Sebenarnya, kesakitan pada mana-mana tubuh badan bukan sahaja akibat sendi, tulang, otot atau kulit malah angkara sistem urat dan saraf. Jadi, apakah antara pantang larang makanan penyakit saraf?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.
Pantang larang makanan penyakit saraf
Untuk pengetahuan anda semua, penyakit urat dan saraf ini adalah angkara kecederaan atau kerosakan pada sistem saraf. Dalam istilah perubatan pula, ia dikenali dengan nama penyakit neuropatik.
Memandangkan seluruh tubuh badan kita mempunyai ribuan ke jutaan saraf, anda boleh mengalami kesakitan pada mana-mana bahagian sekiranya sistem saraf di sekitarnya sudah cedera atau rosak.
Apabila ia berlaku kepada anda, beberapa langkah berikut perlu diamalkan untuk mencegah dan merawat:
- Mengambil ubatan – Ubatan seperti opioid, antidepresan, antiepileptik dan lain-lain mungkin diperlukan untuk membantu mengawal gejala kondisi ini
- Menjalani rawatan – Jika perlu, rawatan lanjut termasuk urutan, terapi dan sebagainya turut diperlukan bagi membantu mengurangkan kesakitan pada saraf
- Menjaga diet pemakanan – Dalam pada itu juga, ada beberapa pantang larang makanan penyakit saraf yang harus diambil atau dielak oleh anda
Makanan yang baik untuk sakit urat
Ya, memang ada pantang larang makanan penyakit saraf. Namun, makanan mana yang perlu penderita utamakan dan lebihkan? Ikuti senarai di bawah ini untuk mendapatkan sedikit idea tentangnya:
- Makanan organik – Bebas daripada kandungan beracun seperti merkuri atau arsenik, ia mungkin akan membantu dalam membawa turun risiko penyakit urat dan saraf
- Makanan seimbang – Diet pemakanan yang mengikuti saranan suku-suku separuh sudah tentu menyihatkan. Tanpa gula, garam, lemak, gluten dan lain-lain aspek kurang sihat secara berlebihan, risiko kondisi ini turut akan berkurangan
Pantang larang makanan penyakit saraf, apa makanan yang perlu dielakkan?
Dalam masa yang sama, ada juga makanan yang perlu dielakkan untuk sakit urat! Ikuti senarai berikut bagi mengetahui menu yang kurang sesuai untuk diambil penghidap penyakit ini:
- Makanan manis – Makanan yang tinggi gula adalah musuh utama penyakit diabetes. Kondisi ini sudah tentu menjejaskan sistem neuropati sekali gus meningkatkan risiko untuk sakit urat dan saraf
- Makanan masin – Makanan yang tinggi garam akan mempengaruhi sistem sirkulasi darah serta urat dan saraf anda. Kesannya, tubuh badan mudah mengalami kesemutan, kekebasan dan kesakitan
- Makanan sarat lemak – Lemak tepu mampu meningkatkan risiko penyakit obesiti, diabetes, jantung dan radang. Akibatnya, anda akan lebih mudah mendapatkan masalah pada sistem saraf tubuh badan
- Makanan tinggi gluten – Individu yang sensitif dengan gluten tinggi risiko terkena penyakit seliak. Ia boleh membawa kepada masalah penyerapan nutrisi penting lantas memicu kerosakan sistem saraf
- Makanan yang beracun – Makanan yang mungkin mempunyai elemen merkuri atau arsenik juga boleh memicu kerosakan sistem saraf lalu membawa kepada masalah kondisi ini
- Minuman beralkohol & berkafein – Kedua-dua jenis minuman ini akan meningkatkan risiko keracunan, keradangan dan harus dihindari bagi menurunkan kemungkinan terhadap penyakit urat dan saraf
Ini petua hilangkan sakit urat saraf lain!
Usah hanya fokus kepada makanan dan minuman sahaja ya? Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan sistem saraf di dalam tubuh badan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Antara petua yang disyorkan oleh golongan pakar untuk tujuan ini adalah dengan mengawal berat badan, bersenam secara berkala di samping menjaga pola serta diet pemakanan agar sentiasa sihat.
Dalam masa yang sama, terapi alternatif termasuk fisioterapi, refleksologi atau mungkin akupuntur akan membantu anda dalam usaha merawat atau mengelak masalah ini daripada berlaku lagi kelak.
Jangan salahkan faktor usia jika anda kerap mengalami masalah pada urat dan saraf. Ia masih mampu dikawal malah dirawat jika anda benar-benar fokus dengan gaya hidup yang sihat dan sejahtera!
[embed-health-tool-bmi]