Kanser serviks berlaku apabila sel-sel serviks membiak secara luar biasa dan menyerang tisu-tisu dan organ-organ lain dalam badan. Apabila ia menyerang, kanser ini menjejaskan tisu bahagian dalam pada serviks dan ia berkemungkinan merebak ke bahagian badan lain terutamanya paru-paru, hati, pundi kencing, faraj dan rektum – saluran terakhir pada bahagian usus besar.
Ia cenderung untuk dialami oleh individu wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun yang aktif dalam hubungan seksual.
Simptom kanser serviks
Individu yang mempunyai kanser serviks pada tahap awal kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom. Simptom hanya mula berlaku apabila kanser berkembang dan merebak ke tisu berdekatan. Apabila keadaan ini berlaku, antara beberapa simptom umum yang sering berlaku adalah seperti:
- Pendarahan faraj tidak normal, seperti pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan selepas menopaus, pendarahan dan tompokan darah antara tempoh haid, waktu haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada biasa. Pendarahan selepas douching atau selepas ujian pelvik juga boleh berlaku.
- Pelepasan luar biasa dan tidak normal dari faraj, berbau- mungkin mengandungi darah dan mungkin berlaku antara tempoh atau selepas menopaus.
- Sakit semasa melakukan hubungan seks.
- Kesakitan pada pelvik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen