Lap Punggung Dengan Tisu Tandas Terbukti Tak Bersih, Tiba Masa Untuk Berhenti Gunanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 mins read

Pernah atau tidak anda terlupa untuk memeriksa air paip di tandas awam sebelum mula membuang? Penulis pernah! Akibatnya, terpaksalah penulis beristinjak dengan menggunakan tisu tandas.

Kesannya, punggung penulis berasa sangat tidak selesa seperti masih ada sisa atau baki najis yang masih tertinggal dan melekat pada sekitar lubang dubur.

Selepas peristiwa itu, penulis pun terfikir, ada betulnya juga jika ada orang cakap perbuatan mencuci punggung dengan tisu tandas sebenarnya tidak bersih.

Kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenainya!

Cuci punggung dengan tisu tandas 

tisu

Mungkin bukan semua, tapi ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan tisu tandas untuk mencuci punggung setiap kali selepas membuang air besar. Ya, memang masih ada yang melakukannya.

Tidak percaya? Cuba lihat di tandas awam di sekitar anda, kebanyakannya disediakan dengan gulungan tisu yang sengaja diletakkan di sebelah jamban. Ini menujukkan bahawa kita masih berada di takuk yang lama.

Bukan sahaja di negara kita, tisu tandas juga digunakan hampir di seluruh dunia bagi tujuan yang sama. Menurut kajian, Amerika Syarikat adalah negara yang paling popular dengan kaedah mencuci punggung dengan tisu.

Sementara itu, negara seperti Jepun, Itali dan Greece telah mula beralih kepada bidet untuk mencuci lubang dubur selepas membuang air besar. Mengapa tidak kita juga berubah sepeti mereka?

Apa kata pakar tentang tisu tandas?

Menurut Rose George, pengarang buku The Big Necessity: The Unmentionable World of Human Waste and Why It Matters, tisu adalah perkara terakhir yang anda perlu capai untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Beliau turut menegaskan bahawa air adalah pilihan yang terbaik.

Ini kerana tisu memang berupaya ‘menggerakkan’ najis tapi ia tidak akan ‘membersihkan’ secara total daripada lubang dubur anda. Sebagai analogi, tiada individu yang akan mandi menggunakan tuala kering. Jadi, bagaimana anda boleh fikir tisu tandas boleh mencuci najis anda? Sila ubah fikiran anda segera!

Partha Nandi, pakar gastroenterologi pula menyatakan bahawa penggunaan bidet atau paip air untuk mencuci punggung selepas membuang air besar akan menurunkan risiko buasir.

Selain itu, individu yang sudah sedia ada masalah buasir juga sebenarnya perlu elak menggunakan tisu untuk beristinjak kerana tisu tandas yang kasar boleh mengakibatkan iritasi.

Dalam pada itu, tisu tandas juga sebenarnya boleh menyebabkan infeksi pada saluran kencing (UTI). Ia akan berlaku disebabkan oleh bakteria yang selalu berada di tempat yang kotor seperti tandas awam.

Paling menakutkan, ia akan menyebabkan rasa yang sangat sakit apabila sedang atau hendak membuang air kecil. Bukan itu sahaja, infeksi ini juga akan menjadikan air kencing anda berwarna keruh dan berbau busuk.

tisu tandas

Jika kecemasan, apa yang boleh digunakan selain tisu tandas?

Jadi, kita sudah tahu tisu tandas tidak mampu membersihkan punggung kita secara keseluruhan. Persoalannya, bagaimana jika ketika itu tiada bidet atau paip air di sekitar anda?

Adakah kita perlu menelefon kenalan kita yang berada di luar tandas untuk membawakan anda air? Namun, bagaimana jika ketika itu anda sedang keluar seorang diri?

Antara alternatif yang boleh digunakan adalah tisu basah yang selalu digunakan untuk mencuci punggung bayi. Ya, memang agak mustahil untuk sentiasa membawanya. Jadi, sila bawa botol air bersama anda setiap masa.

Konklusi

Jadi, kita semua sebenarnya perlu sentiasa bersedia dengan membawa tisu basah atau botol air ke mana-mana sahaja. Ini kerana ia sangat berguna di waktu kecemasan.

Kita semua juga tahu bahawa tandas awam di Malaysia tidak boleh dipercayai. Kadangkala, tiada notis pemberitauan yang mengatakan bahawa tandas itu sebenarnya tidak mempunyai air atau tisu tandas.

Sebaiknya, sila perisa terlebih dahulu paip air sebelum melabuhkan punggung anda ke jamban untuk buang air besar kalau tidak mahu guna tisu tandas!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Ada dalam kalangan kita yang mengalami fenomena menangis ketika buang air besar atau berak. Adakah ia normal dan apakah dalangnya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 23/06/2020 . 3 mins read

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 mins read

    Mengapa Asyik Nak Buang Air Besar Selepas Makan, Normal Ke?

    Jika anda terasa hendak buang air besar sejurus selepas makan, segeralah ke bilik air. Ia normal namun jika simptom lain seperti demam, ia mungkin tidak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 mins read

    Isteri, Lepas Senggama JANGAN Terus Tidur! Ini 7 Perkara Anda Patut Buat Dulu

    Apa yang biasa kalian lakukan selepas hubungan seksual? Terus tidur? Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/04/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    uti

    Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read
    mandi bersama pasangan

    Kenapa Perlu Malu? Ada Banyak Manfaat Mandi Bersama Pasangan, Barulah Romantis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 mins read
    cirit semasa seks

    Jangan Ketawa, Anda Juga Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 mins read