backup og meta

Vaksin DTaP/DT Penting Untuk Semua, Sudahkah Anda Mendapatkannya?

Penyakit semakin melarat kerana tidak mahu mengambil vaksin terjadi kepada diri sendiri! Apa pula yang terjadi jika anda mengambil vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan?

Vaksin DTaP/DT bertujuan untuk melindungi daripada difteria, tetanus, dan batuk kokol, bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja. Malah, orang dewasa juga memerlukan perlindungan kerana penyakit ini tidak hilang begitu sahaja.

Ramai orang beranggapan bahawa apabila mereka telah diberi vaksin semasa kecil, mereka telah dilindungi seumur hidup. Tetapi itu tidak benar ya. Imunisasi yang berlaku semasa kanak-kanak akan pudar dari semasa ke semasa, menyebabkan orang dewasa terdedah kepada jangkitan serius.

Oleh sebab itulah, suntikan penggalak seperti vaksin Tdap menjalankan ‘kerjanya’ untuk mengekalkan perlindungan pada tubuh badan. Tanpa vaksin, tubuh anda akan terdedah dengan risiko dan menjangkiti orang lain seperti bayi baru lahir dan warga emas.

Jika anda skip mengambil vaksin, ini boleh membawa kesan yang serius! Difteria boleh menyekat saluran pernafasan, tetanus boleh menyebabkan kekejangan otot yang teruk dan batuk kokol boleh menyebabkan masalah pernafasan yang mengancam nyawa.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut mengapa vaksin DTaP dan vaksin Tdap sangat penting pada setiap peringkat kehidupan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Apa itu vaksin DTaP/DT

Vaksin DTaP adalah suntikan tiga dalam satu yang melindungi anda daripada:

  • Difteria – Jangkitan tekak yang boleh menyebabkan sukar untuk bernafas.
  • Tetanus – Bakteria yang terdapat dalam tanah yang menyebabkan kekejangan otot yang teruk.
  • Pertusis (Batuk Kokol) – Penyakit batuk yang berbahaya, terutamanya untuk bayi.

Beberapa tahun yang lalu, doktor menggunakan vaksin DTP tetapi ia menyebabkan beberapa kesan sampingan. DTaP ialah versi yang baharu dan lebih selamat.

vaksin dtap dt
Kenali vaksin dtap/dt.

Apakah perbezaan antara DTaP, Tdap dan Td?

  • DTaP – Diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kecil
  • Tdap – Dos penggalak untuk remaja dan dewasa untuk mengekalkan perlindungan
  • Td – Suntikan tetanus dan difteria tanpa pertusis, disyorkan untuk diambil setiap 10 tahun

Betul ke vaksin DTaP/DT ini penting?

Mitos: ‘Saya telah diberi vaksin semasa kecil, jadi saya tidak memerlukan dos penggalak.’
Fakta: Pemvaksinan DTaP semasa kanak-kanak tidak memberikan imuniti sepanjang hayat. 

Perlindungan yang awalnya diberi untuk mencegah difteria, tetanus dan pertusis semakin pudar dari semasa ke semasa, menyebabkan orang dewasa terdedah kepada penyakit ini semula.

Disebabkan itulah, dos penggalak seperti Tdap disyorkan setiap 10 tahun untuk mengekalkan imuniti. Tanpanya, orang dewasa boleh dijangkiti tetanus melalui luka atau secara tidak sedar merebakkan batuk kokol kepada bayi.

Wanita hamil juga memerlukan suntikan Tdap semasa setiap kehamilan untuk memberikan perlindungan kepada bayi mereka. Kini, anda sudah tahu bahawa dos penggalak amat penting bagi mencegah wabak dan komplikasi yang teruk. 

Penyakit ini masih lagi wujud

Sesetengah orang berpendapat penyakit seperti difteria dan batuk kokol sudah pupus, tetapi itu tidak benar. Wabak masih berlaku, terutamanya di kawasan yang menolak atau ragu dengan vaksin. 

Tetanus, yang terdapat dalam kotoran dan habuk, tidak boleh dihapuskan malah ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mengalami luka terbuka. 

Vaksin DTaP/DT melindungi kita semua

Apabila masyarakat mendapatkan vaksin, ia akan menghentikan penyebaran penyakit di kalangan penduduk setempat. Ini membantu:

  • Bayi yang baru lahir (yang tidak boleh mendapatkan suntikan pertama mereka sehingga berumur dua bulan).
  • Wanita hamil perlu memberikan perlindungan untuk kandungannya.
  • Warg emas yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Dos penggalak untuk perlindungan anda

Imuniti di dalam tubuh tidak kekal selama-lamanya. Itulah sebabnya dos penggalak Tdap atau Td disyorkan untuk memberi perlindungan optimum. Doktor akan mengesyorkan:

  • Tdap pada umur 11-12 tahun
  • Penggalak Td setiap 10 tahun (dengan satu dos Tdap jika anda belum pernah mengalaminya)
  • Tdap untuk wanita hamil semasa minggu 27-36 kehamilan

Sejauh manakah keberkesanan vaksin DTaP/DT?

