3. Mereka tidak mudah terganggu
Introvert sebenarnya bukanlah terputus daripada orang lain dan persekitaran, sebaliknya mereka lebih berkemampuan menyaring keluar kebisingan luar dan memberi tumpuan. Mereka mendapat tenaga daripada dalam, dan disebabkan itu mereka boleh memberi tumpuan dengan mudah kepada tugas tanpa terganggu oleh perbualan yang kuat atau bunyi lain.
Keupayaan untuk menumpukan perhatian di tengah-tengah gangguan menambah kualiti kepimpinan mereka. Motivasi mereka untuk kualiti dan produktiviti menjadi lebih mudah untuk dikekalkan, dan mereka boleh memberi tumpuan kepada keperluan ahli pasukan tanpa ditenggelami oleh tugas atau tuntutan lain.
4. Mereka menyelesaikan masalah dengan teliti, bukannya terburu-buru
Penyelesaian masalah adalah keupayaan penting dalam kepimpinan dan menurut penyelidikan, otak individu introvert didapati mempunyai gray matter pada korteks prefrontal yang lebih tebal, yang merupakan bahagian otak di mana pemikiran abstrak dan proses membuat keputusan berlaku. Ini bererti introvert membuat keputusan selepas berfikir masak-masak dan memikirkan cara kreatif untuk menyelesaikan masalah. Penyelidikan juga mendapati bahawa introvert kurang berkemungkinan membuat keputusan tergesa-gesa.
Disebabkan kerja berkualiti sentiasa menjadi matlamat introvert, mereka tidak akan berpuas hati dengan hasil yang sederhana. Sebagai contoh, seorang pemimpin introvert kurang berkemungkinan meluluskan sesuatu projek jika ahli pasukan lain mempunyai bantahan atau kesilapan. Pemimpin seperti ini akan memastikan masalah ditangani sebelum meneruskan projek. Sekiranya timbul perselisihan pendapat, sikap tidak mementingkan pandangan orang lain kepadanya membuatkan mereka membuat keputusan berdasarkan kebaikan projek, bukan pandangan individu.
Pemimpin terbaik bukanlah mereka yang paling kuat bercakap dan paling ketara kewujudannya. Bertindak di sebalik populariti dan perhatian membuatkan pemimpin introvert berupaya menyerlahkan kualiti kerja dan pasukan yang dipimpinnya. Jika anda seorang introvert, jangan berasa rendah diri atas keupayaan anda memimpin, kerana ukuran akhir bukanlah kecenderungan personaliti anda, sebaliknya keupayaan dalaman anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen