Halangan Untuk Bersedih

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kita biasanya bercakap tentang kesedihan dan proses kesedihan itu seperti kedua-duanya adalah kategori pengalaman emosi yang berbeza dari emosi yang lain. Oleh sebab kesedihan bermakna berdepan dengan kematian, keabadian dan penderitaan kerana kehilangan, proses kesedihan mempunyai kesan yang besar dan menjejaskan emosi dan perasaan kita.

Tempoh kesedihan

Dalam tempoh kesedihan, kita mungkin merasai pelbagai jenis emosi dari pelbagai tahan yang berbeza. Dalam kehilangan individu penting, ia bagaikan sebahagian besar dari diri kita turut mati. Ramai individu yang kehilangan pasangan atau rakan baik, mereka merasakan telah kehilangan seseorang yang dirasakan selamat bersama secara emosi.

Terdapat juga rasa kekosongan yang unik, seperti rumah kosong, minda kosong atau hati yang kosong. Ada masanya kita merasa marah kerana insan yang kita sayangi mengabaikan kita, atau mungkin kita memarahi diri kita sendiri kerana menangis di hadapan khalayak, kerana merasakan kita sepatutnya merasa tabah dan kuat. Kita mungkin merasa cemburu terhadap individu lain apabila melihat mereka memiliki apa yang kita hilang. Lebih-lebih lagi, kita mungkin berharapkan kematian dan terlintas untuk membunuh diri.

Halangan dalam proses kesedihan

Oleh kerana kita mungkin berdepan kesukaran untuk menghadapi kematian individu yang disayangi, ia adalah sangat membantu untuk mengetahui bahawa sesetengah keadaan, peristiwa dan situasi tertentu boleh menjadi halangan untuk bersedih. Ia adalah termasuk:

  • Berdepan dengan perasaan naik turun seperti: kesedihan, kesepian, kekosongan, kebimbangan, kemarahan, rasa bersalah, kekeliruan dan kemurungan
  • Kesukaran mengendalikan tugasan harian
  • Dilema untuk mengatasi sosial, membenci individu yang bertanya tentang keadaan kita dan marah apabila tiada individu bertanyakan tentang kita
  • Menjaga kesihatan fizikal dan mental
  • Ulang tahun perkahwinan, hari lahir, cuti dan majlis-majlis khas lain
  • Mengeluarkan barangan dan pakaian milik individu yang disayangi
  • Mengunjungi tanah perkuburan
  • Menyelaraskan masalah kewangan, ini adalah perkara yang sangat memberikan tekanan apabila kematian individu mempunyai hubung kait dengan kehilangan pendapatan yang serius
  • Berkaitan dengan individu lain, contohnya, cara ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, dan rakan-rakan saling berhubung
  • Belajar untuk menjadi bertanggungjawab ke atas semua tugasan yang biasanya dilakukan oleh individu yang telah pergi
  • Berdepan dengan kesedihan tanpa menafikannya

Tiada sesiapa boleh menawarkan kepada kita cara yang mudah untuk membantu kita melalui kesedihan dengan cepat. Proses kesedihan, secara semula jadi, adalah sesuatu perkara yang serabut dan sukar. Untuk melalui dan melepasi kesedihan itu memerlukan masa yang banyak, kesabaran, usaha, air mata, sokongan dan doa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Februari 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut