home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Makanan Organik Menyihatkan?

Adakah Makanan Organik Menyihatkan?

Apabila anda mencuba untuk makanan sihat, dan anda tahu itu bermakna memilih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan protein tanpa lemak. Tetapi semasa anda ke pasar, memeriksa produk segar, daging dan produk ternusu, anda menyedari ada pilihan lain yang boleh dilakukan. Perlukan anda membeli organik?

Apa yang dimaksudkan dengan “organik”?

Istilah “organik” merujuk kepada kaedah produk petanian ditanam dan diproses. Walaupun peraturannya berbeza-beza antara negara, di AS, tanaman organik mestik ditanam tanpa penggunaan racun sintetik, bioengineered genes (GMOs), baja berasaskan petroleum dan baja berasaskan enapcemar kumbahan.

Ternakan organik untuk daging, telur dan produk tenusu mesti mempunyai akses ke luar dan diberikan makanan organik. Mereka mungkin tidak diberikan antibiotik, hormon pertumbuhan atau produk sampingan haiwan.

Kebangkitan makanan organik

Penyokong mengatakan makanan organik lebih selamat, mungkin lebih berkhasiat, dan selalunya lebih baik daripada makanan bukan organik. Mereka juga mengatakan pengeluaran organik lebih baik untuk alam sekitar dan haiwan.

dan semakin ramai pembeli kelohatan yakin. Walaupun makanan organik biasanya lebih mahal, kadang laka lebih banyak, jualannya semakin meningkat.

Terdapat sekurang-kurangnya dua hujahan yang baik untuk makan organik iaitu kurang racun perosak dan lebih nutrien.

Kurang racun perosak

Racun perosak boleh diserap ke dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, dan meninggalkan sisa jejak. Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG), mengetepikan keputusan hampir 51,000 ujian USDA dan FDA untuk racun makhluk perosak pada 44 hasil pengeluaran popular dan mengenal pasti jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kemungkinan besar mempunyai jumlah pengesanan yang lebih tinggi. Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah untuk memakan hasil yang konvensional tetapi jika anda merasa kuat tentang sisa-sisa racun makhluk perosak, senarai EWG di bawah ini akan membantu anda membeli-belah.

Lebih nutrien

Bagi nutrien, pada tahun 2007 kajian Universiti Newcastle, United Kingdom melaporkan bahawa hasil organik meningkat sehingga 40 peratus lebih tinggi daripada beberapa nutrien (termasuk vitamin C, zink dan besi) daripada konvensionalnya yang lain. Selain itu, satu kajian pada tahun 2003 dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati bahawa buah beri organik dan jagung mengandungi 58 peratus lebih polyphenol, antioksidan yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular, dan sehingga 52 peratus lebih tinggi kandungan vitamin C daripada yang ditanam secara konvensional. Penyelidikan terkini oleh pengetua utama kajian itu, Dr Alyson Mitchell, profesor sains makanan dan teknologi di Universiti California, Davis, menunjuk satu mekanisme yang berpotensi untuk menjelaskan mengapa teknik organik kadangkala menghasilkan hasil unggul.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Organic Foods: What You Need to Know About Eating Organic. http://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/organic-foods.htm. Accessed January 1, 2017.

Organic—or Not? Is Organic Produce Healthier Than Conventional? http://www.eatingwell.com/food_news_origins/green_sustainable/organic_or_not_is_organic_produce_healthier_than_conventional. Accessed January 1, 2017.

Is Organic Food Better for You? http://www.webmd.com/food-recipes/features/organic-food-better#1. Accessed January 1, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x