Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Virus corona di Malaysia? Adakah ia benar-benar telah memasuki negara kita?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 1,320 kes individu dijangkiti virus corona baharu (2019-nCov) telah disahkan sehingga tarikh 25 Januari 2020 di seluruh dunia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,732

Disahkan

6,235

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Virus corona di Thailand

Thailand adalah negara yang paling banyak melaporkan kes penyebaran virus corona baharu, selain di negara China.

Menteri Kesihatan Thailand telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pengangkutan dan Pelancongan negara itu untuk berbincang tentang cara mengawal wabak berbahaya ini.

Sehingga tarikh 28 Januari, sebanyak 8 kes telah dilaporkan di sana. Menurut Anutin Charnvirakul yang merupakan Menteri Kesihatan Awam Thailand, 3 daripada jumlah itu masih lagi dirawat di hospital, manakala 5 lagi telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Virus corona di Singapura

Di Singapura pula, sudah terdapat 5 kes berkaitan virus corona baharu sehingga kini. Paling terbaharu, seorang warga emas wanita berbangsa Cina yang tiba di negara itu bersama ahli keluarganya pada 18 Januari lalu dari kota Wuhan, didapati dijangkiti wabak ini.

Pesakit kemudiannya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng pada 26 Januari lalu dan telah disahkan menghidap wabak coronavirus. Sejurus selepas itu, dia telah dimasukkan ke dalam wad dan dikuarantin di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

Nampaknya, penularan wabak ini sudah mula menjejaskan 2 negara jiran kita. Bagaimana pula dengan Malaysia?

virus corona di Malaysia

Virus corona di Malaysia

Adakah ia sudah masuk ke negara kita? Jawapannya, ya.

Sehingga 28 Januari 2020, sebanyak 4 kes virus corona di Malaysia telah dilaporkan. Kesemua kes ini berpunca daripada kedatangan pelancong luar negara dan bukannya dari rakyat negara kita.

Artikel berkaitan:

Bermula Di China, Ini Kronologi Virus Korona Yang Makin PARAH!

Sebanyak 38 kes individu juga telah disyaki menghidap wabak ini di negara kita. 32 daripada jumlah ini didapati negatif dan 1 daripadanya adalah positif. Manakala 5 lagi kes masih sedang menunggu pengesahan.

Sehingga 28 Januari, 3 individu telah disahkan positif virus corona baharu ini adalah seorang wanita warga emas dan 2 cucunya yang merupakan rakyat China dari kota Wuhan. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh setelah memasuki Pintu Sempadan Antarabangsa Malaysia melalui Johor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan seorang lelaki berusia 40 tahun dan berasal dari kota Wuhan, China turut menghidap wabak ini. 

Lelaki itu tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura bersama 17 pelancong warga China lain yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.

Namun, hanya dia sahaja yang disahkan positif virus corona baharu ini.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Sehingga jam 3 petang 26 Januari 2020, 164,692 pelancong luar negara telah melalui pemeriksaan di lapangan terbang negara kita dan 9 daripada jumlah ini perlu menjalani pemeriksaan lanjut. Namun, kesemua mereka didapati negatif virus corona.

Disebabkan kebimbangan terhadap wabak ini, KKM telah meletakkan 54 pengesan haba – 33 di Semenanjung serta 21 lagi di Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 12 lagi pengesan haba dirancang untuk ditambah bagi mengurangkan risiko kes virus corona di Malaysia.

virus corona di Malaysia

Apa yang boleh dilakukan?

Untuk pengetahuan anda, virus corona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas

Berikut adalah simptom & komplikasi virus korona baharu yang kalian wajib tahu:

Buat anda yang belum tahu, terdapat beberapa jenis virus korona iaitu:

  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)

Namun, terdapat versi virus corona baharu yang tidak mempunyai sebarang vaksin iaitu 2019-nCov. Wabak ini bermula dari sebuah kota bernama Wuhan di negara China. Ia telah mula merebak ke serata dunia termasuklah Malaysia.

Jadi, sesuatu perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan individu terselamat daripadanya. Berikut adalah saranan WHO bagi membantu melawan wabak berbahaya ini:

  • Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul – ikuti panduan 7 langkah basuh tangan yang dikeluarkan oleh WHO
  • Patuhi etika batuk atau bersin ketika berada di tempat awam – tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan tisu
  • Elak melakukan sentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom virus ini – batuk, selesema atau sesak nafas

Selain itu, WHO turut menegaskan agar kita tidak menyentuh atau memakan haiwan liar yang mungkin merupakan punca virus corona ini seperti ular, kelawar dan sebagainya. 

Dalam pada itu, penggunaan topeng muka juga mungkin dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak berbahaya ini.

Baca juga:

Konklusi

Kesimpulannya, virus corona di Malaysia sehingga tarikh 31 Januari sudah dilaporkan sebanyak 8 kes dan jumlah ini mungkin akan meningkat bila-bila masa sahaja.

Jadi, sila patuhi langkah yang sudah dikeluarkan oleh WHO bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berbahaya ini. Paling penting, awasi kebersihan dan kesihatan anda agar anda tidak menjadi salah seorang mangsa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

    Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

    Salah satu cara COVID 19 berjangkit adalah melalui kontak rapat. Adakah panik rakyat di Malaysia punca kenapa kes positif kerana kontak rapat meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

    Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    Artikel lain untuk anda

    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    sambutan hari raya

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    makan vitamin D

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/05/2020