backup og meta

Setiap Kali HAID Mesti Rasa Kekejangan Perut, Patutkah Saya Berjumpa Doktor?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/06/2022

    Setiap Kali HAID Mesti Rasa Kekejangan Perut, Patutkah Saya Berjumpa Doktor?

    Ramai wanita mengalami kekejangan (kram perut) sebelum atau semasa haid yang mana bukanlah satu masalah yang serius. 

    Ia adalah disebabkan oleh prostaglandin yang merupakan bahan kimia kepada tubuh wanita yang menghasilkan otot kontrak rahim.

    Otot kontrak ini membantu menolak darah keluar melalui faraj wanita semasa haid.

    Apakah yang meningkatkan risiko kekejangan haid (kram perut)?

    Terdapat banyak faktor risiko kekejangan haid, seperti:

    • Berumur bawah 30 tahun.
    • Baligh awal, dari usia 11 tahun atau lebih muda.
    • Mengalami pendarahan atau tidak normal semasa haid.
    • Tidak pernah melahirkan anak.
    • Sejarah perubatan keluarga.
    • Anda sedang merokok.

    Kram perut atau kekejangan haid yang berlaku ini mungkin berpunca daripada sejarah keluarga yang mempunyai simptom ini. Maka sebab itulah, anda juga berisiko mengalaminya.

    Apa yang bagusnya, anda boleh meminta nasihat daripada mereka yang turut mengalami kekejangan haid dalam keluarga.

    Bagaimana merawat kekejangan haid?

    kram perut

    Rawatan di rumah

    Rawatan ini mungkin berguna dalam melegakan kekejangan haid yang menyakitkan, seperti: 

    • Aktiviti fizikal yang boleh bantu mengurangkan kesakitan kekejangan haid.
    • Cuba mandi panas atau menggunakan pad pemanasan di tempat yang sakit untuk meringankan senggugut.
    • Menyediakan makanan tambahan penting seperti vitamin E, omega-3, vitamin B1 dan B6.
    • Perubahan gaya hidup dengan mengelak penggunaan tembakau dan alkohol.
    • Pastikan diri anda selesa dan jangan stres. 

    Rawatan perubatan

    kram perut

    Jika rawatan di rumah tidak berjaya dalam melegakan sakit kekejangan haid, terdapat beberapa pilihan rawatan perubatan yang boleh dipilih.

    Rawatan akan bergantung kepada tahap dan punca asas kekejangan anda. Doktor boleh memberi salah satu daripada ubat-ubatan ini untuk membantu melegakan kesakitan anda iaitu: 

    • bukan non-steroidal anti-inflammatory (NSAID)
    • Ubat penahan sakit, seperti narkotik
    • Anti-depresan.

    Kesakitan haid memang biasa muncul bagi sesetengah remaja dan wanita muda, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi teruk dan disertai dengan kekejangan yang menyakitkan.

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan