Proses Pemulihan Selepas Serangan Seksual

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi individu yang mengalami serangan seksual, mereka memerlukan masa untuk proses pemulihan dan ia mungkin mengambil masa minggu, bulan, atau mungkin bertahun. Perbezaan masa ini bergantung kepada individu. Artikel ini akan memberikan anda lebih pemahaman bagaimana untuk berdepan situasi ini.


Terkejut dan sunggul

Ia adalah satu situasi biasa pada peringkat permulaan krisis. Setelah berdepan situasi yang menakutkan jauh di luar kawalan, sesetengah mangsa mungkin akan mengalami kejutan dan bingung untuk satu tempoh masa tertentu.

Dalam masa yang sama mangsa mungkin akan berdepan dengan sindrom “berjuang atau mengalah”. Ia merupakan satu elemen tindak balas fisiologi automatik. Sebagai contoh, seorang wanita yang mengambil kelas karate menyalahkan dirinya kerana tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dan gagal melindungi diri daripada penyerang. Begitu juga jika seorang lelaki menyerah dalam serangan seksual tanpa berjuang, dia mungkin dikritik atau dipersoalkan.

Untuk mempersoalkan tindak balas mangsa ketika peristiwa buruk dan tidak disangka itu berlaku adalah seperti memberikan kecederaan kedua kepada mangsa. Ia boleh membahayakan emosi dan menyebabkan timbulnya pemikiran untuk membunuh diri.

Dalam kebanyakan kes, kelumpuhan fizikal dan emosi berlaku apabila mangsa gagal membuat keputusan rasional seperti melaporkan kejadian serangan kepada polis, atau membuat pemeriksaan perubatan.

Mangsa kehilangan kawalan ke atas diri dan mengalami perasaan mudah tersinggung, kesepian, kekeliruan dan merasakan harga diri sudah tiada.

Kuatkan semangat

Terdapat beberapa tips untuk membantu mengatasi keadaan ini:

  • Berkongsi dengan individu yang anda percaya dan sayang tentang apa yang anda fikirkan, apa yang berlaku dan jika wujud keinginan untuk membunuh diri. Pastikan anda meletakkan nombor telefon mereka sebagai speed dial supaya anda boleh menghubungi mereka sepantas mungkin apabila anda memerlukan atau ketika anda panik.
  • Benarkan diri anda untuk merasa sakit, kerana masa pasti akan merawat segalanya. Namun, jika timbul keinginan untuk mencederakan diri sendiri, dapatkan bantuan pakar terapi atau doktor.
  • Jika anda tidak dapat menangani situasi ini sendirian, cuba luangkan masa bersama individu yang anda sayangi.
  • Menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Cuba untuk rehat, tidur, menikmati makan berkhasiat dan bersenam seperti biasa.
  • Sentiasa tanamkan dalam fikiran bahawa apa yang berlaku bukan kesalahan anda. Anda tidak bersalah dan anda tidak dipersalahkan. Berterusan menyalahkan diri sendiri hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Sememangnya benar bahawa selepas mengalami serangan seksual, pastikan seseorang individu itu pastikan akan berubah. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda perlu membiarkan kehidupan anda hancur atas kesalahan jenayah individu lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019