Jangan Selalu Ambil Painkiller Kalau Sakit Belakang atau Lenguh-lenguh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/02/2020

Sakit di bahagian belakang badan yang anda alami bukanlah satu keadaan kesihatan yang boleh dipandang sebelah mata. Apatah lagi jika ia berlaku secara berterusan dalam tempoh yang agak lama, sekurang-kurangnya 2 minggu. Mengapa? 

Ini kerana anda berkemungkinan sedang mengalami kesakitan kronik yang mungkin tidak anda sedari. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh American Academy of Pain Medicine, lebih daripada 1.5 bilion individu di seluruh dunia sedang mengalami kesakitan kronik dan ia merupakan penyebab paling biasa bagi ketidakupayaan jangka panjang di Amerika Syarikat yang menjejaskan 100 juta penduduk di sana. Jangan terkejut jika anda mungkin merupakan salah seorang individu daripada 1.5 bilion penghidap kesakitan kronik tersebut. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan sekarang? 

Painkiller bukan solusi

Sebelum penyakit ini mula menjadi “teman sejati” hidup anda, adalah elok untuk anda mula bertindak dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Ini tidak cukup dengan sekadar mengambil ubat penahan sakit atau painkiller seperti paracetamol bagi melegakan kesakitan. Menurut Dr. C H Tan, timbalan presiden Society of Sports and Exercise Medicine Malaysia (SSEMM), individu yang mengalami kesakitan kronik perlu mengelakkan daripada mengambil terlalu banyak painkiller memandangkan ia pasti mempunyai kesan sampingan terhadap seseorang individu tersebut. Menurut beliau, sebarang pengambilan painkiller perlulah diambil dalam tempoh yang pendek dengan dos yang sedikit. Jika seseorang individu tersebut memerlukan pengambilan ubat-ubatan seperti painkiller melebihi tempoh tiga bulan, beliau menyarankan agar individu terbabit untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan berkenaan keadaan kesihatan yang mereka alami. 

Fisioterapi terbukti berkesan mengurangkan kesakitan kronik

Dr. Chua Siew Kuan yang merupakan seorang ahli fisioterapi mencadangkan agar individu yang mengalami kesakitan kronik untuk menjalani senaman atau terapi fisio di bawah seliaan ahli fisioterapi. Ini kerana, sesetengah individu tidak mengetahui bahagian tubuh yang terjejas akibat kesakitan kronik dan melakukan senaman secara salah dengan memberikan penumpuan pada bahagian otot lain yang tidak mengalami kesakitan. Melalui bantuan ahli fisioterapi, ia boleh membantu seseorang individu untuk menguatkan otot tertentu yang telah dikenal pasti dengan kaedah senaman yang lebih tepat dan berkesan. Ini juga bertepatan dengan hasil kajian meta analisis yang diterbitkan pada bulan Julai 2019 yang menyatakan bahawa, terapi senaman amat disarankan sebagai kaedah rawatan utama bagi pemulihan kesakitan belakang badan yang kronik (chronic lower back pain).

Kaedah alternatif melalui terapi gabungan

Tidak kesemua kesakitan yang berlaku memerlukan pembedahan sebagai kaedah rawatan pemulihan. Kaedah pemulihan kesakitan kronik lebih mengutamakan prosedur bukan invasif (non-invasive treatment) dan ini boleh dilaksanakan melalui kaedah perubatan Cina yang turut menggabungkan kepakaran daripada ahli fisioterapi. Berdasarkan data daripada Yap Chan Kor Pain Integrative Centre, kaedah integratif ini telah berkesan menurunkan kadar kesakitan belakang badan pesakit sebanyak 83% dalam 89 kes. Ia turut menunjukkan kesan positif dalam menurunkan kadar kesakitan di bahagian bahu sebanyak 85%, selain 79% pengurangan kesakitan di bahagian lutut. 

Kesakitan kronik telah menjadi salah satu isu kesihatan utama global yang turut menjadi kekhuatiran di Malaysia. Ini kerana populasi penduduk semakin menua dan kelaziman keadaan yang berkaitan seperti ketidakmampuan untuk bergerak, gangguan tidur dan keresahan akan terus meningkat. Keadaan-keadaan seperti ini jelas akan meningkatkan beban penjagaan kesihatan awam pada akhirnya. 

Walau bagaimanapun, isu yang paling penting berkenaan kesakitan kronik adalah, kesannya yang boleh mengehadkan pergerakan dan mengurangkan fleksibiliti, kekuatan dan ketahanan tubuh anda dalam melakukan sesuatu terutamanya tugas-tugas harian anda. Ini bukan sahaja menyukarkan aktiviti harian anda malah mungkin akan menyebabkan kesukaran kepada ahli keluarga yang lain untuk membantu dalam pengurusan harian diri anda. Oleh itu, dapatkan rawatan sewajarnya dan jangan hanya berdiam diri menahan kesakitan yang mungkin tidak berpenghujung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketegangan Otot

    Ketegangan otot, atau otot ditarik, berlaku apabila otot anda terlebih regangan atau terkoyak yang berlaku pada mana-mana bahagian otot

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Makanan Membina Otot

    Makanan membina otot adalah antara makanan penting yang dapat membantu dalam proses membina otot selain usaha keras melibatkan aktiviti fizikal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Keanjalan tilam dan jenis bantal yang anda gunakan juga boleh menentukan tahap keselesaan anda. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Sakit Bahagian Bawah Belakang

    Apa itu sakit bahagian bawah belakang?  Sakit bahagian bawah belakang adalah pengalaman yang cukup universal – hampir semua orang pernah merasainya dalam kehidupan. Bahagian bawah belakang – bermula ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Artikel lain untuk anda

    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019
    senaman

    Jangan Percaya 4 Mitos Senaman Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019
    kesakitan kronik

    Selalu Lenguh di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019
    sakit kronik

    Tip Dapatkan Tidur Yang Baik Dengan Sakit Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 16/04/2019