Perlukan Anda Buat Rawatan Pemutihan Gigi? Ketahui Risiko & Amalan Yang Boleh Rosakkan Gigi Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 6 minit bacaan

Senyuman yang menawan bukanlah ditentukan melalui saiz atau warna bibir yang dimiliki sesorang, tetapi melalui gigi yang cantik persis ratu cantik.

Amalan yang boleh merosakkan gigi

Terdapat beberapa perkara yang biasa kita lakukan yang sebenarnya boleh merosakkan gigi sedikit demi sedikit. Kebanyakan masa, kita tidak terlalu memikirkan mengenai gigi kita. Kita hanya terus makan dan minum tanpa menyedari bahawa kita membentuk tabiat yang boleh memberikan risiko kepada kesihatan gigi.

  • Mengunyah ais

Walaupun ais adalah semula jadi dan bebas gula, jangan terkejut jika ia boleh membahayakan gigi anda lebih buruk berbanding daripada gula-gula. Ramai individu yang gemar mengunyah kiub ais, tidak menyedari kerosakan gigi yang mungkin mereka akan dapat. Kiub ais cukup keras untuk memecahkan gigi anda. Ia juga memberikan keradangan terhadap tisu lembut di bahagian dalam gigi yang pada akhirnya boleh menyebabkan sakit gigi.

  • Botol susu pada waktu malam

Kebanyakan ibu bapa sering memberi bayi mereka sebotol susu atau jus buah sebelum tidur agar mereka tidak akan kelaparan pada waktu tengah malam. Walau bagaimanapun, pemberian seperti ini adalah permulaan terhadap kerosakan gigi kerana ia menyaluti gigi bayi dengan gula pada waktu malam.

  • Menindik lidah

Tindikan lidah mungkin kelihatan hebat tetapi gigitan pada logam ini boleh memecahkan gigi anda. Tindikan bibir juga tidak selamat. Apabila logam tindikan tersebut bergesel ke atas gusi anda, ia boleh menyebabkan kerosakan gusi dan menyebabkan kehilangan gigi. Mulut anda adalah rumah bagi bakteria yang tidak terhitung jumlahnya, dan amalan menindik lidah atau bibir sememangnya memberikan persekitaran yang mendorong bakteria untuk berkembang biak.

  • Ubat batuk gula

Walaupun ubat batuk gula dianggap sebagai sejenis ubat, ia sebenarnya tidak sihat. Untuk menghilagkan atau mengaburi rasa ubat-ubatan, pengeluar gula ubat batuk sering menyaluti gula tersebut dengan kandungan gula yang tinggi, menjadikannya tidak sihat sepertimana gula-gula biasa. Oleh itu, selepas mengambil ubat batuk gula, jangan lupa untuk memberus gigi anda.

  • Meminum minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat mengandungi sehingga 11 sudu teh gula. Selain itu, ia juga penuh dengan asid sitrik dan fosforik, yang menanggalkan enamel gigi anda. Jangan fikir bahawa anda selamat jika anda meminum minuman berkarbonat diet. Minuman berkarbonat diet menggunakan banyak pemanis tiruan yang mempunyai tahap keasidan yang lebih tinggi.

Bagaimana gigi boleh mengalami perubahan warna?

Secara umumnya, terdapat dua faktor utama perubahan warna gigi. Iaitu perubahan warna ekstrinsik dan intrinsik. 

Perubahan warna ekstrinsik

Perubahan warna ekstrinsik adalah apabila makanan, minuman, atau amalan merokok mengotorkan gigi anda. Kopi, teh, wain merah, makanan yang mempunyai pewarna, dan tembakau boleh menyumbang kepada jenis pewarnaan ini. Noda ini menjejaskan bahagian luar gigi anda. Perubahan warna ekstrinsik boleh dirawat dengan menggunakan ubat gigi pemutih yang mensasarkan noda luar gigi.

Perubahan warna intrinsik

Perubahan warna intrinsik adalah disebabakan faktor dari dalam gigi. Anda mungkin mengalami perubahan warna disebabkan oleh penggunaan ubat, penyakit ketika zaman kanak-kanak, jangkitan, trauma gigi, atau penuaan. Perubahan warna intrinsik mungkin perlu diputihkan secara profesional untuk mendapatkan tahap keputihan gigi yang sama, atau lebih baik.

Keinginan untuk mendapatkan gigi yang putih dan menawan mendorong sesetengah individu untuk melakukan pemutihan gigi. Walau bagaimanapun, adakah ia selamat dan perlu? Jika ia selamat, bagaimanakan prosedur atau kaedah yang digunakan? Adakah pemutihan gigi mempunyai sebarang kesan jangka panjang terhadap prestasi gigi anda? Jika anda ingin menjadikannya lebih cerah dan lebih putih, anda sebenarnya boleh melakukannya dengan selamat. Terdapat beberapa pilihan untuk dipilih. Anda boleh berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan pemutihan atau mencuba produk pemutihan di rumah. Walaupun terdapat beberapa kesan sampingan daripada proses pemutihan gigi, kebanyakan rawatan pemutihan konvensional adalah selamat untuk digunakan selagi anda mengikuti arahan produk.

Pilihan pemutihan gigi

pemutihan gigi

Terdapat banyak kaedah dan produk yang tersedia untuk memutihkan gigi. Anda mungkin keliru mengenai apa yang hendak digunakan dan jenis produk yang selamat. Terdapat tiga kategori umum kaedah pemutihan, iaitu:

  • dilakukan oleh doktor gigi
  • yang diberikan oleh doktor gigi untuk digunakan di rumah
  • yang diperolehi di kaunter farmasi atau dilakukan di rumah tanpa pengawasan doktor gigi

Anda boleh memilih kaedah tertentu untuk pemutihan gigi berdasarkan satu atau lebih faktor, termasuklah:

  • jenis perubahan warna yang anda miliki
  • kos yang terlibat dalam rawatan
  • kaedah rawatan
  • umur anda (ini berkaitan dengan kanak-kanak)
  • sejarah pergigian anda, termasuk tampalan dan crowning

Anda perlu berbincang mengenai kaedah pemutihan dengan doktor gigi sebelum anda mencuba. Doktor gigi boleh mengesyorkan pelan rawatan yang paling sesuai untuk keperluan anda. Anda mungkin akan membincangkan beberapa pendekatan yang berbeza untuk memutihkan gigi. Perlu diingat, masa yang diperlukan untuk memutihkan gigi anda bergantung kepada jenis perubahan warna yang anda miliki dan kaedah yang anda gunakan untuk memutihkan gigi anda.

Produk pemutihan gigi yang boleh didapati di farmasi

pemutihan gigi

Anda boleh membeli produk pemutihan di kaunter untuk membantu memutihkan gigi berwarna. Tidak sepertimana produk yang diberikan oleh doktor pergigian, produk di farmasi tidak mempunyai carbamide peroxide, atau kurang kandungannya berbanding daripada produk yang digunakan oleh doktor. Ini bermakna bahawa jika gigi anda berubah warna, produk pemutihan gigi mungkin tidak berfungsi dengan berkesan atau mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk memutihkan gigi anda.

Ubat gigi pemutih

Ubat gigi pemutih tidak menggunakan carbamide peroxide. Sebaliknya, ubat gigi ini mensasarkan permukaan gigi anda dengan pelbagai bahan, termasuk abrasive dan bahan kimia blue covarine. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk ubat gigi tersebut memberikan kesan, tetapi ubat gigi yang mengandungi blue covarine mungkin berkesan selepas dengan hanya satu kali berusan kerana bahan kimia tersebut menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih.

Jalur pemutih

Anda juga boleh membeli jalur pemutih di farmasi untuk gigi anda. Jalur ini mengandungi jumlah hidrogen peroksida yang lebih kecil berbanding daripada produk profesional. Anda boleh menggunakannya sebanyak satu atau dua kali sehari keatas gigi anda untuk tempoh masa yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan oleh pengilang. Terdapat pelbagai produk jalur pemutih yang boleh didapati, setiap satu dengan kepekatan agen pemutihan yang berbeza-beza.

Kesan sampingan yang mungkin didapati

Walaupun pemutihan gigi dianggap sebaagi satu proses yang selamat, anda mungkin mengalami beberapa kesan sampingan akibat daripada rawatan yang diambil:

  • Gigi yang sensitif. Gigi anda boleh menjadi lebih sensitif selepas pemutihan gigi. Anda mungkin mengalami hal ini pada rawatan pertama atau kedua, dan mungkin berkurangan seiring dengan peredaran masa. Doktor mungkin akan mengesyorkan merawat sensitiviti tersebut dengan produk yang mengandungi kalium nitrat dan gel natrium fluorida.
  • Gusi yang merengsa. Anda juga mungkin akan mengalami kerengsaan gingivai. Inilah masanya apabila ada mendapat kerengsaan atau iritasi pada bahagian gusi anda. Ini boleh berlaku disebabkan hubungan pada gusi anda dengan produk pemutihan. Kesan sampingan ini akan hilang selepas rawatan anda.

Perlu diingat bahawa anda tidak boleh memutihkan gigi anda secara kekal. Anda perlu mendapatkan rawatan pemutihan secara kerap untuk kedua-dua perubahan warna ekstrinsik dan intrinsik. Perlu juga diingat bahawa produk ini adalah untuk gigi semula jadi. Anda perlu berbincang dengan doktor gigi tentang cara menyatukan warna gigi anda jika anda mempunyai implan, crown, bridge, atau gigi palsu. Rawatan pemutihan gigi mungkin tidak sesuai untuk anda cuba sekiranya anda mempunyai kaviti atau kerja pergigian tertentu yang sedang berjalan.

Benarkah pemutih gigi boleh merosakkan lapisan dentin gigi?

Walaupun produk-produk pemutih gigi (teeth whitening) boleh membuat senyuman lebih menarik, penyelidikan terbaharu menunjukkan bahawa produk-produk tersebut mungkin juga menyebabkan kerosakan terhadap gigi.

Dalam tiga penyelidikan baharu yang dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa hidrogen peroksida, bahan aktif dalam jalur pemutih (whitening strips), iaitu salah satu produk pemutih gigi yang boleh diperoleh daripada kaunter, boleh merosakkan tisu dentin yang kaya dengan protein yang terdapat di bawah enamel pelindung gigi.

Penyelidikan yang dilaksanakan di makmal Kelly Keenan, profesor madya dalam bidang kimia di Stockton University di New Jersey, dibentangkan di mesyuarat tahunan the American Society for Biochemistry and Molecular Biology semasa mesyuarat 2019 Experimental Biology yang akan diadakan pada April 6 – 9 di Orlando, Florida.

Gigi diperbuat daripada tiga lapisan: enamel gigi luar, lapisan dentin yang mendasari dan tisu penghubung yang menghubungkan akar ke gusi. Kebanyakan kajian jalur pemutihan telah memberi tumpuan kepada enamel gigi, yang mengandungi sedikit protein. Pasukan penyelidikan Keenan memberi tumpuan kepada lapisan dentin, yang membentuk kebanyakan gigi dan mempunyai tahap protein yang tinggi, yang kebanyakannya adalah kolagen.

Hidrogen peroksida dan gigi

Ia terbukti bahawa hidrogen peroksida boleh menembusi enamel dan dentin. Penyelidikan sebelum ini oleh para penyelidik menunjukkan bahawa kolagen dalam lapisan dentin berkurangan apabila gigi dirawat dengan jalur pemutihan. Menurut Keenan, pasukan penyelidikannya cuba mengenalpasti lagi apa yang dilakukan oleh hidrogen peroksida kepada kolagen dan mereka  menggunakan keseluruhan bahagian gigi untuk tujuan kajian dan menumpukan pada kesan hidrogen peroksida terhadap protein.

Dalam penyelidikan baharu yang dijalankan, pasukan penyelidik menunjukkan bahawa protein utama dalam dentin ditukarkan kepada serpihan yang lebih kecil apabila dirawat dengan menggunakan hidrogen peroksida. Dalam eksperimen tambahan, mereka merawat kolagen tulen dengan menggunakan hidrogen peroksida dan kemudiannya menganalisis protein menggunakan teknik makmal elektroforesis gel yang membolehkan protein untuk divisualisasikan.

Berdasarkan eksperimen tersebut, Keenan menyatakan bahawa, keputusan penyelidikan mereka menunjukkan bahawa rawatan dengan kepekatan hidrogen peroksida sama seperti yang terdapat dalam jalur pemutihan cukup untuk menghilangkan protein kolagen yang asal, yang mungkin disebabkan oleh pembentukan banyak serpihan yang lebih kecil.

Para penyelidik turut menyatakan bahawa eksperimen mereka tidak menunjukkan sama ada kolagen dan protein lain dalam gigi boleh diperbaharui, oleh itu tidak diketahui jika kerosakan gigi tersebut bersifat kekal atau tidak kekal. Seterusnya, pasukan penyelidikan bercadang untuk menonjolkan lagi serpihan protein apabila kolagen dirawat dengan menggunakan hidrogen peroksida dan menentukan sama ada hidrogen peroksida mempunyai kesan yang sama terhadap protein lain dalam gigi.

Anda mungkin berkeinginan untuk memiliki gigi yang cantik, tetapi anda juga perlu memikirkan kesan sampingan yang mungkin ingin anda hindari. Walau bagaimanapun, kesemua rawatan pemutihan adalah selamat dan pastikan anda mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah dan menggunakan produk yang diakui keberkesanannya di kaunter farmasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Masih Perlu Gosok Gigi Walaupun Kurang Ambil Gula, Sumber Karbohidrat

    Walaupun kebanyakan doktor gigi mengakui bahawa diet keto ini kurang mengambil gula, ia sebenarnya mungkin memberikan kesan sampingan lain.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 2 minit bacaan

    Tahukah Anda Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?

    Pernahkah anda tertanya-tanya, berapa kalikah anda perlu minum susu dalam sehari untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/10/2019 . 2 minit bacaan

    AWAS! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

    Setiap kediaman banyak memasang penapis air. Pun begitu, ia mungkin akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan mulut anda! Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 08/10/2019 . 2 minit bacaan

    Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

    Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh gigi

    Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    OH! Rupa-rupanya Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan