Mutakhir ini, kedengaran banyak berita berkenaan remaja-remaja yang bergelut dengan masalah dalaman yang dialami seperti kemurungan remaja sehingga menyebabkan hal-hal yang tidak diingini. Terbaharu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan telah membunuh diri di rumahnya di Paya Terubong, Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen