Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin.
Apakah yang boleh meningkatkan risiko untuk ibu selepas bersalin melalui trauma itu?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Keadaan trauma bersalin selepas kelahiran bayi
Trauma kelahiran atau birth trauma adalah melibatkan kesukaran yang dialami seorang wanita semasa atau selepas melahirkan anak.
Trauma bersalin yang terjadi boleh berlaku secara fizikal melibatkan kecederaan semasa proses kelahiran. Pun begitu, selalunya ia berkaitan dengan aspek emosional dan psikologi ibu.
Trauma melahirkan anak ini bukan hanya mengenai apa yang berlaku ketika bersalin. Tetapi ia juga boleh merujuk tentang bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.
Kadangkala, kesan trauma selepas kelahiran bayi ini boleh muncul dan berlarutan untuk tempoh masa tertentu.
Emosi bercampur-baur selepas kelahiran bayi
Pada masa melahirkan anak, anda mungkin berasa takut, tidak berdaya dan rasa dibiarkan keseorangan.
Manakala selepas bersalin pula, ada kemungkinan untuk anda mudah berasa terkejut, bersalah mahupun keliru.
Bahkan, wujud kecenderungan untuk mengalami serangan panik atau kegelisahan.
Jika ini yang berlaku, bermakna anda mungkin mengalami trauma bersalin. Usah malu atau bimbang, kerana anda tidak keseorangan.
Dianggarkan sehingga 1 daripada 3 wanita selepas kelahiran bayi mungkin mengalami trauma ini.
Memahami mengenai kecederaan kelahiran
Kecederaan yang dialami semasa melahirkan anak atau birth injuries adalah melibatkan kecederaan fizikal dan boleh mempengaruhi keadaan sama ada kepada ibu mahupun bayi.
Pada bayi yang baru dilahirkan, kecederaan yang dialami disebut sebagai trauma kelahiran neonatal. Ia boleh merangkumi pelbagai aspek, daripada sekadar lebam sehinggalah patah tulang.
Bagi ibu pula, kecederaan semasa bersalin melibatkan keadaan faraj yang terkoyak sehingga kerosakan pada dasar pelvis.
Risiko alami trauma selepas kelahiran bayi
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada trauma bersalin. Ini termasuklah:
- Pengalaman melahirkan anak tidak dirancang, atau tidak menepati jangkaan anda
- Mengalami prosedur kelahiran anak yang lama atau menyakitkan
- Mengalami komplikasi ketika bersalin
- Memerlukan bantuan semasa proses kelahiran seperti penggunaan forceps atau perlu melalui pembedahan caesarean
- Anda atau bayi mengalami kecederaan semasa prosedur bersalin
- Bayi anda memerlukan rawatan perubatan selepas kelahiran
- Bayi mati dalam kandungan (stillbirth) atau kematian neonatal
- Tidak menerima rawatan atau sokongan yang anda perlukan semasa atau selepas kelahiran bayi
- Trauma bersalin untuk kelahiran terdahulu
- Kecenderungan untuk mengalami kegelisahan
Seorang wanita lebih berisiko untuk mengalami trauma semasa hamil, bersalin dan selepas melahirkan tinggi sekiranya dia mengalami trauma pada awal kehidupannya.
Ini boleh merangkumi keganasan rumah tangga, penderaan seksual kanak-kanak, pemerkosaan dan trauma yang berkaitan dengan penghijrahan.
Baca juga: