Menguap Sejenis Virus Berjangkit? Ini 3 Cara Hentikannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 04/03/2020

Situasi biasa berlaku apabila individu di depan menguap dan secara tiba-tiba anda pun akan menguap. Eh, kenapa pula berjangkit? Adakah itu dinamakan sebagai virus menguap?

Wujudkah virus menguap?

Jangan bimbang, sebenarnya tidak wujud pun istilah virus menguap. Cuma apabila ia terjadi daripada seseorang individu kepada individu lain, bukankah ia kelihatan seperti virus?

Menguap atau yawning merupakan 1 tindakan refleks yang berlaku secara spontan. Ketika anda dilanda virus menguap, mulut anda akan terbuka luas dan paru-paru akan menyedut udara dalam kuantiti yang banyak dan menghembusnya secara perlahan-lahan.

Pada ketika anda menguap juga, gegendang telinga akan meregang, mata tertutup rapat. Malahan terdapat sesetengah individu yang akan menguap sehingga mengalirkan air mata. Anda pun mesti pernah mengalaminya, bukan?

Tiada perancangan yang perlu dilakukan untuk menguap dan ia adalah 1 proses yang sama bagi setiap individu. Kebiasaannya seseorang individu akan menguap sebelum atau selepas tidur.

Atas faktor itu, menguap akan dikaitkan dengan kepenatan. Namun, menguap juga sering berlaku kepada individu yang melakukan perkara yang membosankan atau tidak disukai.

Jangan terkejut, aspek sosial juga wujud dalam menguap ini. Ia boleh dianggap sebagai 1 keadaan berjangkit, bukan sahaja dalam kalangan manusia, tetapi juga haiwan. Jadi tidak salah kalau kita menganggap wujudnya virus menguap, bukan?

Teori mengenai virus menguap

Memandangkan menguap merupakan 1 keadaan yang berjangkit dan di luar kawalan badan, dengan hanya memikirkan tentangnya sahaja turut boleh menyebabkan anda menguap. 

Terdapat pelbagai teori terhasil untuk menjawab persoalan mengapa seseorang individu itu akan menguap. Antara teori yang paling popular adalah perbuatan ini dikatakan membantu badan mendapatkan lebih banyak oksigen. Namun ia juga dikatakan sebagai mitos semata-mata.

Terdapat 4 fakta menarik mengenai menguap yang harus anda ketahui:

  1. Menguap dikatakan sebagai 1 tindak balas kepada keletihan atau kekurangan rangsangan.
  2. Setiap individu akan menguap. Malahan bayi di dalam rahim juga boleh menguap.
  3. Menguap dianggap 1 keadaan berjangkit, sebagai sebahagian daripada tindak balas empati semula jadi manusia.
  4. Menguap berfungsi sebagai 1 alat komunikasi sosial, untuk menunjukkan kebosanan.

virus menguap, 1 keadaan berjangkit

Menguap, keadaan yang berjangkit

Dalam kajian yang disokong secara saintifik tentang mengapa kita menguap mengatakan, ia berkait rapat dengan peraturan suhu. Kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior melihat tabiat menguap pada 120 responden. 

Daripada hasil kajian mendapati bahawa menguap kurang berlaku sewaktu musim sejuk. Ini kerana suhu otak dikatakan terlalu jauh daripada kebiasaannya, jadi individu yang menghirup udara dingin dapat menyejukkannya. 

Antara sebab lain mengapa anda masih menguap adalah kerana badan ingin membangunkan diri. Pergerakan yang berlaku membantu meregangkan paru-paru dan tisu, sekali gus membolehkan badan untuk melenturkan otot dan sendi. 

Sewaktu anda menguap juga, darah dipaksa untuk naik ke muka dan otak anda. Keadaan ini membantu meningkatkan tahap kewaspadaan.

Anda akan menguap, jika:

  • Kepenatan – Berlaku kerana pergerakan otak semakin perlahan, menyebabkan suhu merosot
  • Kebosanan – Berlaku kerana kurang rangsangan pada otak dan berlaku penurunan suhu
  • Melihat individu lain menguap – Seperti berjangkit terutamanya apabila anda berada dalam persekitaran dan terdedah pada suhu yang sama

3 cara hentikan virus menguap

Umumnya, kita mengetahui bahawa menguap adalah tindakan refleks yang berjangkit. Tetapi adakah cara untuk menghentikannya? Sudah tentulah ada. Cuba 3 cara di bawah:

  1. Pernafasan mendalam

Jika anda berasakan terlalu kerap menguap, cuba untuk melakukan latihan pernafasan menerusi hidung. Mungkin badan anda memerlukan oksigen. 

Dalam kajian pada 2007 mendapati pernafasan melalui hidung dapat mengurangkan masalah menguap yang berjangkit. Jadi baik mulakan latihan pernafasan dengan betul!

  1. Bergerak

Rasa bosan, kepenatan dan tekanan sering menjadi punca mengapa seseorang itu kerap menguap. Jadi dengan melakukan sesuatu di luar rutin atau kebiasaan juga dapat membantu merangsang otak sekali gus mengurangkan kecenderungan untuk anda menguap. 

Anda juga berkemungkinan mengalami masalah menguap berlebihan apabila mengambil terlalu banyak kafein atau melalui proses detoks (opiate detox).

  1. Tenangkan diri

Cara lain untuk berhenti menguap adalah dengan mencari ruang yang mempunyai suhu yang lebih sejuk atau anda boleh berjalan-jalan pada waktu rehat. Jika tidak berkesempatan, meminum air sejuk atau makanan yang sejuk seperti buah-buahan pasti dapat membantu. 

virus menguap, 1 keadaan berjangkit

Perlu ke berjumpa doktor?

Menguap sahaja, pastinya tidak perlu berjumpa doktor. Eh, belum tentu! Jika anda terlalu kerap menguap lebih daripada kebiasaan, sehingga wujud simptom tambahan yang mengganggu perjalanan tugasan harian, maka anda perlu berjumpa doktor.

Maklumkan kepada doktor bila anda mula mengalami masalah menguap secara berlebihan dan sebarang simptom lain seperti fikiran kabur, kesakitan pada bahagian tertentu atau kekurangan tidur. 

Segala maklumat yang diberikan akan dapat membantu doktor mendiagnosis sebarang masalah yang mendasari keadaan menguap anda dan rawatan yang boleh dilakukan.

Konklusinya

Sememangnya tidak wujud virus menguap dalam perubatan, cuma keadaan menguap ini boleh dianggap sebagai 1 penyakit berjangkit yang datang tanpa sebarang simptom. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kebiasaannya tidak mendatangkan mudarat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    Kurang / Deprivasi Tidur

    Kurang / Deprivasi Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 31/05/2018