Atasi Kesedihan Kehilangan Individu Tersayang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perasaan terkejut dan kesedihan yang dilalui apabila kehilangan seseorang amat menyedihkan. Kehilangan individu tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah. Anda mungkin merasakan sesuatu yang berbeza akibat kehilangan ini, tetapi anda boleh belajar untuk terus bertahan dan keluar dari cabaran ini.

Kesedihan adalah satu tindak balas emosi yang normal, berlaku apabila kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Kesedihan yang anda lalui mungkin hadir secara berperingkat: Penolakan – Kemarahan – Kekeliruan – Tertekan – Penerimaan.

Setiap individu akan melalui peringkat ini dengan cara yang tersendiri. Ingatan terhadap apa yang anda hilang, seperti ulang tahun perkahwinan, kematian atau lagu yang menjadi kegemaran bersama, boleh menyebabkan kesedihan itu kembali.

Cara bagi setiap individu mengawal emosi dan perasaan adalah berbeza. Perasaan anda adalah sesuatu yang unik. Berikut antara cadangan untuk membantu merawat emosi anda dengan cara yang lebih sihat.

  • Dapatkan bantuan. Adalah sangat penting untuk anda sedar bahawa ada individu yang akan selalu bersama anda ketika anda memerlukan sokongan. Anda akan dapati berbual dengan seorang rakan, keluarga, kaunselor atau profesional perubatan adalah amat membantu. Kumpulan sokong juga merupakan cadangan yang baik untuk berkongsi pengalaman.
  • Bersabar. Proses penyembuhan pasti akan mengambil sedikit masa. Ia adalah sesuatu yang sukar untuk membuat sebarang keputusan apabila anda berdepan kehilangan. Adalah yang terbaik untuk meletakkan ke tepi sebarang perkara yang melibatkan keputusan penting sehingga anda bersedia untuk membuat sebarang keputusan.
  • Sentiasa ada. Berani untuk berdepan segala apa yang akan berlaku, supaya anda boleh menerima apa sahaja yang mendatang dan bertindak balas dengan cara yang semampunya. Teknik ketenangan fikiran dan meditasi seperti teknik pernafasan dapat membantu anda kekal tenang.
  • Meluahkan. Anda boleh memilih untuk berkongsi apa yang ada rasa secara personal dengan individu yang anda selesa.
  • Bergembira. Jangan memaksa diri anda untuk sentiasa bersedih. Ketawa adalah penawar kesedihan, namun, menangis adalah yang sebaiknya. Cuba untuk menyertai seberapa banyak aktiviti sosial yang boleh.
  • Jaga diri. Pastikan anda menjaga kesihatan diri, makan makanan yang seimbang dan luangkan masa untuk bersenam. Elakkan alkohol atau sebarang ubat, ia cuma akan membuatkan anda lebih sukar mengawal perasaan anda.

Kesedihan akibat kehilangan  seseorang yang rapat dengan kita adalah sesuatu perkara yang biasa dalam kehidupan. Anda tidak mungkin dapat melupakan kehilangan yang anda hadapi, namun, apabila masa berlalu, anda akan merasa lebih baik.

Terdapat pelbagai cara yang lebih sihat untuk meratapi dan mengatasi kehilangan anda. Seandainya kesedihan yang anda lalui tidak menurun atau semakin teruk, anda perlu mendapatkan bantuan profesional.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Januari 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut