Forebrain, juga dikenali sebagai prosencephalon, bahagian dalam otak paling hadapan yang juga terletaknya serebrum – bahagian yang paling besar dan yang paling utama dalam otak. Ia mungkin adalah perkara pertama yang anda terfikir berkenaan otak. Ia berfungsi untuk mencipta memori, membuat perancangan, atau mengingat kawan-kawan anda. Serebrum membantu anda berfikir dan berimaginasi tentang perkara di sekeliling anda.
Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera oleh belahan dalam di tengah-tengah serebrum. Hemisfera kiri mengawal anggota di sebelah kanan manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan. Hemisfera kiri juga mampu menghasil perkataan-perkataan dan bahagian kanan tempat untuk mengawal kemahiran pemikiran seperti membaca buku dan membuat kira-kira.
Midbrain
The midbrain bahagian otak yang teratas yang mengawal refleks. Contoh pergerakannya ialah membuka suis dapur, menggunakan pensel untuk melukis, atau mengawal mata anda.
Hindbrain
Hindbrain termasuklah bahagian atas saraf tunjang, pangkal otak, dan serebelum. Ia mengawal fungsi paling penting: tekanan darah, kadar jantung berdegup, suhu badan, dan kadar pernafasan. Serebelum pula membantu anda membuat pergerakan seperti bermain badminton, bermain instrumen muzik seperti piano atau biola.
Geografi pemikiran
Setiap hemisfera mengandungi empat lobus yang mengawal fungsi berbeza.
Lobus hadapan
Setiap hemisfera mengandungi salah satu dari dua lobus hadapan. Lobus ini terletak betul-betul di belakang dahi. Lobus ini mengawal cara berfikir, membuat perancangan, merancang masa hadapan. Fungsi-fungsi ini hanya menggunakan memori jangka pendek.
Kawasan motor berfungsi untuk mengawal pergerakan sukarela seperti menggunakan pisau atau membuka lampu. Area broca memainkan peranan untuk membantu anda bercakap dengan menterjemahkan apa yang anda fikir dalam bentuk kata-kata.
Lobus parietal
Lobus parietal terletak di belakang kedua lobus hadapan. Kawasan ini dikenali sebagai tempat menterjemah maklumat yang diterima oleh deria. Sebagai contoh seperti rasa dan tekstur makanan, suhu, sentuhan tangan, kaku atau mana-mana anggota tubuh anda.
Lobus belakang
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen