Fakta Dan Mitos Tentang Sembelit #Bahagian 2

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jika pada artikel, Fakta Dan Mitos Tentang Sembelit #Bahagian 1,  telah dikongsikan 8 fakta dan mitos yang menjadi kepercayaan dan bualan umum. Artikel ini juga akan berkongsi baki 9 lagi fakta dan mitos tentang sembelit. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu merawat masalah sembelit yang mungkin dihadapi anda.

#Semua serat adalah sama

Mitos. Terdapat 2 jenis serat; serat tidak larut dan serat larut. Serat tidak larut akan menjadi tambahan kepada najis dan membantu melalui usus dengan cepat. Sumber yang baik adalah dari roti gandum, pasta dan bijirin. Manakala serat larut adalah seperti kacang, kacang pea dan beberapa makanan tumbuhan lain.

#Prun adalah yang terbaik

Fakta. Buahan kecil dan kering ini mempunyai reputasi yang tinggi sebagai ubat semula jadi untuk sembelit. Prun adalah kaya dengan serat tidak larut, laxative sorbitol semula jadi. Jika anak anda tidak mengemarinya, anda boleh menjadikannya sebagai ice cream atau campurkan dengan jus lain untuk menyembunyikan rasanya.

#Minum lebih air

Fakta. Minum air dengan cukup membantu mengelakkan najis menjadi keras dan mengelakkan masalah sembelit. Anda boleh mengamalkan memakan makanan yang kaya dengan air seperti buahan dan sayuran. Hadkan atau elakkan pengambilan kafein dan alkohol, yang cenderung menyebabkan dehidrasi.

#Bersenam membantu

Fakta. Duduk terlalu lama atau kurang bergerak akan menggalakkan sembelit. Selepas makanan hidangan yang berat, tunggu selama sejam sebelum anda mula bersenam untuk membolehkan tubuh anda mempunyai masa untuk mencerna makanan. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit untuk berjalan beberapa kali dalam sehari. Senaman berat juga tidak mendatangkan masalah, malah ia memberikan manfaat kepada seluruh tubuh anda.

#Kopi turut membantu

Mitos. Ia adalah betul bahawa kafein boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan untuk berhubung. Tetapi kafein boleh menyebabkan dehidrasi, jadi ia tidak digalakkan. Jika anda mengalami sembelit, elakkan.

#Julap beri tindak balas segera

Mitos. Ia bergantung kepada jenis; suppository atau enema mungkin berfungsi dalam masa sejam. Produk jenis perangsang mungkin memakan masa beberapa jam. Jangan terlalu kerap menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan masalah pencernaan yang lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda perlu menggunakan julap lebih dari 2 minggu.

#Pembersih kolon membantu

Mitos. Enema dan colon irrigation membantu mengeluarkan sisa buangan dari tubuh. Tetapi ia tidak berkesan untuk mencegah atau menyembuhkan sembelit. Enema boleh menyebabkan masalah sembelit bagi individu dewasa yang berusia yang kerap menggunakannya. Colonic irrigation, yang selalu digunakan oleh pakar terapi atau pakar kolon, boleh merosakkan kolon dan mendatangkan masalah lain. Anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

#Pencair najis adalah julap

Fakta. Produk ini mengelakkan masalah sembelit dengan membenarkan najis menyerap lebih banyak air dari kolon dan menjadikan najis lebih mudah untuk melalui usus. Namun pastikan anda menggunakannya dengan nasihat dari doktor.

#Normal untuk menghidapi sembelit apabila semakin berusia

Mitos. Sememangnya individu dewasa yang lebih berusia lebih mudah berdepan masalah sembelit. Tetapi ia bukanlah kerana faktor usia kerana sembelit boleh berlaku pada ketika usia masih muda. Ia adalah sangat biasa dan jarang terjadi untuk tempoh yang lama, serta kebanyakan kes adalah tidak serius. Namun pastikan anda memberitahu kepada doktor anda masalah ini jika keadaannya tidak semakin berkurangan walaupun anda mengambil lebih banyak serat, minum air lebih banyak dan bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan