Aktiviti Fizikal Bantu Halang Kenaikan Semula Berat Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan

Kita biasa memilih untuk mengamalkan diet tertentu dengan tujuan untuk menurunkan berat badan, tetapi menurut kajian terbaharu, senaman atau aktiviti fizikal lebih berkesan dalam menurunkan berat badan berbanding amalan diet. Kajian terbaharu daripada University of Colorado Anschutz Health and Wellness Center (AHWC) mendedahkan bahawa aktiviti fizikal lebih berkesan untuk mengekalkan penurunan berat badan yang ketara berbanding diet. Kajian tersebut menunjukkan bahawa individu yang mengekalkan penurunan berat badan dengan berjaya bergantung kepada aktiviti fizikal untuk kekal dalam keseimbangan tenaga (selain sekatan kronik pengambilan makanan) untuk mengelakkan berat badan kembali meningkat. Individu yang mengekalkan penurunan berat badan yang berjaya adalah individu yang mengekalkan berat badan sebanyak 30 paun atau lebih dalam tempoh setahun.

Danielle Ostendorf, felo pasca kedoktoran di University of Colorado Anschutz Health and Wellness Center berkata, kajian tersebut menyentuh isu bagaimana kebanyakan individu bergelut untuk menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, kajian tersebut mendedahkan bukti bagaimana sekumpulan individu yang berjaya mengekalkan penurunan berat badan terlibat dengan aktiviti fizikal dengan banyak untuk mengelakkan penambahan semula berat badan, berbanding dengan cara mengurangkan pengambilan sumber tenaga melalui makanan. Ia adalah satu langkah dalam menerangkan hubungan di antara senaman dan pengurusan kehilangan berat badan.

Penemuan utama kajian tersebut termasuklah:

  • Jumlah kalori yang dibakar dan dimakan setiap hari oleh individu terbabit adalah tinggi dengan ketara (300 kcal / hari) berbanding individu dengan pengawalan berat badan normal tetapi tidaklah berbeza dengan begitu ketara berbanding individu yang berlebihan berat badan atau obesiti.
  • Bagi jumlah kalori yang dibakar, jumlah yang dibakar melalui aktiviti fizikal oleh individu yang mengekalkan penurunan berat badan adalah lebih tinggi (180 kcal / hari) berbanding dengan individu yang mempunyai berat badan normal dan individu yang berlebihan berat badan / obesiti. Walaupun mempunyai kos tenaga yang tinggi untuk memindahkan jisim badan yang lebih besar oleh individu yang mempunyai berat badan berlebihan / obesiti, individu yang mengekalkan penurunan berat badan telah membakar lebih banyak tenaga dalam aktiviti fizikal, menunjukkan bahawa mereka bergerak lebih banyak.
  • Ini disokong melalui fakta bahawa kumpulan individu yang mengekalkan penurunan berat badan juga menunjukkan tahap langkah yang lebih tinggi setiap hari (12,000 langkah sehari) berbanding peserta dengan berat badan normal (9,000 langkah sehari) dan peserta yang berlebihan berat badan / obesiti (6,500 langkah setiap hari).

Menurut salah seorang penyelidik, Victoria A. Catenacci, kajian tersebut mencadangkan bahawa kumpulan individu yang mengekalkan penurunan berat badan yang berjaya ini mengambil jumlah kalori yang sama setiap hari seperti mana individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, tetapi mengelakkan penambahan semula berat badan dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti fizikal dalam jumlah yang tinggi.

Para penyelidik juga mengukur kadar metabolisme setiap individu untuk memahami berapa banyak jumlah penggunaan tenaga harian semasa berehat berbanding tenaga yang digunakan semasa melakukan aktiviti fizikal. Kajian terdahulu menggunakan pengukuran secara laporan sendiri atau pemantauan aktiviti untuk mengukur aktiviti fizikal, yang merupakan teknik yang tidak dapat memberikan ketepatan yang sama.

Penemuan ini konsisten dengan hasil daripada kajian longitud peserta-peserta¬†“The Biggest Loser”, di mana penggunaan tenaga kerja secara fizikal sangat dikaitkan dengan penurunan berat badan dan peningkatan berat badan selepas tempoh enam tahun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Masa Raya!

    Ramai yang berhasrat untuk berdiet namun gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom klik artikel untuk kenal 7 tip penting yang kalian belum tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Langsing Che Puan Syamim: 9 Tahun Tak Sentuh Nasi – Ini Tip Efektif Turun Berat?

    Pernahkah anda tertanya apakah cara turun berat badan yang Che Puan Syamim Farid amalkan? Adakah ia sesuai untuk anda? Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ia Mungkin Punca Berat Badan Naik!

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu yoga

    Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga – Jom Tukar Mindset!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    jangan makan malam

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan