Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020 . 3 minit bacaan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Semua individu di seluruh dunia sedang menantikan vaksin coronavirus yang dijangka akan mengubah corak jangkitan global.

Angka kes positif meningkat saban hari dan kini ia melebihi 3 juta individu di seluruh dunia.

Jumlah kematian juga bakal mencecah 300,000 sekiranya trend jangkitan terus meningkat kelak.

Di Malaysia, keadaan wabak masih terkawal dan semakin reda.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

9,103

Disahkan

8,809

Sembuh

125

Kes Kematian
Peta sebaran

Sehingga kini masih tiada lagi bukti nyata melalui kajian ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin atau ubat bagi mencegah dan merawat jangkitan virus korona baharu (COVID-19).

Namun begitu, vaksin yang dicipta oleh saintis dari Universiti Oxford sudah mula dihasilkan oleh kumpulan kajian dan bioteknologi di seluruh dunia.

Apa yang lebih menimbulkan persoalan adalah vaksin tersebut belum lagi diuji. 

Fasa pertama ujian klinikal melibatkan manusia akan bermula apabila mereka selesai merekrut subjek.

Ambil risiko hasilkan vaksin coronavirus pada skala besar

Produk eksperimental Universiti Oxford yang diberi nama “ChAdOx1 nCoV-19” masih lagi dalam proses pemantauan.

Ia merupakan salah 1 daripada lebih 70 produk yang berpotensi untuk cegah dan merawat COVID-19.

Menurut saintis dari Universiti Oxford, tiba bulan September, lebih daripada 1 juta vaksin COVID-19 akan siap.

Sebahagian akan digunakan dalam ujian klinikal dan selebihnya akan disimpan.

Perkara ini merupakan 1 bentuk pelaburan berisiko memandangkan nilai produk tersebut akan bergantung kepada dapatan ujian klinikal yang bakal dijalankan.

Ia bukanlah 1 model perniagaan yang biasa kita lihat namun kita semakin hari semakin terdesak untuk berbuat sesuatu.

Apabila jumlah jangkitan meningkat, angka kematian akan turut meningkat sama.

Baca juga:

Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19

Penghasilan vaksin tersebut akan dibantu oleh pengilang dari 7 tempat berbeza di seluruh dunia.

Kos penghasilan mencecah lebih 10 juta pound (lebih daripada RM50 juta).

Pembaca boleh bayangkan tak apa akan jadi kepada produk tersebut jika ujian klinikal menunjukkan ia tidak berkesan?

Pihak terlibat akan mengalami kerugian besar.

Walau bagaimanapun, risiko yang diambil bukanlah tidak mempunyai asas keyakinan bahawa vaksin tersebut akan berkesan.

Mereka yang terlibat dengan kajian tersebut termasuk Sarah Gilbert, seorang Profesor Vaksinologi di universiti tersebut yakin vaksin itu berkesan untuk cegah COVID-19.

Bila kita boleh tahu sekiranya vaksin tersebut berkesan?

Apabila kita “bermain” dengan vaksin baharu, masa yang diambil untuk menentukan keberkesanan dan profil keselamatan agak lama.

Pelbagai aspek perlu dilihat dan kesan sampingan yang dilaporkan perlu ditimbang tara dengan risiko komplikasi jangkitan COVID-19.

Menurut saintis yang terlibat dengan ujian klinikal vaksin coronavirus Universiti Oxford, kesan positif boleh diketahui beberapa bulan selepas kajian bermula.

Antara halangan bagi kajian ini adalah kejayaan arahan lockdown.

Memang kawalan pergerakan merupakan langkah efektif bagi membendung COVID-19. 

vaksin coronavirus

Anda mungkin berminat:

Namun, dari perspektif penggunaan vaksin, sukar untuk kita tentukan seseorang itu tidak dijangkiti sebab vaksin atau sebab mereka patuh kawalan pergerakan.

Kerajaan United Kingdom telah menubuhkan pasukan khas yang ditugaskan untuk menyokong perkembangan pembuatan vaksin.

Penghasilan vaksin eksperimental pada kuantiti yang banyak tanpa sebarang bukti akan keberkesanannya jelas menunjukkan manusia kian terdesak.

Kajian tersebut akan melibatkan orang dewasa di antara usia 18 hingga 55 tahun untuk masa beberapa minggu.

Fasa ujian akan melibatkan golongan tua dan pada fasa terakhir, seramai 5,000 subjek manusia akan terlibat.

Apabila ia berkaitan dengan vaksin virus korona, tiada jaminan setakat ini

Pernahkah anda terfikir bagaimana sekiranya vaksin yang sedang diuji tidak berkesan untuk cegah virus korona baharu?

Adakah COVID-19 akan menjadi norma baharu kepada masyarakat dunia memandangkan tiada rawatan yang disahkan berkesan untuk merawatnya?

Menurut Sarah Gilbert, terdapat pelbagai jenis vaksin yang kini sedang diuji di seluruh dunia namun hanya sebahagian daripada jumlah tersebut yang berpotensi untuk berjaya.

Sebelum bermulanya ujian vaksin, keyakinan terhadap keberkesanannya lebih bersifat teoritikal.

Bergantung kepada fasa ujian subjek manusia, beberapa maklumat berkaitan dengan fungsi dan keberkesanan vaksin perlu dikenal pasti.

Jika ia berkesan dan hanya menyebabkan kesan sampingan ringan pada sebahagian pesakit, ia dianggap berjaya.

vaksin coronavirus

Kalau sebaliknya, tumpuan kita akan beralih kepada ujian klinikal vaksin lain dan mengharapkan dapatannya lebih positif.

Tiada yang pasti apabila ia berkaitan dengan keberkesanan vaksin yang bakal diuji.

Oleh sebab itulah, ujian klinikal bagi produk tersebut dibuat secara berperingkat.

Penghasilan vaksin eksperimental dalam skala yang besar dilihat sebagai satu tindakan berisiko oleh syarikat terlibat.

Bayangkan jika ujian klinikal vaksin coronavirus tersebut menunjukkan ia tidak berkesan. Satu pembaziran telah berlaku.

Walau bagaimanapun, jika ia efektif, vaksin dapat dibekalkan kepada orang awam dalam kadar yang segera.

Konklusi

covid

Kita hanya boleh berharap. Masih tiada lagi berita baik berkenaan dengan keberkesanan vaksin setakat ini.

Oleh itu, penting untuk kita semua amalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan virus korona baharu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Benarkah topeng muka kain tidak efektif dan boleh mengakibatkan kes positif COVID-19 meningkat semula? Ini yang anda perlu tahu kalau tak nak PKP berulang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Penggunaan sanitizer boleh menggantikan air dan sabun bagi membasmi virus korona baharu. Namun, adakah produk baharu yang dikeluarkan selamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 06/07/2020 . 3 minit bacaan

Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

Pemindahan organ paru paru yang pertama telah dijalankan di Amerika Syarikat sebagai salah satu cara untuk pulihkan pesakit COVID-19.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Pengumuman kerajaan membenarkan pusat akuatik beroperasi pada tempoh PKPP pasti menggembirakan peminat sukan renang. Tapi, patuhi SOP untuk elak COVID-19.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penghantaran makanan

Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
virus korona baharu adalah

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
kena buang kerja

Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Kesihatan rakyat Malaysia

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan