Tahu Tak Apa Yang Badan Anda Alami Ketika Maraton?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sekarang ni banyak betul acara larian yang dianjurkan, ada fun run, half marathon, full marathon dan ultra marathon. Tapi adakah anda tahu apa yang terjadi pada badan ketika maraton?

Maraton bukan sekadar berlari

Bagaikan satu trend, setiap hujung minggu sahaja pasti akan ada penganjuran acara larian dan sudah tentu ia mendapat sambutan hangat. Ia satu perkara yang bagus dari aspek kesihatan sebab anda bersenam.

Tetapi dalam seronok berlari, adakah anda tahu tindak balas yang berlaku secara fizikal dan mental apabila menyertai maraton penuh sejauh 42 kilometer (KM)? Adakah sekadar penat, mendebarkan dan rasa puas dapat menamatkan larian? Sebenarnya ia lebih daripada sekadar itu.

Buat individu pertama kali menyertai maraton, sudah tentu anda akan menerima pelbagai nasihat daripada mereka yang pernah melakukannya. Walaupun anda telah berlatih, mendapatkan rehat mencukupi, cuba untuk tidur malam sebelum acara berlangsung, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan badan dan fikiran anda.

  1. Rasa gelisah

Tapering – satu amalan berlari kurang daripada kadar sepatutnya dan memberikan badan rehat yang secukupnya, kedengaran baik tetapi hakikatnya mendatangkan tekanan. Sudah tentu anda boleh berlari lebih 40 KM dua minggu lepas, tetapi bagaimana latihan larian 4 KM beberapa hari sebelum larian akan dapat membantu pada acara larian sebenar?

Menurut pakar psikologi sukan dan maraton, Jim Taylor, “Penukaran jumlah larian dan intensiti boleh menyebabkan gangguan pada psikologi dan emosi individu.” Ini bermakna ia akan cenderung menimbulkan kegelisahan.

  1. Degupan jantung

Menurut Ketua Kardiologi Emeritus di Hartford Hospital di Connecticut, Paul Thompson, kebiasaannya laluan untuk maraton adalah laluan mudah dan membolehkan pelari untuk berbual sambil berlari. Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak selari dengan kadar degupan jantung anda. 

Kadar degupan jantung akan naik dan kekal tinggi untuk tempoh beberapa jam. Bergantung kepada tahap kecergasan anda. Oleh kerana itu amat disarankan pelari untuk kekal bergerak selepas tamat larian. Ia penting untuk mengurangkan kadar degupan jantung secara perlahan-lahan.

  1. Keinginan untuk mendahului

Rasa teruja sering kali membuatkan seseorang individu terlupa pelan latihan yang dirancang dan berlari dengan laju pada permulaan larian. Tetapi percayalah ia mendatangkan impak negatif pada tempoh larian yang seterusnya.

Kajian yang dilakukan kepada peserta larian Chicago Marathon pada tahun 2005 hingga 2016 menunjukkan lebih 50 peratus individu yang lari terlalu laju pada awal larian mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk kehilangan tenaga. 

  1. Kehabisan tenaga

Seorang pelari jarak jauh dan jurulatih larian, Sabrina Wieser menggambarkan ‘kehilangan tenaga’ adalah seperti tangki yang kosong. Tidak ada lagi gula atau karbohidrat dalam badan dan ia tidak sepatutnya berlaku. 

Walau bagaimanapun keadaan ini sering terjadi kepada mereka yang pertama kali menyertai maraton. Jadi kalau anda baru pertama kali sertai maraton, sebaiknya kawal keterujaan anda, okay?

  1. Keterujaan

Berlari akan menghasilkan endorfin. Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2015, menunjukkan rasa teruja yang dirasai ketika berlari mungkin disebabkan pembebasan endocannabinoids, bahan kimia sama seperti di dalam ganja. Wah…lain macam dia punya keterujaan tu, right? 

  1. Daya tahan

Menurut Sabrina lagi, kebanyakan program latihan larian pelari tidak akan berlatih berlari 42 KM. Ini kerana pelari tidak memerlukan jarak itu untuk melepasi larian. Jelas beliau, larian yang melebihi 40 KM melibatkan permainan mental. Anda hanya perlu fokus dan kekal dengan pelan larian serta momentum anda. Itu sahaja yang diperlukan.

  1. Kesakitan

Ia pastinya satu kemestian yang akan berlaku. Ini kerana anda telah meletakkan tekanan kepada badan selama tempoh beberapa jam. Kesakitan pada otot, perubahan pada warna air kencing disebabkan myoglobin, pigmen daripada otot berada di dalamnya. Selalunya berlaku sehari selepas acara maraton.

  1. Rasa berbaloi

Bukan semua individu boleh melakukan full marathon, jadi pastinya ia akan membuatkan anda tidak menyangka anda mampu melakukannya. Pada saat ini pastinya anda akan berasa kuat dan menakjubkan. Ia adalah satu perasaan yang paling jujur untuk dirasai. 

Latihan dan persediaan

Jika anda mempunyai keinginan untuk menyertai maraton, sebaiknya pastikan anda mendapatkan latihan yang secukupnya. Dalam masa yang sama anda perlu menjaga aspek pemakanan yang seimbang, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: