backup og meta

Tahukah Anda Bahawa Adakalanya Genetik Anda Sendiri Yang Sebabkan Tidur Anda Terganggu?

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Tahukah Anda Bahawa Adakalanya Genetik Anda Sendiri Yang Sebabkan Tidur Anda Terganggu?

    Adakah anda tahu, adakalanya masalah atau kualiti tidur yang kita alami bukanlah berpunca daripada faktor fizikal atau persekitaran anda? Ada masanya ia sebenarnya berpunca daripada sesuatu yang tidak anda sangkakan: genetik.

    Kaitan antara genetik dan kualiti tidur

    Kerjasama penyelidikan di peringkat antarabangsa yang diketuai oleh University of Exeter dan diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, telah menemukan 47 hubungan antara kod genetik kita dan kualiti, kuantiti dan masa bagaimana kita tidur.

    Ia termasuklah sepuluh hubungan genetik baharu dengan tempoh tidur dan 26 hubungan dengan kualiti tidur.

    Kajian yang dibiayai oleh The Medical Research Council telah membuat penelitian terhadap data daripada 85,670 peserta UK Biobank dan 5,819 individu dari tiga kajian lain. Kajian ini menggunakan alat pecutan – alat-alat yang dipakai di pergelangan tangan (serupa dengan Fitbit) yang mencatat tahap aktiviti secara berterusan.

    Mereka memakai alat pecutan tersebut secara berterusan selama tujuh hari, yang memberikan data tidur yang lebih terperinci berbanding kajian terdahulu, yang bergantung sepenuhnya terhadap laporan peserta sendiri untuk melaporkan tabiat tidur mereka dengan tepat.

    Genetik yang bertanggungjawab terhadap kualiti tidur anda

    kualiti tidur

    Antara kawasan genom yang ditemui ialah gen yang dipanggil PDE11A. Pasukan penyelidikan mendapati bahawa varian yang jarang berlaku dalam gen ini bukan hanya memberi kesan kepada anda berkenaan seberapa lama anda tidur tetapi juga berkenaan kualiti tidur anda.

    Gen ini sebelum ini telah dikenal pasti sebagai sasaran ubatan yang berpotensi bagi rawatan individu yang mengalami gangguan neuropsychiatric yang berkaitan dengan kestabilan mood dan tingkah laku sosial.

    Pasukan penyelidikan ini terdiri daripada penyelidik dari Center for Sleep and Circadian Neurobiology di Pennsylvania, Massachusetts General Hospital dan juga dari Belanda, Perancis and Switzerland.

    Mereka mendapati secara kolektifnya, kawasan genetik yang berkaitan dengan kualiti tidur juga dikaitkan dengan pengeluaran serotonin – neurotransmitter yang dikaitkan dengan perasaan kebahagiaan dan kesejahteraan.

    Serotonin dikenali memainkan peranan penting dalam kitaran tidur dan ianya dikatakan membantu menggalakkan tidur yang lebih nyenyak.

    Hanya sedikit kajian mengenai mekanisme yang mempengaruhi cara tidur kita

    kualiti tidur

    Salah seorang penyelidik, Dr Andrew Wood, dari University of Exeter Medical School berkata bahawa kita mengetahui bahawa tidur yang cukup dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kita.

    Namun kita masih mengetahui secara sedikit mengenai mekanisme di dalam badan kita yang mempengaruhi bagaimana kita tidur.

    Perubahan kualiti, kuantiti dan masa tidur sangat dikaitkan dengan beberapa penyakit manusia seperti diabetes, obesiti dan gangguan psikiatri.

    Penulis utama kajian, Dr Samuel Jones pula menyatakan bahawa penyelidikan tesebut mengenalpasti varian genetik yang mempengaruhi ciri-ciri tidur, dan akan memberikan pandangan baharu dalam peranan molekul tidur pada manusia.

    Bantu sediakan rawatan baharu untuk tidur lebih berkualiti

    kualiti tidur

    Kajian ini adalah sebahagian daripada kemunculan penulisan baharu  yang dapat memberitahu perkembangan rawatan baharu untuk meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan manusia pada masa hadapan.

    Pasukan penyelidikan ini juga menemui bukti lanjut bahawa Sindrom Restless Leg juga dikaitkan dengan tidur yang lebih buruk daripada varian genetik yang mereka dapat kaitkan dengan ukuran tidur yang diperoleh daripada data alat pecutan.

    Baca juga;

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan