Kepentingan Kesihatan Mental ke atas Ekonomi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 4 minit bacaan

Duke of Cambridge, Putera William menjelaskan mengenai keadaan pekerjaan baginda sebagai juruterbang pesawat ambulans telah mengakibatkan baginda bergelut dengan kesihatan mental.

“Anda mengenakan pakaian kalis peluru, dan berdepan dengan kanak-kanak yang sangat sakit, warga tua, namun ada sesuatu yang menyentuh kehidupan anda dan menolak anda ke hujung garisan,” kata baginda.

Baginda turut sama menceritakan mengenai mentaliti mengunci mulut atau ‘stiff upper lip’ dalam budaya masyarakat British di mana menjadikan bertambah sukar bagi seseorang untuk berhadapan dengan kegusaran mengenai keadaan emosi yang dialaminya. 

“Rakyat British sangat segan apabila bercakap mengenai emosi. Apabila kembalinya saya untuk menjalankan tugas di medan bergolak, ramai yang beranggapan bahawa dengan tidak bercakap mengenainya adalah cara terbaik untuk mengatasinya.”

Sehingga kini, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh organisasi baginda, hanya 2 peratus sahaja yang selesa berjumpa dengan Jabatan Sumber Manusia (HR) untuk berbicara mengenai masalah kesihatan mental mereka.

Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand, di mana beliau telah meningkatkan perbelanjaan bagi menangani masalah kesihatan mental di negaranya, memuji keterbukaan Putera William dalam isu ini. Menurut Ardern, langkah berani Putera William tersebut dapat memecahkan stigma dan mengubah pendekatan budaya yang selama ini memandang tabu ke atas masalah mental.

Ardern juga menegaskan mengenai kepantingan intervensi awal dan keperluan untuk mengiktiraf di antara isu kesihatan mental, ketagihan dan keganasan rumah tangga/domestik.

Perdana Menteri New Zealand itu juga berkata mengenai fokus tumpuan pentadbiran beliau yang bukan hanya kejayaan ekonomi semata-mata malah elemen kesejahteraan masyarakat seperti kesihatan mental juga harus dititiberatkan.

Bernard Tyson, CEO Kaiser Permanente menerangkan mengenai masalah mental yang kritikal boleh mengakibatkan 20 tahun kehidupan seseorang terbuang begitu sahaja.

“Kita harus laksanakan transformasi dan bina semula sistem sedia ada,” kata Tyson. Anda boleh membaca mengenai saranan dan bagaimana kita dapat mencapai impian transformasi tersebut di SINI.

Tyson juga mengenang kembali perbualannya bersama seorang eksekutif yang memberi gambaran mengenai masalah beliau seperti “memakai helmet di kepala, di mana anda tidak mampu untuk mencabutnya.”

Beliau juga bercakap mengenai kepayahan yang dialami oleh masyarakat dengan budaya di tempat kerja ketika ini.

“Kini masalah yang anda alami harus berlalu pergi tidak mengira setiap, setiap jam kerana adanya teknologi…. Bagaimana kita boleh membiarkan seseorang bergelut dengan masalahnya begitu sahaja? Apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada mereka untuk mengawal semula kehidupan mereka?”

John Flint, CEO HSBC juga berkongsi mengenai usaha beliau dalam membina budaya kerja yang sihat. Beliau berkata, “Kita semua mengalami masalah dalam kesihatan mental, dan kita semua berada dalam spektrum berbeza-beza tentang kesihatan mental.”

“Kita semua sedar ada masa dan ketika, kita tahu membezakan yang kita tidak berada dalam keadaan kesihatan mental terbaik. Kita tidak berani berhadapan dengannya kerana bimbang ia akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan, terutama melibatkan kepentingan syarikat.”

Berbicara mengenai mereka yang berjaya pulih daripada masalah kesihatan mental, beliau menyifatkan mereka ini sebagai pejuang yang telah berjaya melalui satu fasa dalam kehidupan adalah ‘aset penting’ dengan perspektif yang tidak ada pada orang lain.

Duke of Cambridge memberi penerangan mengenai kerja-kerja yang dilakukan baginda mengenai kesihatan mental di lapangan.

“Ia diibaratkan seperti menggali lubang yang sempit agar menjadi lebih luas, agar anda boleh bernafas dengan sempurna, begitulah kita harus memberi peluang kepada masyarakat untuk meluahkan apa yang dirasa dan alami,” kata Putera William tentang cara sewajarnya untuk kita berdepan dengan kesihatan mental.

Baginda juga berkongsi mengenai kesukaran untuk mendapat sokongan yang dialami oleh pergerakan kesedaran kesihatan mental baginda iaitu Heads Together sepanjang dua tahun lepas, namun begitu stigma masyarakat kini sudah semakin beransur pudar.

“Kami merasakan jika kami boleh mengatasi stigma tersebut, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk masyarakat melakukan kebajikan dan akan lebih ramai mereka yang mengalami masalah mental ke hadapan dan mendapatkan rawatan sewajarnya.”

Keengganan masyarakat untuk mendapatkan rawatan bukannya sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana statistik menunjukkan 90 peratus daripada masyarakat di negara-negara dengan pendapatan rendah dan pertengahan (LMICs) tidak mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan mental yang dialami oleh mereka.

Dixon Chibanda adalah salah seorang daripada 12 psikiatri yang ada di Zimbabwe dengan negara itu mempunyai 12 juta orang — menguatkan lagi fakta bahawa terdapatnya krisis kekurangan bantuan professional bagi menangani masalah kesihatan mental di negara itu.

Dr Chibanda menyifatkan bagaimana “Friendship bench” yang dicipta beliau sebagai satu ruang bagi penyembuhan. “Mendengar secara aktif adalah sebahagian penting daripada rawatan,” kata beliau.  

“Kita harus membawa kesihatan mental kepada masyarakat,” tambah beliau lagi. Beliau turut menekankan mengenai peri pentingnya penerapan nilai empati dan komunikasi bersifat bukan verbal dalam mendepani masalah kesihatan mental.

Lihat bagaimana Zimbabwe memberi latihan kepada warga emas bagi mengatasi kemurungan menerusi program  “Friendship Bench”:

Masyarakat harus bersiap sedia untuk menghadapi ahli mereka yang sedang melalui ujian getir yang mengakibatkan gangguan terhadap kesihatan mental. Itulah realitinya kerana satu daripada empat orang akan mengalami masalah mental dalam kehidupan mereka dan akan memberi kesan terhadap ekonomi global dengan kos sebanyak 6 trilion dolar menjelang tahun 2030.

Perbincangan panel mengenai kepentingan kesihatan mental di Forum Ekonomi Dunia 2019 ini membariskan CEO daripada pelbagai industri, Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealanad, Prince William, Duke of Cambridge dan Dixon Chibanda, Pengarah Inisiatif Kajian Kesihatan Mental Afrika.

Anda boleh mengikuti perbincangan penuh dengan menonton video di bawah:

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Anda mungkin kadangkala terfikir mengenai kematian. Namun, adakah mengingati mati dengan kerap merupakan satu perkara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 07/04/2020 . 3 minit bacaan

    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Anda mungkin sudah bosan berada di rumah ketika penjarakan sosial berlangsung. Namun, ada cara seronok untuk anda kekalkan interaksi sosial bersama kenalan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 31/03/2020 . 3 minit bacaan

    Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

    Aduh...daripada 2 minggu, dilanjutkan menjadi sebulan. Makin stres sepanjang tempoh PKP? Haaa...ini 7 langkah penjagaan diri di rumah yang patut anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 30/03/2020 . 3 minit bacaan

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 25/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seksual

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan sosial

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
    kerja lebih masa

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan