Pusat Asuhan & Nurseri Tutup, Ke Mana Anak Petugas COVID-19 Harus Dihantar?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2020
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Biasanya perihal penjagaan anak akan diserahkan ke pusat asuhan ketika ibu bapa bertugas. Tetapi bagaimana dengan anak petugas COVID-19 sepanjang tempoh lockdown ini?

Kerajaan umum perintah kawalan pergerakan

Kesan daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat, dengan peningkatan mendadak jumlah kes pada gelombang kedua, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bermula 18 hingga 31 Mac 2020, sebagai 1 strategi untuk mengawal penularan jangkitan ini, setiap individu disarankan untuk membataskan pergerakan keluar rumah yang juga melibatkan sekatan aktiviti harian di luar rumah.

Dalam masa yang sama, setiap individu dinasihatkan untuk mengamalkan jarak sosial (social distancing) sebagai langkah baik mengelakkan jangkitan coronavirus ini. Semakin jauh jarak anda dengan individu lain, risiko untuk dijangkiti akan semakin menurun.

anak-petugas-covid-19

Tekanan kepada petugas kesihatan

Bagi yang tidak bertugas dalam sektor perubatan dan kesihatan, sudah tentu perintah kawalan pergerakan (movement control order) atau turut dikenali sebagai separa lockdown ini, tidaklah begitu memberikan kesan kepada kita.

Pusat asuhan atau nurseri tutup? Tidak mengapa, kita boleh bekerja dari rumah (work from home). Soal penjagaan anak? Sambil melakukan tugasan kerja, dalam masa yang sama kita boleh menjaga anak, bukan? Tiada masalah!

Tetapi bagaimana pula dengan anak petugas COVID-19? Ke mana mereka harus pergi? Siapa yang boleh menjaga anak kakitangan perubatan apabila ibu bapa mereka tetap perlu masuk bekerja?

Pastinya keadaan seperti ini menambahkan lagi tekanan buat petugas COVID-19, terutamanya mereka yang ditugaskan sebagai barisan hadapan (frontliner) menguruskan pesakit COVID-19.

Dalam sibuk menguruskan pesakit dengan jangkitan coronavirus ini, tentu sekali ia memberikan impak kepada tahap kesihatan mental para petugas, sama ada doktor mahupun staf kesihatan yang lain apabila perlu memikirkan perihal penjagaan anak.

Kita mungkin tidak boleh benar-benar memahami apa yang terbuku di hati para petugas kesihatan ini, tetapi percayalah pasti mereka bimbang memikirkan tentang anak dan juga keadaan diri sendiri setiap kali masuk bertugas.

Setiap hari pastinya persoalan yang sama akan bermain di minda para petugas COVID-19 ini. Mampukah diri terus bertahan dan dijauhi daripada jangkitan virus korona ini? Adakah diri benar-benar bersih setiap kali mandi selepas mengendalikan kes berkaitan COVID-19?

Sejujurnya, hanya doa yang mampu rakyat Malaysia berikan kepada para petugas barisan hadapan COVID-19. Semoga mereka sentiasa selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Terima kasih atas pengorbanan anda.

anak-petugas-covid-19

Nasib anak petugas COVID-19 

Hmmm…kembali kepada persoalan penjagaan anak ini, apakah solusinya? 

Jika hanya ibu atau bapa yang terlibat dengan pengendalian COVID-19 ini, bebanan dan tekanan mungkin tidaklah begitu dirasai. Namun jika sebaliknya? Maka tekanan makin bertambah. 

Andai anak tersebut sudah besar atau sekurang-kurangnya tahu menjaga diri dan boleh membuat keputusan, ia tidaklah begitu memberikan tekanan. Tetapi kalau anak tersebut masih kecil, bagaimana?

Apakah nasib anak petugas COVID-19? Sudahlah ibu bapa mereka (jika kedua-duanya terlibat dengan urusan COVID-19) harus bertugas mengendalikan pesakit coronavirus, pusat jagaan pula ditutup.

Ingin mengharapkan ihsan daripada datuk dan nenek di kampung, Perintah Kawalan Pergerakan sudah diumumkan, maka pergerakan harus dibataskan. Oh…makin gusar hati ibu dan ayah yang sedang bertugas. 

Prihatin dengan nasib anak petugas COVID-19

Sememangnya, kita tidak dapat menafikan, rakyat Malaysia kaya dengan rasa prihatin dan keinginan untuk saling membantu.

Ini dapat dilihat apabila ada sesetengah individu awam yang tampil menawarkan bantuan untuk menjaga anak-anak petugas ini. Syukur. 

Malahan Kerajaan Terengganu juga turut menyediakan sukarelawan untuk membantu menjaga anak petugas COVID-19 serta kakitangan barisan hadapan yang terlibat di negeri itu. 

“Langkah itu bagi membantu meringankan bebanan yang perlu ditanggung mereka, termasuk doktor, jururawat dan wira Covid-19 yang terpaksa meninggalkan keluarga dan anak kecil,” – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

penjagaan anak

Harus ada perancangan

Pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah sesuatu yang bagus dalam membendung penularan wabak coronavirus ini. Namun dalam masa yang sama, seharusnya ada perancangan terperinci perlu difikirkan.

Ia bukan sekadar melihat aspek keselamatan individu awam sahaja, tetapi harus dalam masa yang sama memikirkan bebanan yang mungkin dihadapi petugas barisan hadapan. 

Paling tidak, sekurang-kurangnya memikirkan tentang kebajikan keluarga dan keperluan petugas kakitangan perubatan terlibat.

Mengharapkan pengakhiran yang baik

Bilangan kes semakin hari semakin meningkat. Malah lebih membimbangkan apabila jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia sendiri sudah mencatatkan 2 kematian.

Pada akhirnya, ia adalah bergantung kepada kesedaran diri individu. Jika anda prihatin dengan wabak yang semakin menular ini, maka patuhi perintah yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia.

Bukan 2 tahun, malah tidak sampai pun 2 bulan, hanya 2 minggu sahaja! Berikanlah kerjasama dengan sebaiknya.

Hadkan pergerakan keluar anda, tidak perlu keluar jika tiada perkara mustahak dan pastikan anda berada pada jarak sosial yang disarankan. Bersamalah kita membantu membendung wabak ini daripada terus merebak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

    Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda tahun 2020? Ini panduan untuk anda beraya dalam tempoh PKPB ini. Sila patuhi ye.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Bolehkah saya menghadiri sembahyang raya di masjid sempena Aidilfitiri pada tahun ini? Bagaimana prosedur untuk lakukan solat sunat hari raya tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 20/05/2020