ini tiada jalan untuk keluar, ia akan terperangkap.

    Tisu di sekelilingnya mungkin terengsa dan berkemungkinan menghasilkan parut serta adhesi – tisu melekat antara satu sama lain.

    Apa simptom endometriosis?

    Simptom utamanya adalah sakit pinggul (kejang) semasa haid atau disebut sebagai dysmenorrhea.

    Kadangkala, sakit yang dialami adalah sangat teruk. Ia juga mungkin semakin teruk dari satu kitaran haid ke kitaran seterusnya.

    Namun, tahap kesakitan itu tidak semestinya selari dengan keadaan kesihatan anda.

    Ada mereka yang mungkin tidak akan mengalami rasa sakit lagsung sedangkan endometriosis yang dialami agak teruk.

    Selain itu, simptom lain yang mungkin dialami akibat apa itu endometriosis adalah:

    • Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
    • Sakit semasa membuang air besar atau kecil
    • Darah haid berlebihan
    • Gagal mendapatkan anak
    • Lain-lain – letih, cirit-birit, sembelit, perut kembung atau mual terutamanya semasa haid

    apa itu endometriosis

    Apa komplikasi endometriosis?

    Antara komplikasinya adalah kegagalan mendapat anak. Ia mungkin berlaku kerana tisu tersebut menghalang pergerakan telur di dalam ovari atau tiub fallopian. 1 per 3 hingga separuh daripada wanita dengan endometriosis menghadapi masalah mendapatkan anak.

    Namun, masih ada yang berjaya mengandung bagi kes ringan.

    Selain itu, kanser ovari juga didapati lebih tinggi dalam kalangan penghidap endometriosis meskipun secara relatifnya, risiko tersebut adalah rendah.

    Apa diagnosis dan rawatannya?

    Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktor adalah pemeriksaan fizikal, ultrasound, MRI dan laparoskopi – menggunakan kamera untuk melihat bahagian dalam pelvis anda.

    Laparoskopi adalah satu-satunya cara untuk mengesahkan penyakit ini dengan melihat serta mengambil sampel tisu terbabit untuk diperiksa di bawah mikroskop.

    Rawatan yang diberikan untuk merawat apa itu endometrisos termasuklah:

    • Ubat tahan sakit
    • Rawatan kesuburan
    • Terapi hormon – mengawal naik dan turun hormon untuk mengurangkan simptom. Kaedah ini tidak merawat secara kekal
    • Pembedahan – membuang tisu terbabit. Ia membantu menghilangkan simptom serta membantu dalam kesuburan

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 23/11/2021
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid