Netizen, Persiapkan Diri Anda Menghadapi Wabak Virus Korona Wuhan SEKARANG!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/04/2020 . 4 minit bacaan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, pihak berkuasa di China telah melaporkan pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan kes jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan makmal menunjukkan virus penyebab jangkitan tersebut bukanlah virus influenza, virus adeno, virus korona sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV) mahupun virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV). 

Akan tetapi, virus yang telah dikenal pasti adalah virus korona baharu (novel coronavirus). 

Perkara ini membuatkan pihak kerajaan Malaysia komited untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kes jangkitan virus korona import seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,734

Disahkan

8,524

Sembuh

121

Kes Kematian
Peta sebaran

Penularan virus korona Wuhan masih tidak cukup maklumat 

Wabak virus korona novel telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini. 

Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China. 

Oleh sebab gejalanya seakan sama dengan jangkitan influenza yang sedang melanda negara, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mengumpul maklumat pesakit yang mengalami jangkitan tersebut.

covid, wuhan

Ini bagi memastikan tiada dalam kalangan individu tersebut yang dijangkiti dengan virus korona baharu.

Sebenarnya, jangkitan influenza tak perlu dilaporkan kepada kementerian. Namun, bagi mengelak wabak ini menular di Malaysia, langkah berjaga-jaga perlu diambil. 

Maklumat yang diperlukan akan dikumpul dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. 

Setakat artikel ini ditulis, tiada kes virus korona yang dikesan di Malaysia.

Menurut Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, masyakat perlu memberikan perhatian yang lebih bagi mengelak penularan wabak virus tersebut.

Ini kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghindarinya.

Langkah yang diambil kerajaan bagi menyekat penularan wabak virus korona 

Dalam usaha memelihara kualiti kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah bagi menghindari wabak virus korona Wuhan di Malaysia. 

Antaranya seperti:

  • Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara telah dimaklumkan tentang wabak ini. Langkah pencegahan dan kawalan infeksi telah dilaksana 
  • Memperkukuhkan ujian saringan demam dengan alat pengesan termal di kalangan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa Negara 
  • Jika ada pelancong yang dikesan demam dan ada simptom berkaitan jangkitan paru-paru atau jangkitan influenza, pemeriksaan akan dilakukan di pusat kuarantin kesihatan
  • Memperkukuhkan ujian saringan pesakit di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital bagi yang disyaki menghidap jangkitan virus korona

Artikel berkaitan:

KKM Isytihar Khidmat Pemeriksaan Virus Corona Di Rumah

  • Individu yang mengalami gejala penyakit respiratori akut (demam, batuk, selesema, sukar bernafas) setelah pulang dari kota Wuhan dalam tempoh 14 hari, digalakkan menjalani ujian saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran
  • Jika terdapat kes yang disyaki disebabkan oleh virus korona Wuhan, laporkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM
  • Memperkukuhkan keupayaan pengesanan dan pengesahan virus korona baharu
  • Anggota KKM perlu memakai peralatan pelindung peribadi seperti topeng muka dan sarung tangan ketika mengendali kes wabak virus korona 
  • Bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan KKM terhadap serangan virus korona baharu

Penularan virus korona Wuhan di negara lain

virus korona

Setakat ini, lebih 500 individu di China disahkan menghidap jangkitan virus (termasuk kakitangan kesihatan) dan jumlah kematian mencatatkan seramai 17 orang. 

Terdapat lebih enam kes yang telah disahkan positif virus korona di luar negara China. Dua kes di Thailand, satu kes di Jepun, satu kes di Amerika Syarikat, satu kes di Taiwan dan satu kes di Korea Selatan. Terbaru, satu kes telah disahkan di Hong Kong.

Artikel berkaitan:

195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome

Walaupun virus itu dikatakan menular kerana makanan laut, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), mereka yang melancong ke negara China, terutamanya kota Wuhan, berpotensi dijangkiti dengan virus tersebut. 

Ini berikutan mereka terdedah dengan individu yang mengalami jangkitan virus tersebut, justeru meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti.

Setakat ini, berbanding dengan wabak  SARS yang pernah tular pada tahun 2003, penularan virus di kota Wuhan masih lagi tidak agresif. 

Namun, peningkatan jumlah pelancong bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi agak membimbangkan kerajaan China.

Langkah pencegahan yang wajar diamalkan netizen untuk elak jangkitan virus korona novel

WHO telah menyarankan beberapa langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Antaranya seperti:

  • Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul. Panduan 7 langkah basuh tangan yang disarankan oleh WHO boleh diguna pakai 
  • Patuhi etika batuk dan bersin ketika berada di tempat awam. Tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan siku
  • Elak dari bersentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom selesema
  • Pastikan anda mengambil makanan yang telah dimasak dengan baik. Elak makan makanan separuh masak
  • Elak bersentuhan secara terus dengan haiwan liar atau haiwan ternakan. Jika perlu, guna sarung tangan ketika menguruskan haiwan tersebut

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Konklusi

Jika anda mengalami simptom influenza seperti batuk, selesema atau demam, jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera. 

Setakat ini, tiada panduan berkenaan simptom khusus bagi jangkitan ini yang telah dikeluarkan.

Jika anda baru pulang daripada kota Wuhan dan mengalami simptom selesema, kunjungi fasiliti kesihatan berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

    Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

    Titisan air yang keluar semasa individu sedang bercakap berpotensi menjadi punca penularan virus korona baharu (COVID-19) yang sedang melanda dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sanitizer

    Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    pemindahan organ paru paru

    Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    PKPP

    Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    pawagam malaysia

    Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan