Mengapa Wujudnya Pemikiran Ganas?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan

Pernah tak anda terfikir untuk melakukan sesuatu yang ganas terdapat individu yang anda sayangi atau kepada sesiapa sahaja? Apabila anda mempunyai pemikiran ganas, anda mungkin takut untuk berkongsinya dengan rakan atau keluarga. Anda mungkin merasakan ia adalah satu tanda penyakit mental.

Pemikiran yang ganas adalah cara anda untuk meluahkan kemarahan. Walaupun ia ada satu reaksi pemikiran yang semula jadi, anda harus mengenali tanda-tandanya untuk menghindari sebarang perbuatan atau tingkah laku yang disebabkan apa yang anda fikirkan itu. Dengan mengenali tanda-tanda dan punca kenapa perkara ini berlaku, anda akan dapat mengelakkan diri dari mendatangkan mudarat kepada individu lain.

Bagaimanana untuk mengenal pasti pemikiran yang ganas?

Untuk mengenal pasti sama ada ia satu fikiran yang ganas atau tidak, anda harus menilai diri anda dengan sebaiknya. Apa yang anda rasakan? Apakah tindak balas anda? Adakah anda benar-benar ingin mencederakan individu tersebut?

Pemikiran yang ganas dianggap sebagai ketakutan kepada tekanan dan ia adalah sesuatu yang biasa. Ia adalah satu fikiran yang menakutkan tentang apa yang mungkin berlaku kepada individu atau sesuatu yang anda sayangi, atau apa yang mungkin anda lakukan kepada diri anda atau individu lain.

Perkara pertama yang harus disedari adalah pemikiran yang ganas itu hanyalah sekadar pemikiran – sejenis pemikiran yang setiap individu akan ada dan akan melupakan. Mereka yang mengalami gangguan obsesif kompulsif (OCD) lebih berisiko untuk mempunyai pemikiran yang ganas. Mereka sukar untuk melupakan dan menjadi lebih obsesi dengan pemikiran tersebut apabila memikirkannya secara berulang-ulang.

Pemikiran yang ganas mungkin melibatkan imej dan dorongan secara mental. Anda boleh membayangkan diri anda memukul, menikam, mencekik, memotong, atau melukai individu lain, atau mungkin diri anda sendiri dengan menggunakan objek tajam, membiarkan diri jatuh ke laluan keretapi atau kereta, keluar dari tingkap atau balkoni, melompat dari bangunan atau tempat tinggi.

Kenapa saya boleh terfikir perkara yang ganas?

Anda mungkin terfikir sesuatu yang ganas tetapi tidak tahu mengapa anda boleh terfikir sebegitu. Berikut adalah beberapa sebab mengapa wujudnya fikiran sedemikian:

Rasa panik atau kegelisahan

Dalam beberapa kes, fikiran yang ganas adalah sebahagian daripada rasa panik atau kegelisahan yang keterlaluan. Pemikiran ini timbul untuk membantu anda melepaskan kegelisahan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, fikiran ini akan membuatkan anda merasa lebih takut terhadap kegelisahan yang anda hadapi. Pemikiran ini menyebabkan wujudkan lingkaran ketakutan.

Imaginasi

Imaginasi anda adalah salah satu sebab wujudkan pemikiran yang ganas. Hampir setiap individu mempunyai pemikiran sebegini, tetapi segera dilupakan. Ini adalah berbeza dengan individu yang mempunyai kegelisahan kerana mereka akan kerap memikirkan tentang sesuatu yang ganas. Selagi ia tidak berkaitan dengan kegelisahan, dan anda masih berpegang kepada nilai-nilai kehidupan, apa yang anda fikirkan ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau bahaya.

Masalah di otak

Selepas strok, kecederaan kepala atau sesetengah jangkitan atau penyakit tertentu boleh menyebabkan kerosakan kepada otak. Keadaan ini boleh menyebabkan timbulnya masalah komunikasi antara bahagian depan otak dengan struktur bahagian otak yang lebih mendalam.

Struktur otak ini menggunakan neurotransmiter, kimia otak yang dipanggil serotonin, yang bertanggungjawab untuk menghantar maklumat antara sel otak. Neurotransmiter ini juga terlibat dalam mengawal segalanya dari kegelisahan, untuk mengingati sesuatu, untuk tidur. Jika serotonin melakukan kesilapan dalam mengawal rasa kegelisahan itu, ia boleh menyebabkan wujudkan pemikiran yang ganas. Ini juga bermakna keupayaan anda untuk menyekat dan mengawal keganasan serta pemikiran yang ganas menurun.

Tekanan

Tekanan tidak menyebabkan pemikiran yang ganas. Namun, jika tekanan itu tidak dirawat dengan betul, ia boleh memburukkan lagi pemikiran ganas yang anda fikirkan. Masalah di sekolah atau tempat kerja, tekanan peperiksaan dan masalah seharian, semuanya menyumbang kepada peningkatan kekerapan pemikiran yang ganas.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk mereka yang sering berdepan pemikiran sebegini dan kegelisahan. Ada masanya ia memerlukan anda untuk mendapatkan bantuan dari pakar psikologi yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan sentiasa memenuhi fikiran kita dengan emosi yang pemikiran yang positif. Ia sedikit sebanyak akan dapat membantu menghindari pemikiran yang negatif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    rumah-tangga

    Kongsi Info Ini Jika Anda Dapati Berlakunya Sebarang Kes Keganasan Rumah Tangga di Sekitar Anda 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 3 minit bacaan
    5-tips-turn-negative-thoughts-positive-thoughts

    5 Tip Untuk Sentiasa Berfikiran Positif

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 31/01/2019 . 2 minit bacaan
    dewi remaja, wanita

    Lupakan Dewi Remaja, Ini 3 Ikon Penting Yang Patut Dikenali Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 25/01/2019 . 3 minit bacaan