Vaksin melatih sistem imun anda untuk melawan jangkitan ini. Sejak diperkenalkan, kes difteria, tetanus, dan batuk kokol telah menurun secara mendadak.

Walau bagaimanapun, batuk kokol masih lagi merebak, terutamanya terhadap bayi yang belum menghabiskan siri vaksin mereka. Sebab itulah, orang dewasa memerlukan suntikan dos penggalak supaya mereka tidak menyebarkan jangkitan kepada bayi secara tidak sengaja.

Kesan sampingan vaksin DTaP/DT

vaksin dtap dt
Anda boleh mengalami demam selepas mengambil vaksin DTaP/DT.

Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah selepas suntikan vaksin DTaP atau vaksin Tdap. Sesetengah individu mungkin mengalami:

  • Bengkak ringan atau sakit di tapak suntikan
  • Demam rendah
  • Rasa letih sehari dua

Kesan sampingan yang serius jarang sekali berlaku. Tetapi jika anda menjangkiti penyakit yang disenaraikan, anda berisiko untuk masuk ke hospital.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan? 

Vaksin DTaP bukan hanya untuk kanak-kanak. Orang dewasa juga memerlukan suntikan dos penggalak untuk kekal dilindungi dan mencegah penyebaran penyakit. Dengan suntikan Tdap, ia membantu keluarga anda kekal selamat, terutama bayi dan warga emas.  

Jadual vaksin DTaP direka untuk memberikan perlindungan sepanjang hayat terhadap vaksin difteria, vaksin tetanus dan vaksin pertusis. Walaupun keberkesanan vaksin DTP adalah tinggi, vaksinasi tetap, termasuk vaksin batuk kokol, adalah penting untuk mencegah jangkitan dan wabak yang teruk.

Ambil langkah-langkah seperti berikut:

  • Semak sama ada anda perlu mendapatkan dos penggalak Tdap
  • Dapatkan nasihat perubatan mengenai vaksin yang bakal diambil
  • Pastikan anak anda telah mendapatkan vaksin yang terkini. 

Jangan tunggu lagi, segera dapatkan vaksin untuk lindungi diri anda dan orang tersayang!

Lindungi diri anda dan orang yang anda sayangi dengan kekalkan perkembangan tubuh dengan vaksin DTaP/DT. Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor anda hari ini!

Jangan tunggu lagi, pastikan anda dan keluarga anda diberi vaksin sepenuhnya bagi mencegah difteria, tetanus dan pertusis. Jumpa dengan pakar perubatan atau doktor dengan kadar segera mengenai vaksin DTaP dan Tdap!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. CDC.gov. Diphtheria, Tetanus and Pertussis Vaccine Safety. https://www.cdc.gov/vaccine-safety/vaccines/dtap-tdap.html Accessed March 26, 2025
  2. NCOA.org. Tdap Vaccine: What Older Adults Need to Know. https://www.ncoa.org/article/tdap-vaccine-what-older-adults-need-to-know/ Accessed March 26, 2025
  3. CDC.gov. Diphtheria Vaccine Recommendations. https://www.cdc.gov/diphtheria/hcp/vaccine-recommendations/index.html Accessed March 26, 2025
  4. CDC.gov. Recommended Vaccinations for Adults. https://www.cdc.gov/vaccines/imz-schedules/adult-easyread.html Accessed March 26, 2025
  5. Immunize.org. Ask the Experts: Pertussis: Tdap for Adolescents & Adults. https://www.immunize.org/ask-experts/topic/pertussis/tdap-adolescents-adults-pertussis/ Accessed March 26, 2025
  6. VisitSoutheastAsia.travel. Recommended Vaccinations. https://www.visitsoutheastasia.travel/plan-your-trip/facts-planning/recommended-vaccinations/ Accessed March 26, 2025
  7. Science Direct. Pertussis in Southeast Asia: country-level burden and recommendations from the Global Pertussis Initiative. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2772707624002285 Accessed March 26, 2025
  8. CDC.gov. Diphtheria Vaccinations. https://www.cdc.gov/diphtheria/vaccines/index.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fvaccines%2Fvpd%2Fdtap-tdap-td%2Fpublic%2Findex.html Accessed March 26, 2025
  9. World Health Organization. Tetanus. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/tetanus Accessed March 26, 2025
  10. Ministry of Health Singapore. Nationally Recommended Vaccines. https://www.moh.gov.sg/seeking-healthcare/overview-of-diseases/communicable-diseases/nationally-recommended-vaccines#section2 Accessed March 26, 2025

Versi Terbaru

20/05/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jom Bongkar 7 Mitos Penyakit Kelamin HPV, Mitos No. 1 Paling Popular

Ibu Bapa Perlu Lindungi Anak Sejak Usia Kecil, Ini Fungsi Sebenar Vaksin HPV!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 20/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan