Suami Isteri Bersenggama Manfaatkan PKP, Tapi Bolehkah Hubungan Intim Sebarkan COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, dunia kini sedang berhadapan dengan pandemik wabak COVID-19 yang sangat teruk dan negara kita juga tidak terkecuali. Berikut merupakan statistik terkini mengenai penularan virus korona baharu di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,877

Disahkan

6,470

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Berbagai-bagai mitos mengenai wabak COVID-19 ini telah tersebar di media sosial dan media masa. Ada yang mengatakan ia boleh dibunuh dengan air panas, alkohol dan macam-macam jenis makanan.

Artikel berkaitan:

5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Yang Masih Dipercayai Ramai, Tolong Berhenti!

Selain itu, timbul juga banyak cerita mengenai cara ia tersebar. Meskipun sudah jelas ia boleh berpindah dari manusia ke manusia melalui udara, titisan dan sentuhan, namun terdapat pelbagai lagi anggapan lain.

Terbaharu, telah timbul cakap-cakap yang mengatakan hubungan seks boleh menyebarkan jangkitan virus korona baharu ini antara individu. Adakah ia benar? Mari kita sama-sama bongkarkan jawapannya!

Wad bersalin penuh 9 bulan selepas tempoh kuarantin COVID-19?

pemeriksaan-pranatal-ketika-covid-19-teruskan-atau-tunda

Disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memasuki gelombang kedua, Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendungnya dari terus berleluasa.

Ekoran itu, orang awam diminta untuk kekal berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan yang penting sahaja. Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian serta ubatan.

Ramai yang berjenaka dengan mengatakan 9 bulan selepas tempoh PKP ini, wad bersalin akan penuh kerana suami isteri yang berkuarantin di rumah kerap melakukan hubungan intim untuk mengisi waktu lapang mereka.

Baca juga:

Kenyataan ini mungkin ada benarnya jika difikirkan secara logik akal. Pun begitu, ada anggapan yang mengatakan hubungan seks mungkin boleh sebarkan wabak COVID-19 tanpa kita sedari.

Adakah benar hubungan seks sebar virus korona baharu antara individu?

Bagaimana hubungan seks sebar virus korona baharu?

lanjutan

Persoalan ini sangat mengganggu fikiran setiap suami isteri di luar sana. Adakah hubungan seks boleh menyebarkan virus ini? Bagaimana dengan seks oral? Atau sekadar foreplay?

Menurut Kristin Englund, Pakar Penyakit Berjangkit di Cleveland Clinic, sehingga kini penyelidik masih mencari jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan ini.

Jadi, beliau tidak dapat memberi kata putus sama ada cecair yang dikeluarkan dari alat kemaluan seperti air mazi atau mani boleh menyebarkan virus korona baharu ini atau tidak.

Namun, boleh dikatakan hubungan kelamin sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19. Ini kerana seks itu sendiri adalah satu perbuatan yang memerlukan sentuhan atau kontak rapat antara individu.

Aktiviti seperti bercium mulut sudah tentu akan memindahkan air liur antara individu. Maka tidak hairanlah jika hubungan seks juga boleh menyebarkan virus korona baharu ini sesama manusia.

Jadi, adalah sangat penting untuk kalian benar-benar mengenali pasangan anda meskipun sudah berkahwin bertahun lamanya. Pastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko jangkitan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bersenggama.

Suami isteri perlu pastikan pasangan bebas COVID-19

gelombang kedua covid

Hakikatnya, hubungan intim sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan virus korona baharu ini jika pasangan sudah terjangkiti. Namun, janganlah ini dijadikan alasan anda untuk tidak lagi bersama pasangan pula ya?

Kalian masih lagi boleh menjalinkan hubungan intim asalkan pasangan anda:

  • Tidak menunjukkan sebarang simptom/gejala
  • Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah
  • Mengamalkan jarak sosial 1 meter ketika berada di luar rumah
  • Mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan menggunakan air, sabun dan hand sanitizer
  • Telah mengunjungi klinik/hospital dan terbukti negatif COVID-19

Berikut adalah simptom & komplikasi virus COVID-19 yang kalian wajib tahu:

covid

Jika anda dan pasangan melepasi setiap senarai semak di atas ini, maka kalian berdua tidak perlu lagi risau untuk melakukan hubungan seks!

Seks tiada masalah jika anda setia kepada pasangan

kesilapan seks lelaki

Kita sudah tahu hubungan seks berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19 ini. Namun, jika anda betul-betul mengenali pasangan anda, mungkin tiada masalah untuk terus melakukannya.

Jadi, setialah kepada pasangan anda. Ketahuilah bahawa seks bebas dengan banyak pasangan mungkin meninggikan risiko penularan wabak kerana anda mungkin tidak mengenali individu lain dengan sedalamnya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ini dari terus berleluasa.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Kes baharu COVID-19 di New Zealand sudahpun mencecah angka sifar. Beberapa negara di Asia juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    tempat kerja

    Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    sakit kerongkong

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020