COVID-19

AYUH BERSATU MENENTANG VIRUS COVID-19!
PANDUAN MENGHADAPI PANDEMIK

Anda tidak keseorangan menentang wabak COVID-19 ini. Ayuh sama-sama kita ambil tahu tentang virus ini agar kita boleh menang melawannya! #MalaysiaBoleh

#HapuskanMitos
Virus Boleh Merebak Dari Barang Import Order Online?

Tular khabar angin risiko dijangkiti COVID-19 melalui barangan yang ditempah online dari China. COVID ada sifat lebih kurang sama dengan virus korona yang pernah menyebabkan SARS. Jadi, berapa lama tempoh jangka hayat virus di luar badan? Read more…

Minum Dan Sapu Alkohol Atau Klorin Boleh Membunuh Virus COVID-19?

Walaupun alkohol dapat membunuh bakteria dan virus pada kepekatan tertentu, namun minuman alkohol tidak boleh membasmi jangkitan. Pengarah Kawalan dan Penghindaran Penyakit di Pusat Kesihatan San Francisco mengesahkan minuman beralkohol tak boleh menyembuh atau menyebabkan jangkitan. Tapi bagaimana pula dengan hand sanitizer yang mengandungi 60% alkohol? Read more…

Health Tag Disangkut Di Leher Boleh Lindungi Diri Dari COVID-19?

Penjualan health tag bukan hanya berlaku di Malaysia, tapi juga di negara lain seperti Hong Kong. Di sana, health tag dijual secara bebas walaupun penjualannya dilarang di kebanyakan negara-negara Asia. Pusat Racun Negara menjelaskan dakwaan keberkesanan health tag dapat melindungi diri dari COVID-19. Kajian mendapati, kad tersebut TIDAK BERKESAN membasmi atau membunuh bakteria dan juga virus seperti yang didakwa! Read more…

Daging Ular Dan Haiwan Liar Punca Virus Korona Tersebar?

Penyelidik tak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar kewujudan virus COVID-19. Tapi, Para saintis dari Peking University, China menemui kebarangkalian punca kewujudan virus ini kerana ular yang dijual di pasar Wuhan? Walau bagaimanapun, kajian masih tak dapat mencari jawapan jelas bagaimana virus tersebut boleh menyesuaikan diri dalam dua jenis keadaan hos yang berbeza iaitu haiwan berdarah sejuk dan juga manusia yang berdarah panas. Read more…

Berkesankah Air Purifier Dalam Mencegah Coronavirus?

Walaupun penapis HEPA dikatakan dapat memerangkap zarah bersaiz 0.1 mikron, malangnya fungsi HEPA di dalam alat pembersih udara tidak dapat membunuh virus. Malahan, keberkesanan penapis HEPA juga akan menurun dari masa ke masa disebabkan pengumpulan zarah di dalamnya. Sekiranya anda mahu alat pembersih udara anda berfungsi dengan sebaiknya dalam membantu mencegah jangkitan coronavirus, alat penapis HEPA anda perlu digabungkan dengan beberapa ciri lain. Read more…

Risau Dijangkiti COVID-19 Kalau Makan Ayam, Lembu?

Walaupun manusia terdedah pada jangkitan virus COVID-19, namun berita baiknya haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing tidak berdepan risiko untuk dijangkiti wabak ini. Menurut Pengarah Pusat Keselamatan Makanan dan Kesihatan Awam di Iowa State University, Jim Roth, coronavirus seperti sejenis virus yang gemar berpindah daripada spesies haiwan kepada manusia. Ia bermutasi menjadi virus yang menjangkiti kebanyakan manusia. Read more…

Sila tunggu sebentar...
Lagi
Lagi
FAQ
Ini beberapa soalan lazim tentang virus COVID-19 dan jawapannya yang disahkan oleh WHO, CDC dan KKM
  1. Apa itu virus COVID-19?
    Perkataan COVID-19 merupakan gabungan perkataan Corona, Virus dan Disease. Ia membawa maksud penyakit dari virus korona. Perkataan tersebut juga diikuti dengan tahun ia mula dikesan iaitu 2019. Virus korona ataupun coronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan beberapa penyakit berjangkit yang melibatkan saluran pernafasan seperti Middle East Respiratory Syndrome ( MERS-CoV), Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS-CoV), hingga yang terbaru, Covid-19.
  2. Apakah simptom virus Corona atau COVID-19?
    Virus COVID-19 adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang dijangkiti virus ini lazimnya menunjukkan simptom demam, selesema, batuk, sakit tekak, dan sesak nafas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti wabak. Antaranya seperti kelesuan, sakit sendi/tulang, sakit tekak, sakit kepala, kesejukan, muntah, loya dan cirit-birit. Namun, perlu diingatkan juga, bukan semua individu berjangkit menunjukkan simptom.
  3. Bagaimana virus COVID-19 tersebar?
    Virus korona baharu berupaya tersebar melalui titisan udara. Kebanyakan kajian menunjukkan virus COVID-19 berupaya tersebar dari satu individu ke individu lain dalam lingkungan jarak 2 meter. Ia berlaku kerana bersin atau batuk. Virus ini boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh lama. Individu yang ada kontak dengan permukaan berisiko, boleh alami jangkitan jika menyentuh muka selepas itu. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ini bukan satu penyebaran utama. COVID-19 boleh disebarkan oleh individu berjangkit walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Menurut CDC, virus korona baharu boleh tersebar dengan mudah dalam satu komuniti.
  4. Adakah virus boleh tersebar melalui barang online dari China?
    Kebanyakan negara mengimplementasikan prosedur pembasmian kuman sebelum barangan mereka dieksport keluar. Namun, jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan sekalipun, risiko untuk mendapat jangkitan sangat rendah. Kaedah penyebaran virus utama adalah melalui titisan udara. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 mampu tersebar melalui barang yang ditempah online.
  5. Adakah topeng muka mampu menghindar jangkitan COVID-19?
    Secara umumnya, ia bergantung pada situasi. Jika anda sihat, maka perlindungan yang diberikan oleh topeng muka tersebut hanyalah pada kadar sederhana. WHO menggalakkan penggunaan topeng muka pada mereka yang sakit dan individu yang menjaga pesakit (frontliner). Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, penggunaan topeng muka cumalah satu langkah pembaziran. Cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 adalah dengan mencuci tangan secara kerap.
  6. Adakah anda berisiko mendapat jangkitan COVID-19?
    Risiko mendapat jangkitan COVID-19 bergantung pada beberapa faktor seperti usia, penyakit kronik, imuniti badan dan faktor lokasi. Antara individu yang berisiko adalah golongan tua, lelaki, individu yang mempunyai penyakit kronik (penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung) dan individu yang merokok
  7. Boleh dapat jangkitan COVID-19 ke jika makan di tempat awam yang terbuka?
    Masih tiada bukti mengatakan COVID-19 boleh merebak melalui makanan. Pun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Makanan perlu dimasak pada suhu yang sesuai serta langkah keselamatan dan kebersihan seperti mencuci tangan dengan air dan sabun perlu dititikberat. Selain itu, pastikan juga pinggan, mangkuk, cawan atau permukaan tempat makan bersih. Sebaiknya, sila elakkan tempat awam yang terbuka serta ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan virus korona baharu ini.
  8. Apakah cara menghindari jangkitan virus COVID-19?
    WHO dan KKM menyarankan setiap individu mencuci tangan secara kerap, sekurang-kurangnya selama 20 saat. Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Selain itu amalan jarak sosial juga boleh memberikan perlindungan kepada anda. Topeng muka hanya boleh dipakai sekiranya anda menjaga pesakit COVID-19. Jika tidak, elakkan daripada memakainya.
  9. Adakah setiap orang yang ada kontak rapat dengan individu positif COVID-19 akan terjangkit?
    Ya, setiap orang yang ada kontak rapat dengan individu positif virus berisiko tinggi dijangkiti. Tapi, risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mencuci tangan dengan air dan sabun. Selain itu, elakkan juga dari menyentuh bahagian muka terutamanya mata, hidung dan mulut. Jadi, sila kekalkan jarak sosial anda dengan orang lain sama ada yang menunjukkan simptom atau tidak sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) sebagai langkah berjaga-jaga.
  10. Adakah virus COVID-19 membawa maut?
    Tidak semestinya. Kebanyakan kes COVID-19 boleh dirawat jika indivitu itu mendapatkan rawatan di hospital dengan kadar segera. Pun begitu, ia lebih berisiko tinggi kepada individu yang berusia serta mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan paru-paru. Namun, ini tidak bermakna individu yang muda dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan terselamat dari penyakit ini. Justeru itu, setiap orang disaran mengamalkan teknik pencegahan dan kebersihan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
  11. Rumah kotor tingkatkan risiko jangkitan wabak?
    Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala. Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap. Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman. Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.