backup og meta

Jangan Terburu-Buru Sebar Maklumat Palsu Virus Korona, Ada Netizen Ditangkap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    Jangan Terburu-Buru Sebar Maklumat Palsu Virus Korona, Ada Netizen Ditangkap!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Di saat dunia sedang riuh dengan jangkitan virus korona baharu, terdapat golongan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu demi kepentingan diri sendiri.  

    Jangkitan virus korona kini (31 Januari 2020) sudah menjangkiti hampir 10,000 individu di seluruh dunia. Ia merupakan wabak yang lebih agresif berbanding dua jangkitan virus korona sebelumnya, iaitu sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

    Penyebaran maklumat palsu bukan sahaja berupaya untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, malah, ia boleh menyebabkan perbalahan dan tindakan yang tidak selaras dengan apa yang disarankan oleh pihak berkuasa!

    Statistik kes di Malaysia, seperti berikut:

    [covid_19]

    Hukuman berat buat penyebar maklumat palsu

    Penggunaan aplikasi telefon pintar Whatsapp memudahkan penyebaran berita palsu berkaitan dengan virus korona. 

    Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai kesedaran untuk menyiasat terlebih dahulu sumber berita itu, seringkali bertindak mengirimkannya kepada individu lain. Ini menyebabkan wujudnya satu rantaian panjang yang sukar untuk diputuskan.

    Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan beberapa orang suspek yang berusia di antara 24 hingga 49 tahun.  

    Mereka telah disiasat di bawah akta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM50,000 maksimum atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    Setakat ini, beberapa mesej palsu yang sedang menular di media sosial telah diperjelaskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

    Banyak ura-ura yang menyatakan ada rakyat Malaysia yang dijangkiti dengan virus korona. Namun, mengikut laporan KKM, setakat ini, hanya 8 kes yang telah disahkan positif virus korona baharu dan kesemuanya di kalangan rakyat China.

    Baru-baru ini, terdapat juga berita yang mengatakan kononnya ada satu kes positif virus korona di Kuantan. Namun, menurut penjelasan pihak berkuasa, pesakit tersebut bukanlah positif virus korona baharu.

    Perkara seperti inilah yang boleh menimbulkan spekulasi negatif terhadap usaha KKM dalam membendung jangkitan virus ini. Individu yang tidak bertanggungjawab tidak mempunyai maklumat dan inisiatif untuk menyiasat.

    Pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menangkap individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu.

    Baca juga:

    Kesan sebar maklumat palsu

    Jika anda prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat setempat, anda akan lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat.

    Kegiatan penyebaran maklumat palsu sering berlaku di bawah topeng orang yang tidak dikenali. Media sosial kebiasaannya menjadi tumpuan pada penyebar berita palsu memandangkan di sini mereka boleh meraih perhatian melalui perkongsian post.

    Jadi, bagaimanakah cara untuk memastikan maklumat yang dibaca atau dikongsi sahih dan tidak mempunyai unsur-unsur berita palsu? 

    Mungkin ada yang berpendapat tindakan berkongsi kiriman yang tidak diketahui kesahihannya itu tidak akan memberikan mudarat yang besar. Namun, apabila dibaca oleh individu lain, ia akan mempengaruhi tindakan yang bakal diambil oleh mereka.

    Sebagai contoh, apabila tular berita palsu berkenaan dengan kes positif virus korona baharu dalam kalangan rakyat Malaysia, ramai yang mengecam tindakan dan keupayaan pihak berkuasa tanpa menyiasat terlebih dahulu akan berita yang dikongsikan.

    Ia sama seperti berita palsu penyakit lain yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Baca juga:

    Daun buluh belimbing, sebagai contoh, pernah diuar-uarkan sebagai alternatif terbaik untuk menyembuhkan masalah kekuningan bayi (jaundice). Akibatnya, bayi yang disapu dengan daun tersebut mengalami alahan dan keradangan kulit berbentuk ruam.

    Sebagai individu yang bertanggungjawab, seharusnya anda siasat akan kesahihan maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Jika ia bukan fakta, tidak terbukti oleh mana-mana kajian sains atau bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa, abaikan! 

    Tip elak sebar maklumat palsu

    Sebelum anda menyebarkan sesuatu maklumat, pastikan anda mengikuti 4 langkah berikut bagi mengelakkan diri anda daripada menyebarkan maklumat palsu.

    • Kenal pasti maklumat yang diberikan
    • Semak kesahihan maklumat menggunakan rujukan yang sahih
    • Sediakan bahan untuk menyebarkan kiriman
    • Sebarkan kiriman

    Jangan mudah percaya dengan berita yang disampaikan tanpa mengetahui rujukan yang digunakan oleh penyampai. Jika ia merupakan pernyataan daripada badan-badan rasmi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka ia merupakan maklumat yang dianggap sahih.

    Penyebar di Whatsapp kebiasaannya akan menggunakan nama pertubuhan berkaitan untuk menguatkan lagi kesahihan berita palsu mereka.

    Jika anda berada dalam situasi tersebut, pastikan anda menyemak laman web rasmi dan cari maklumat berkaitan dengan kiriman tersebut.

    Jika maklumat yang disebarkan tidak mempunyai sumber yang sah, jalan yang paling selamat adalah untuk tidak mengendahkannya. Jika anda ingin mengetahui kesahihan berita tersebut, pastikan anda merujuk kepada laman web yang boleh dipercayai atau cari jurnal berkaitan.

    Ya, proses pencarian maklumat memang sukar namun jika berita tersebut sahih, anda mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan dengan berita tersebut. Jangan kongsi perkara yang anda sendiri tidak faham.

    Jika sesuatu maklumat itu sahih, buat kiriman kongsi dan simpulkan isu tersebut mengikut kefahaman anda. Selain mengelakkan salah faham, ia juga boleh mewujudkan perdebatan jika terdapat unsur keraguan pada berita yang disampaikan. Ingat, aset bagi seorang pengirim adalah pembaca kiriman tersebut.

    Jika mereka berpengetahuan, anda sendiri boleh mempelajari sesuatu yang baru. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Perkongsian maklumat palsu boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu keharmonian masyarakat setempat. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu maklumat, buat kajian terlebih dahulu. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan