3 Subjenis COVID-19 Berlainan Dijumpai Di Seluruh Dunia! Adakah Virus Ini Sedang Bermutasi Dengan Cepat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Logik tak kalau kita beranggapan bahawa virus korona baharu (COVID-19) sedang mengalami proses mutasi?

Ia merupakan satu andaian yang lazim. Pelbagai jenis abjad yang digunakan bagi mendefinisikan strain virus baharu seperti jenis L dan S, yang terbaru, jenis A,B dan C.

Setakat ini tiada sistem pengelasan yang khusus bagi COVID-19. 

Namun, jika dilihat pada virus pernafasan yang lain seperti virus influenza, sistem pengelasan yang mudah boleh memberikan impak kepada tahap kesihatan individu.

Jumlah mereka yang dijangkiti di seluruh dunia telah pun melebihi angka 2 juta. Di Malaysia, statistik jangkitan COVID-19 adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,247

Disahkan

6,559

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran
 

Artikel ini akan membincangkan perihal sub-jenis virus korona baharu berdasarkan kepada dapatan kajian terkini.

Teruskan pembacaan anda.

Andaian yang pernah ditolak, bukti proses mutasi COVID-19 tidak kukuh

mutasi

Pada awal bulan Mac, satu kajian berkenaan dengan proses mutasi virus korona baharu telah diterbitkan dalam laman jurnal National Science Review.

Dapatan kajian menunjukkan COVID-19 telah bermutasi dan populasinya terbahagi kepada 2; 1 virus yang lemah dan 1 sangat agresif.

Saintis yang mengumpul data daripada 103 pesakit yang disahkan positif COVID-19 telah menggunakan teknologi analisis genom.

Hasil daripada kajian itu menunjukkan virus korona baharu boleh dikategorikan kepada dua strain iaitu jenis L dan jenis S.

COVID-19 jenis L dikatakan mempunyai karakter yang lebih agresif berbanding dengan jenis S.

Namun, oleh sebab China telah menjalankan perintah kawalan pergerakan, jumlah kes yang didiagnosis dengan virus strain ini semakin berkurangan.

Baca juga:

Tangguh @ Tamat – Perintah Kawalan Pergerakan Bakal Berlangsung 18 Bulan?

Ini bermakna pada ketika ini, kes baharu kebanyakannya diterajui oleh COVID-19 jenis S.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar tidak bersetuju dan tidak menyokong kesimpulan yang dibuat oleh kajian tersebut.

Ini berikutan ia lebih kepada spekulasi dan kadar mutasi yang dianalisis hanya melibatkan segmen kecil pada susunan maklumat genetik virus tersebut.

Jika perubahan pada gen hanya sedikit, agak mustahil untuk COVID-19 jenis L dan S mempunyai ciri-ciri yang jauh beza.

Tambahan pula, kajian tersebut hanya melibatkan 103 individu dari satu lokaliti.

Bukan mudah untuk kita kaji berkenaan dengan proses mutasi virus. Ia boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Kumpulan pengkaji itu sendiri memperakui bahawa data yang mereka kumpul terhad dan perlu dikaji dalam sampel yang lebih besar.

Mutasi COVID-19 kepada subjenis A, B dan C

Apabila jumlah peningkatan kes positif bagaikan tidak berkesudahan, kajian virus perlu ditekankan terutamanya pada aspek rawatan dan maklumat genetik bagi memahami corak jangkitan yang berlaku.

Pengkaji dari United Kingdom (UK) dan Jerman telah membuat ilustrasi berkenaan dengan corak evolusi COVID-19 yang menjangkiti manusia.

Ini berdasarkan 160 maklumat genom virus yang dikutip di seluruh dunia.

Oleh sebab proses mutasi COVID-19 berlaku pada kadar yang cepat, bagi melihat semua cabangan mutasi yang berlaku, saintis menggunakan satu algoritma matematik khusus.

Berdasarkan kepada algoritma tersebut, virus korona baharu boleh dibahagikan kepada 3 subjenis; A, B dan C.

mutasi

Menurut Dr Peter Forster, peneraju kepada kajian tersebut, subjenis A merupakan maklumat genetik virus yang asal. 

Ia boleh ditemui di Wuhan namun apa yang peliknya, jenis A bukanlah COVID-19 yang mendominasi pesakit di kota tersebut.

Majoriti mereka yang dijangkiti di kota Wuhan mempunyai COVID-19 jenis B.

Ia merupakan subjenis yang boleh ditemui di seluruh negara di Asia Timur.

Jenis C pula merupakan mutasi COVID-19 yang menjangkiti pesakit Eropah seperti Perancis, Itali dan Sweden. 

COVID-19 jenis C tidak terdapat di China namun pernah dikesan di Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. 

Analisis yang pernah dibuat di Itali menunjukkan ia berasal dari kluster di Singapura.

Oleh sebab model ini berupaya untuk menunjukkan corak jangkitan dan jenis virus dengan tepat, pengkaji menyarankan kaedah ini diguna pakai untuk meramal lokasi hotspot jangkitan kelak.

Potensi kajian genetik mutasi virus untuk basmi virus korona baharu

coronavirus

Ramai yang bersetuju, jumlah jangkitan dunia yang telah direkodkan pada angka lebih daripada 2 juta itu hanyalah sebahagian daripada mereka yang benar-benar positif.

Ini berikutan jumlah tersebut diambil daripada kes yang didiagnosiskan secara rasmi oleh badan kesihatan di sesebuah negara.

Memang tidak hairanlah jika jangkitan tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah kes yang direkodkan.

Disebabkan itu, kerajaan menggalakkan mereka yang berisiko untuk hadir menjalani ujian saringan.

Artikel berkaitan:

Menurut Dr Forster, kajian genetik berkenaan dengan asal-usul virus korona boleh membantu pihak berkuasa untuk mengenal pasti kes yang tidak didokumentasikan.

Langkah tersebut penting memandangkan kuarantin dan isolasi kes positif dapat membantu menghindarkan wabak daripada terus agresif.

Setakat ini setiap subjenis virus masih mengalami proses mutasi. 

COVID-19 jenis B yang hanya terhad kepada orang Asia Timur boleh mengalami mutasi di masa akan datang dan menjangkiti mereka yang berasal dari Eropah.

Masih banyak lagi yang kita tidak tahu berkenaan dengan COVID-19. 

Namun, kajian yang bakal dijalankan akan membantu sedikit sebanyak untuk kita lebih memahami dan mencegah penularan COVID-19.

 

Konklusi

Kajian terbaru telah menunjukkan 3 subjenis berbeza bagi virus korona baharu. 

Analisis yang dibuat melalui algoritma matematik dapat membantu saintis untuk lebih memahami dan meramal kawasan hotspot yang seharusnya diberikan perhatian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Artikel lain untuk anda

tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
sakit kerongkong

Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/06/2020
kes terkini

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020