Adakah Makanan Organik Menyihatkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019
Share now

Apabila anda mencuba untuk makanan sihat, dan anda tahu itu bermakna memilih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan protein tanpa lemak. Tetapi semasa anda ke pasar, memeriksa produk segar, daging dan produk ternusu, anda menyedari ada pilihan lain yang boleh dilakukan. Perlukan anda membeli organik?

Apa yang dimaksudkan dengan “organik”?

Istilah “organik” merujuk kepada kaedah produk petanian ditanam dan diproses. Walaupun peraturannya berbeza-beza antara negara, di AS, tanaman organik mestik ditanam tanpa penggunaan racun sintetik, bioengineered genes (GMOs), baja berasaskan petroleum dan baja berasaskan enapcemar kumbahan.

Ternakan organik untuk daging, telur dan produk tenusu mesti mempunyai akses ke luar dan diberikan makanan organik. Mereka mungkin tidak diberikan antibiotik, hormon pertumbuhan atau produk sampingan haiwan.

Kebangkitan makanan organik

Penyokong mengatakan makanan organik lebih selamat, mungkin lebih berkhasiat, dan selalunya lebih baik daripada makanan bukan organik. Mereka juga mengatakan pengeluaran organik lebih baik untuk alam sekitar dan haiwan.

dan semakin ramai pembeli kelohatan yakin. Walaupun makanan organik biasanya lebih mahal, kadang laka lebih banyak, jualannya semakin meningkat.

Terdapat sekurang-kurangnya dua hujahan yang baik untuk makan organik iaitu kurang racun perosak dan lebih nutrien.

Kurang racun perosak

Racun perosak boleh diserap ke dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, dan meninggalkan sisa jejak. Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG), mengetepikan keputusan hampir 51,000 ujian USDA dan FDA untuk racun makhluk perosak pada 44 hasil pengeluaran popular dan mengenal pasti jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kemungkinan besar mempunyai jumlah pengesanan yang lebih tinggi. Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah untuk memakan hasil yang konvensional tetapi jika anda merasa kuat tentang sisa-sisa racun makhluk perosak, senarai EWG di bawah ini akan membantu anda membeli-belah.

Lebih nutrien

Bagi nutrien, pada tahun 2007 kajian Universiti Newcastle, United Kingdom melaporkan bahawa hasil organik meningkat sehingga 40 peratus lebih tinggi daripada beberapa nutrien (termasuk vitamin C, zink dan besi) daripada konvensionalnya yang lain. Selain itu, satu kajian pada tahun 2003 dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati bahawa buah beri organik dan jagung mengandungi 58 peratus lebih polyphenol, antioksidan yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular, dan sehingga 52 peratus lebih tinggi kandungan vitamin C daripada yang ditanam secara konvensional. Penyelidikan terkini oleh pengetua utama kajian itu, Dr Alyson Mitchell, profesor sains makanan dan teknologi di Universiti California, Davis, menunjuk satu mekanisme yang berpotensi untuk menjelaskan mengapa teknik organik kadangkala menghasilkan hasil unggul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Organic Foods: What You Need to Know About Eating Organic. http://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/organic-foods.htm. Accessed January 1, 2017.

    Organic—or Not? Is Organic Produce Healthier Than Conventional? http://www.eatingwell.com/food_news_origins/green_sustainable/organic_or_not_is_organic_produce_healthier_than_conventional. Accessed January 1, 2017.

    Is Organic Food Better for You? http://www.webmd.com/food-recipes/features/organic-food-better#1. Accessed January 1, 2017.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus?

    Anda ingin mengamalkan diet rendah karbohidrat? Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana diet tersebut boleh menyebabkan kanser usus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Menarik Tentang Keladi Air Yang Anda Perlu Tahu!

    Adakah anda tahu, keladi air yang anda makan boleh membantu menggalakkan pertumbuhan neuron dalam otak. Apa lagi manfaat pemakanan keladi air ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Limau Vs Lemon: Apa Beza Dua Buah Sitrus Ini?

    Limau dan lemon adalah dua buah sitrus yang lebih kurang sama. Ingin tahu yang manakah lebih bagus? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid