home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Masalah Selepas Rawatan Pergigian

Masalah Selepas Rawatan Pergigian

Selepas rawatan pergigian, seseroang biasanya mengalami masalah pergigian. Masalah paling biasa adalah pembengkakan dan sakit, soket kering, osteomielitis, pendarahan, dan osteonekrosis rahang. Mari kita lihat!

Pembengkakan dan sakit

Selepas prosedur pergigian tertentu, bengkaka adalah masalah biasa terutamanya dalam mencabut gigi (perngekstrakan) dan pembedahan periodontal. Bagi mencegah atau mengurangkan bengkak, anda boleh meletakkan pek ais atau pek plastik ais di kawasan bengkak pada muka.

Anda harus meletakkan pek sejuk pada wajah selama 25 minit dan kemudian alihkannya selama 5 minit, dan ulanginga sekali lagi. Kaedah ini boleh digunakan untuk 18 jam pertama. Selepas 3 hari, jika bengkak tidak berkurang atau hilang, kemungkinan terdapat jangkitan pada tapak rawatan. Oleh itu, anda perlu bejumpa doktor untuk pemeriksaan.

Soket kering

Soket kering adalah komplikasi menyakitkan yang dialami seseorang selepas mencabut gigi. Keadaan ini merujuk kepada pendedahan tulang di soket selepas gigi dikeluarkan. Soket kering boleh melambatkan penyembuhan seolah-olah gigi telah diekstrak dan darah beku normal pada soket hilang. Biasanya selepas pengekstrakan, rasa sakit mungkin berkurang selama 2 atau 3 hari. Tetapi tiba-tiba meningkat apabila darah beku hilang dari pengekstrakan gigi, kadang-kadang disertai oleh sakit telinga. Kesakitan boleh hilang dengan sendirinya selepas 1 hingga 2 minggu. Untuk menghilangkan kesakitan, doktor gigi boleh meletakkan kain (dressing) yang direndam dengan anestetik di soket. Kemudian, doktor gigi akan menggantikan kain itu sehari sekali selama satu hingga tiga hari sehingga sakit berhenti.

Perokok menderita soket kering lebih daripada orang lain. Oleh itu, sebelum dan selepas pengekstrakan, anda tidak boleh merokok tembakau. Wanita mungkin mempunyai kadar yang sedikit lebih tinggi daripada mempunyai soket kering.

Osteomielitis

Osteomielitis adalah jangkitan tulang dan biasanya disebabkan oleh bakteria. Osteomielitis berlaku di dalam mulut boleh menyebabkan jangkitan pada rahang bawah. Lazimnya, pesakit akan mengalami demam dan kelembutan atau bengkak di tempat yang terjejas. Dengan menggunakan x-ray, doktor atau doktor gigi boleh mendiagnosisnya. Sekiranya mempunyai osteomielitis, anda perlu mengambil antibiotik untuk jangka masa yang panjang.

Pendarahan

Adalah perkara biasa berlaku pendarahan selepas gigi dicabut. Jumlah darah yang sedikit boleh bercampur dengan air liur mungkin kelihatan lebih banyak daripada sebenarnya. Untuk satu jam pertama, anda boleh menghentikan pendarahan dengan mengekalkan tekanan pada tapak gigi yang dicabut seperti menggigit kain kasa. Anda mungkin perlu menukarnya 2 atau 3 kali sehingga pendarahan berhenti. Adalah penting untuk memastikan kasa pada tempatnya selama sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan masalah dengan pendarahan berlaku disebabkan oleh kerap kali menukar kain kasa untuk memeriksa pendarahan. Sekiranya pendarahan berterusan selama lebih daripada beberapa jam, anda perlu memberitahu doktor gigi. Pendarahan mungkin perlu dibersihkan dan ditutup dengan jahitan.

Orang-orang yang kerap mengambil antikoagulan (sejenis ubat yang menghalang pembekuan darah) seperti warfarin atau aspirin harus memaklumkannya kepada doktor gigi seminggu sebelum mencabut gigi kerana ubat-ubatan ini meningkatkan kecenderungan pendarahan. Sebelum pembedahan, doktor gigi dan doktor anda boleh menyesuaikan dos ubat atau menghentikan ubat buat sementara waktu untuk membenarkan prosedur pergigian.

Osteonekrosis rahang

Osteonecrosis rahang adalah gangguan yang melibatkan pendedahan tulang rahang melalui tisu gusi. Gangguan ini biasanya menyebabkan rasa sakit, melonggarkan gigi, dan pengeluaran nanah. Osteonekrosis rahang boleh terjadi secara tiba-tiba selepas rawatan pergigian. Pesakit yang mengambil ubat-ubatan yang diklasifikasikan sebagai bisphosphonates boleh menyebabkan osteonekrosis rahang. Untuk mengelakkannya berlaku, anda harus berbincang dengan doktor gigi anda sebelum rawatan bagi mengetahui sebarang masalah perubatan yang mungkin anda miliki.

Sakit selepas prosedur pergigian boleh menjadi sederhana hingga teruk. Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengambil ubat penahan sakit, antibiotik oral, atau menggunakan pembilas mulut antibakteria.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 03/12/2018
x