backup og meta

Bermain Muzik Membantu Otak Untuk Lebih Menumpukan Perhatian

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2023

    Bermain Muzik Membantu Otak Untuk Lebih Menumpukan Perhatian

    Tahukah anda terdapat beberapa kebaikan bermain muzik terutamanya untuk otak anda berbanding dengan hanya mendengar muzik?

    Bagaimana bermain muzik boleh membantu otak dan dalam aspek apakah ia mempengaruhi otak?

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui beberapa kebaikan muzik untuk kesihatan otak anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sihat Pada Usia Emas, sila dapatkannya di sini. 

    Beberapa kebaikan bermain muzik

    Semua individu mendengar muzik dengan pelbagai tujuan seperti menghilangkan kebosanan, menghiburkan hati, menenangkan fikiran selain membantu menaikkan mood seseorang.

    Kebaikan bermain muzik dapat menghasilkan perubahan yang berterusan kepada mekanisme kognitif yang membantu seseorang individu untuk lebih menumpukan perhatian.

    Ia juga membantu seseorang untuk tidak mudah terganggu oleh sebarang rangsangan yang tidak relevan semasa melakukan sebarang tugasan yang diperlukan.

    Hubungan bermain muzik dan pengawalan perhatian

    kelebihan bermain muzik

    Berdasarkan kajian ‘Efficiency of Attentional Networks in Musicians and Non-musicians’ yang diterbitkan dalam jurnal Heliyon, ahli muzik yang terlatih menunjukkan pengawalan perhatian yang lebih besar (satu komponen utama dalam sistem perhatian) berbanding individu yang bukan pemain muzik.

    Secara mudahnya, semakin lama tempoh latihan yang dimiliki oleh seseorang ahli muzik, semakin berkesan pengawalan perhatian yang dimiliki oleh seseorang individu tersebut.

    Ahli muzik profesional lebih cepat bertindak balas dan memberi tumpuan kepada perkara yang penting dalam melaksanakan tugas, dan lebih berkesan menyaring rangsangan yang tidak menentu dan tidak relevan berbanding individu yang bukan ahli muzik.

    Ia juga membuktikan hubungan diantara rangkaian alerting dan orienting dalam ahli muzik berbanding bukan pemuzik, yang mungkin mencerminkan hubungan fungsi antara rangkaian-rangkaian perhatian yang diperoleh daripada amalan latihan muzik.

    Penyelidik merekodkan tindak balas tingkah laku 18 orang pemain piano profesional dan kumpulan tersebut dipadankan dengan 18 orang lain yang bukannya ahli profesional muzik yang terlibat dalam ujian rangkaian perhatian.

    Kumpulan pemuzik tersebut terdiri daripada pelajar konservatori sepenuh masa atau graduan konservatori dari Conservatories of Universidad de Chile, Universidad Mayor de Chile, dan Universidad Austral de Chile, dengan purata lebih daripada 12 tahun amalan dalam bidang muzik.

    ‘Bukan pemuzik’ pula adalah pelajar universiti atau siswazah yang tidak mempunyai sebarang pelajaran muzik secara formal dan tidak dapat bermain atau membaca muzik.

    Penyelidikan yang dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa latihan muzik secara sistematik menghasilkan perubahan kepada otak yang berkaitan dengan peningkatan beberapa kebolehan muzik tertentu.

    Walau bagaimanapun, kebaikan bermain muzik bukan sahaja meningkatkan persepsi pendengaran muzik, tetapi juga seolah-olah memberi kesan kepada pemprosesan keupayaan kognitif tambahan muzik (contohnya: working memory).

    kebaikan bermain muzik

    Menurut para penyelidik, ini adalah kajian pertama untuk menguji kesan latihan muzik pada rangkaian perhatian, yang memberi tambahan kepada penyelidikan terdahulu mengenai kelebihan bermain muzik pada perkembangan kemahiran kognitif tambahan.

    Penyelidik bersama dalam kajian ini, David Medina daripada Jabatan Muzik, Metropolitan University of Educational Sciences, Chile turut menyatakan bahawa hasil kajian yang mengkaji hubungan antara latihan muzik dan perubahan kemahiran dalam memberi perhatian boleh menjadi sangat berguna dalam bidang pendidikan dan klinikal.

    Sebagai contoh, ia boleh memperkasa kebolehan individu yang mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dikenali dengan singkatan ADHD untuk menguruskan penumpuan perhatian dengan lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan