Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/05/2020
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Mungkin anda agak familiar dengan simptom wabak virus korona baharu (COVID-19); batuk, demam, selesema dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita masih tidak tahu banyak perkara berkaitan dengan virus korona baharu.

Jumlah individu di seluruh dunia yang telah dijangkiti oleh virus ini sudah melebihi 4 juta.

Di Malaysia sahaja, catatan jumlah kes positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,857

Disahkan

6,404

Sembuh

115

Kes Kematian

Apa yang anda perlu tahu adalah walaupun terdapat faktor yang meningkatkan tahap kebolehjangkitan virus, ia tidak memilih individu untuk dijangkiti.

Malah, di seluruh dunia, ramai kakitangan kesihatan telah disahkan positif dan mati berikutan COVID-19.

Terbaru, dua orang doktor di China telah mengalami komplikasi teruk menyebabkan kulit mereka menjadi gelap.

Pun begitu, adakah perkara tersebut memang berkait dengan virus korona baharu atau terdapat faktor lain yang menyebabkan perkara itu berlaku?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kulit jadi gelap sebab masalah pada organ hati

Organ hati merupakan organ kedua terbesar di dalam badan manusia selepas kulit. Ia memainkan peranan penting dalam proses metabolisme badan.

Kerosakan pada organ tersebut sering dikaitkan dengan masalah perubahan pada warna kulit.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu adalah simptom kulit jadi gelap tidak hanya berlaku pada mereka yang mengalami kerosakan hati.

Banyak lagi keadaan kesihatan lain yang turut menunjukkan simptom yang lebih kurang sama seperti kehamilan, penyakit sistem endokrin badan dan kesan sampingan ubat.

Anda mungkin berminat:

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Meskipun begitu, fenomena kulit jadi gelap yang berlaku kepada kedua-dua doktor yang dijangkiti virus COVID-19 tersebut telah dikaitkan dengan masalah hati.

Perkara itu telah dibuktikan melalui keputusan ujian makmal yang menunjukkan parameter fungsi hati tidak normal.

Kedua-dua pesakit, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kini sedang dirawat di sebuah hospital di Wuhan.

Keadaan serius sehingga perlukan bantuan ECMO

Kedua-dua orang doktor ini telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Januari.

Mereka merupakan rakan sekerja kepada Dr Li Wenliang, doktor perubatan yang telah dihukum kerana membongkarkan rahsia berkaitan dengan virus COVID-19.

Malangnya, Dr Li telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 Februari setelah bertarung dengan komplikasi teruk jangkitan pandemik tersebut.

Dr Hu dan Dr Yi telah disambung kepada mesin bantuan yang dikenali sebagai ECMO bagi meningkatkan peluang mereka untuk hidup.

Mesin tersebut mempunyai fungsi yang sama dengan mesin pintasan jantung-peparu yang sering digunakan dalam pembedahan jantung.

Fungsinya adalah untuk merehatkan jantung dan peparu serta memastikan bekalan oksigen dibekalkan kepada darah melalui mesin di luar badan.

Berbanding dengan Dr Hu, Dr Yi mengalami komplikasi yang lebih ringan.

Kesan psikologi kepada Dr Yi selain alami masalah kulit jadi gelap

kulit jadi gelap

Sedar daripada tidur yang agak lama, Dr Yi, seorang pakar jantung, tidak menyangka akan mengalami jangkitan virus yang mampu mempengaruhi daya tahan badannya.

Beliau masih boleh bergerak walaupun sukar. Jangkitan tersebut telah memberikan impak negatif kepada tahap kesihatan mentalnya.

Setelah diterangkan mengenai keadaan kesihatan beliau, Dr Yi berasa takut dan sering mendapat mimpi buruk semasa tidur.

Bukan kerana kulitnya menjadi gelap, tetapi hakikat di sebalik teruknya kesan yang dialami oleh pesakit yang tidak bernasib baik seperti dirinya.

Kini, beliau masih lagi bergelut untuk mengatasi halangan psikologi setelah dijangkiti COVID-19.

Doktor yang bekerja di hospital tersebut telah mengaturkan sesi kaunseling bagi memastikan kesihatan mental beliau berada pada tahap yang optimum.

Kini Dr Yi sedang dirawat di wad jagaan biasa. Dr Li Shusheng yang merawatnya menjangkakan, kulit beliau akan kembali ke warna asal setelah fungsi hatinya kembali normal.

Keadaan Dr Hu masih serius, tapi keadaan kulit beliau juga akan beransur pulih 

kulit jadi gelap

Seperti Dr Yi, Dr Hu juga telah disambungkan ke mesin ECMO pada 7 Februari 2020.

Beliau hanya berupaya untuk bercakap pada 11 April 2020 setelah sedar daripada tidur yang lama.

Dr Hu merupakan seorang pakar urologi yang masih bergelut dengan jangkitan COVID-19.

Beliau terlantar di atas katil untuk satu tempoh yang agak lama dan kini badannya masih lemah.

Dr Hu masih lagi dirawat di Pusat Jagaan Intensif (ICU) Hospital Wuhan.

Walaupun keadaan beliau semakin pulih, Dr Li Shusheng risau akan kesihatan mental beliau.

Baca juga:

Ujarnya, Dr Hu tidak berhenti bercakap dengan mana-mana kakitangan kesihatan yang merawatnya.

Seperti Dr Yi, Dr Li juga beranggapan bahawa warna kulit Dr Hu akan beransur pulih setelah fungsi organ hatinya semakin baik.

Perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah kesan psikologi setelah pesakit sembuh daripada COVID-19.

Mungkin ia merupakan satu berita baik, namun, kita tidak tahu apa yang mereka lalui.

Akibatnya, mereka berisiko untuk mengalami tekanan jiwa yang boleh memudaratkan lagi tahap kesihatan mereka secara umum.

Konklusi

covid

Kedua-dua doktor yang mengalami masalah kulit jadi gelap berikutan jangkitan virus korona baharu sedang beransur-ansur sembuh.

Ia merupakan komplikasi daripada masalah kerosakan hati yang boleh berlaku dalam jangkitan virus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Rujukan
  1. Wuhan doctors who were critically ill with coronavirus wake up to find that their skin has turned dark after a virus damaged their liver. (https://www.dailymail.co.uk/news/article-8237475/Chinese-doctors-critically-ill-COVID-19-wake-darkened-skin.html). Diakses pada 8 Mei 2020.
  2. Wuhan doctors wake from fighting a virus to find skin has changed colour. (https://metro.co.uk/2020/04/21/wuhan-doctors-wake-fighting-virus-find-skin-changed-colour-12586039/). DIakses pada 8 Mei 2020.
  3. Study of cutaneous manifestations in chronic liver disorders. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5531134/). Diakses pada 8 Mei 2020.  

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

Risau dan malu kerana jeragat semakin menyerlah di wajah anda? Tungu apa lagi, beli 5 produk hilangkan jeragat ini untuk hilangkan punca jeragat anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020